Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Tuesday, August 31, 2010

Muhasabah Cinta

Mama nampak Sis June share lagu ni kat fb.. Mule-mula ingat lagu cinta jiwang.. Bile dengar.. Bess.. Rasa nak menitik air mata.. Sesuai dengan apa yang tengah berlaku kat mama.. Dah 6 minggu mama tak sehat.. Walaupun cube untuk tak mengeluh.. Kadang-kadang terkeluar gak runggutan dari mulut atau hati.. Semalam rasa tak tahan, mama pegi klinik sekali lagi.. Doktor bagi ubat batuk + selsema yang agak kuat.. Mama makan lepas buke.. Time nak ngaji, berpusing-pusing nampak ayat.. Ta tahan sangat, terus tertido.. Nasib baik terbangun tengah malam untuk isya' & terawih.. Pagi ni rasa sehat skit.. Harapnye akan terus sembuh.. Memang nikmat sehat hanya dihargai bile kita sakit.. Bahagian lagu ni yang mama paling suke "Tuhan kuatkan aku, Lindungiku dari putus asa, Jika ku harus mati, Pertemukan aku dengan Mu..."



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Ku pasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’a ku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi
Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Back to Reff

Back to *

Repeat Reff 2x

Nyanyian: Edcoustic

Nyorok Kayu

Dari mula sekolah, hari Isnin la yang Kakak paling risau.. Bukan sebab hari pertama sekolah, tapi sebab tiap hari Isnin, Kakak ada subjek Tasmik & Kakak tak berapa pandai mengaji lagi.. Lagi-lagi kalau yang libatkan banyak tanda (ayat Kakak tu).. Kakak kate, sape yang tak pandai baca, ustaz pukul.. Kadang-kadang ustaz piat telinga.. Ada gak sekali kakak balik, telinga kakak merah.. Kakak kate ustaz piat.. Sian kakak.. Nasib Kakak pakai tudung..

Mama faham ape Kakak rasa.. Mama pun ta pernah setuju dengar cara pengajaran yang libatkan pukul, cubit, piat atau lain-lain yang boleh buat rasa sakit, termasuk la yang boleh buat sakit hati.. Sebab bile budak takut, mula la rasa tertekan & macam mane na tumpu kalau da tertekan..

Bukan Kakak tak usaha ulangkaji ngaji kat rumah.. Tiap malam Kakak ngaji, tapi mungkin usaha belum cukup.. Nenek penah tanye Kakak, Ustaz pukul pakai ape, kakak kate pakai kayu penyapu atau kayu penyedok sampah.. Masa dengar tu, terkejut la gak.. Tapi mungkin ustaz tak pukul kuat.. Gaya je lebih..

Macam biasa, kalau hari Ahad, Kakak da mule risau.. Kakak kate takut la esok.. Ahad lepas, masa Kakak tengah risau-risau, mama cakap la..

M: Kalau Ustaz na pukul, cakap la mama kirim salam.. Bulan puasa tak elok pukul-pukul..
K: Mama ni.. Mane boleh..
M: Tak pun, Kakak nyorokkan la kayu penyapu tu..

Kakak senyum je.. Semalam balik keje, mama tanye macam mane kelas Tasmik..

K: Kakak berjaya.. Kakak nyorokkan kayu penyapu & penyedok..
M: Hah! Kakak nyorokkan kat mane?
K: Kakak nyorokkan kat kelas paling atas?
M: Hah..! Kelas paling atas?
K: Ha'ah.. Kelas darjah 6..
M: Kakak buat sorang ke..?
K: Tak la.. Dengan 5 kawan yang takut kene pukul..
M: Mama kate nyorok tu, nyorokkan belakang almari ke.. Bukan hantar kelas lain..
K: Kelas Kakak tak de almari..
M: Habis tu dah ambik balik?
K: Dah la.. Masa kelas petang kita amik balik kayu penyapu tu..
M: Ustaz ta heran nape kayu tu ta de..?
K: Tak.. Ustaz ta cakap ape-apa..

Lepas ni kene tingkatkan lagi usaha ulangkaji ngaji.. Nyorok kayu cume penyelesaian sementara..

*gambar pinjam

Friday, August 27, 2010

Bintang Harapan

Semalam ada Majlis Buke Puasa company kt Puri Pujangga.. Cantek gak tempat dia.. Makanan pon ok la untuk harga dia yang agak murah kalau nak di compare dengan tempat lain.. Surau perempuan je yang terlalu kecik untuk bilangan orang yang ada.. Malam tadi mama langsung ta sempat ambik gambar.. Tangan kotor sebab urus makanan Adik & mood kurang sebab badan kurang sehat.. So mama amik dr album Mak Anje & Mak Su je..



Sempat bergambar ngan ayah kt pintu keluar, sebelum na gerak blik..



Dalam perjalanan balik, mama tunjuk kat Kakak bulan yang tengah penuh.. Cantik sangat.. Pastu Kakak kate..

K: Tu bintang harapan.. Kite bole minta apa harapan kita kalau nampak bintang harapan.. Apa harapan ayah..?
A: Harapan ayah, Adik & Kakak membesar jadi anak yang baik..
M: Ok.. Harapan Kakak, kaki ayah cepat sembuh macam biasa.. (kaki ayah cedera masa main bole aritu)
M: Harapan untuk mama? Harap la mama sembuh jugak.. Lama sangat da mama ta sehat..

Kakak senyum je.. Memang la Kakak ni anak ayah..

Tuesday, August 24, 2010

Potong Kek

Beberapa minggu sebelum 21hb Ogos, adik sibuk tanye.. "Bile ni nak happy birthday adik..? Adik dah boring tunggu ni.. Lama sangat.." Tak lama adik cakap "Adik rasa adik tak nak happy birthday la.. Adik nak 4 tahun je.. 5 tahun kene pegi sekolah, adik tak pandai baca.. nanti kene rotan.. Duduk rumah bess, ada tv.." Bile da nak dekat adik duk ingatkan orang lain "Happy birthday adik nanti, ayah, mama, kakak & bibik kene buat kejutan tau untuk adik.."

Tahun ni mama buat sambutan birthday adik kat rumah nenek.. Sekali dengan Aqil, Afiq & adik Qays yang kongsi bulan hari jadi yang sama.. (atuk & Mak Anje pun bulan ni gak..).. Atas permintaan adik, mama tempah kek ultraman dari kawan mama, Citarasa Ummi.. Kek ada 3 nama & 3 patung ultraman je, sebab Qays akan ada kek sendri nanti..

Sebab ramai yang nak disambut & semua budak-budak, upacara nyanyi lagu birthday, tiup lilin & potong kek kene buat asing-asing.. Takut ada yang bergado plak..

So mula dengan Aqil dengan 3 batang lilin..

Lepas tu Adik dengan 4 batang lilin..



Lepas tu Afiq dengan 6 batang lilin..


Last baru Qays yang patutnya 3 lilin, tapi tiup 6..

Lepas tu baru la upacara potong kek & edar2 goodie bag untuk setiap sorang..

Friday, August 20, 2010

Happy Birthday Sayang

Corak

Corak baju kurung kanak-kanak yang ada kat Tenun Kapas.. Detail ble tengok kat kedai online Tenun Kapas..

Thursday, August 19, 2010

Qanaah

Info untuk dikongsi.. Dapat dari Majalah Solusi yang mama pinjam dari Sis Siti..

Qanaah mengikut definasi Kamus Dewan ialah sikap berpada-pada, iaitu berpuas hati dengan apa yanga ada.. Qanaah juga bermaksud redha dengan pemberian Allah berupa rezeki dan tidak meminta lebih dari yang diberikan.. Rasulullah s.a.w merupakan manusia yang paling tebal sifat qanaah dalam jiwanya.. Antara ciri-ciri sifat qanaah:

  • Selalu mengucapkan "Alhamdulillah 'ala kulli hal" atas setiap nikmat dan musibah
  • Jarang merungut
  • Redha dengan ketentuan
  • Sentiasa berbaik sangka dengan Allah s.w.t
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Berpuas hati dengan sesuatu yang sedikit
  • Meminta kepada Allah dan kemudian bertawakal

Cara-cara untuk membina qanaah adalah dengan:
  • Memahami konsep qadak dan qadar Allah
  • Beriman bahawa Allah tak pernah menzalimi hamba-Nya
  • Sematkan syukur
  • Selalu berdoa kepada Allah s.w.t

Note: Malam tadi 1st time mama baca majalah solusi (isu no 12).. Bess gak..

Tuesday, August 17, 2010

Asma Allah


Raheem (Merciful)
Kareemun (Generous)
'Adheem (Incomparably Great)
'Aleemun (All-Knowing)
Haleem (Forbearing)

Hakeemun (Wise)
Mateen (Firm)
Mannaan (Bestower of blessings)

Rahmaanun (Most Compassionate)
Fattaah (Opener)
Ghaffaarun (Forgiver)
Tawwaab (Accepter of Repentance)

Razzaaqun (Provider)
Shaheed (Witness)

Allahumma salli 'ala Muhammad (O my Lord send salutations upon Muhammad)

wa aali Muhammad (And upon the Family of Muhammad)
Ya Muslimeen sallou 'alayh (O Muslims, send salutations upon him)

Allahumma salli 'ala Muhammad (O my Lord send salutations upon Muhammad)
wa sahbi Muhammad (And upon the Companions of Muhammad)
Ya Mu'mineen sallou 'alayh (O believers, send salutations upon him)

Lateef (Gentle)

Khabeerun (All-Aware)
Samee'b (All-Hearing)
Baseerun (All-Seeing)
Jaleel (Majestic)

Raqeebun (Watchful)
Mujeeb (Responsive)
Ghafur (Forgiving)

Shakourun (Appreciative)
Wadud (Loving)
Qayyumun (Self-Existing by Whom all subsist)
Ra'uf (Most Kind)

Saburun (Patient)
Majeed (Most Glorious)

Allahumma salli 'ala Muhammad (O my Lord send salutations upon Muhammad)
wa aali Muhammad (And upon the Family of Muhammad)
Ya Muslimeen sallou 'alayh (O Muslims, send salutations upon him)

Allahumma salli 'ala Muhammad (O my Lord send salutations upon Muhammad)
wa sahbi Muhammad (And upon the Companions of Muhammad)
Ya Mu'mineen sallou 'alayh (O believers, send salutations upon him)

Allahu Akbar (God is Greater)

Allahu Akbar (God is Greater)
La Ilaaha Illahu (There is no god but Him)

Al Malikul (The King)
Quddoos (The Most Holy)

Allahu Akbar (God is Greater)

Allahu Akbar (God is Greater)
Ya Rahmanu irham dha'fana (O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)

Allahu Akbar (God is Greater)

Allahu Akbar (God is Greater)
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana (O Forgiver! Forgive our sins)

Allahu Akbar (God is Greater)

Allahu Akbar (God is Greater)
Ya Sattaaru ostour 'ouyoubana (O Concealer! Conceal our defects)

Allahu Akbar (God is Greater)

Allahu Akbar (God is Greater)
Ya Mu'izzu a'izza ummatana (O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)

Allahu Akbar (God is Greater)

Allahu Akbar (God is Greater)
Ya Mujeebu ajib du├Żaa'ana (O Responsive One! Answer our prayers)

Allahu Akbar (God is Greater)

Allahu Akbar (God is Greater)
Ya Lateefu oltof binaa (O Gentle One! Show gentleness to us)
Oltof binaa (Show gentleness to us)

Nyanyian: Sami Yusuf

Dia Milikku

Bess plak mama dengar lagu ni.. Dia Milikku nyanyian Yovie & Nuno... Lagu tema Sinetron Indonesia - Cinta Kirana yang baru last week start tayang kat astro..

*Gambar pinjam dari http://www.mdentertainment.net/

Macam mana tah, sejak bulan puasa & boleh balik awal, terlekat plak kat cerita ni.. Ok la gak.. Lagu pon bess.. Tapi lagu ni ta de kene mengena ngan mama.. Lebih sesuai untuk orang yang berebut kekasih.. Kecuali tuk bahagian "Dia untukku, bukan untukmu, Dia milikku, bukan milikmu.." Hahah.. Poyo lagi..



Semula ku tak tahu
Engkau juga kan ingin memilikinya
Bukankah ku lebih dulu
Bila engkau temanku
Sebaiknya tak mengganggu

reff:
Dia untukku, bukan untukmu
Dia milikku, bukan milikmu
Pergilah kamu, jangan kau ganggu
Biarkan aku mendekatinya

Kamu tak akan mungkin mendapatkannya
Karena dia berikan aku petanda cinta
Janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

Dia untuk aku

Bukankah belum pasti
Kamu juga kan jadi dengan dirinya
Dia yang menentukan
Apa yang ’kan terjadi
Tak usah mengaturku

reff2:
Dia untukku, bukan untukmu
Dia milikku, bukan milikmu
Lihatlah nanti, lihatlah saja
Biarkan aku mendekatinya

Kamu tak akan mungkin mendapatkannya
Karena dia berikan aku pertanda juga
Janganlah kamu banyak bermimpi, oooh
Kusarankan engkau mundur saja, ooo

repeat reff
repeat reff2

Dia untuk aku
Bukan, dia untuk aku

Lirik Lagu Dia Milikku (Yovie & Nuno)

Adik Jumpe Ultraman

Adik puas hati.. Siap minta nak jumpa lagi.. Tapi mama yang memang suke kacau adik cakap kat Adik.. "Tengok tu, Ultraman bukannya boleh terbang.. Nak siap pon lama.. Jalan pon kene pimpin.. Siap ada zip lagi kat belakang badan dia.." Adik selamba je.. Mesti dalam hati kate, tak kesah la mama nak kate ape..




Saturday, August 14, 2010

Baju Kurung Raya

Semalam dapat stok baju kurung kanak-kanak untuk mama jual kat Tenun Kapas.. Sebab mama belum beli ape-ape untuk persiapan raya, mama suruh Kakak pilihkan sepasang baju kurung untuk Adik.. Tahun ni mama nak beli sepasang je, sebab adik tak suka pakai baju kurung.. Tahun lepas beli 3 pasang, berapa kali je Adik pakai.. Tak ada baju untuk Kakak sebab baju kurung tu cume untuk budak 1 hingga 4 tahun..

Lepas Kakak tolong pilih, kakak datang kat mama sambil bawak duit.. "Kakak dah pilihkan.. Kakak dah pujuk Adik suruh cube pakai baju tu.. Tapi nanti Mama kene ambik gambar dia tau.. Tu je cara nak pujuk dia cube baju tu.. Ni duit untuk baju adik.. Biar Kakak tolong bayarkan.." Kakak selalu buat mama kagum.. Kakak memang baik hati.. Kelmarin masa solat terawih kat Masjid Nilai, ada pengumuman kepada sesiapa yang berminat untuk bersedekah untuk buka puasa atau morey, Kakak terus bisik kat Mama "Alah, Kakak tak bawak duit plak.."

Siap pakai, mama terus ambik hp untuk ambik gambar Adik.. Susah betul na ambik gambar adik.. Adik bukan tau nak duduk diam.. Terjerit-jerit mama kat Adik "Adik diri betul-betul.." "Jangan buat tangan macam tu.." "Diri la elok-elok, jangan la senget-senget.." Tapi Adik tetap dengan gaya Adik..

Bile suh cube baju yang kedua, adik dah tak nak.. Macam-macam mama pujuk, sikit pon tak le ubah pendirian Adik.. Last-last Adik cakap "Ingat tak panas ke pakai baju kurung ni.." Hish.. Adik ni memang la.. Susah betul na suh pakai baju kurung.. Memang confirm sepasang je mama nak beli tuk Adik tahun ni..

Note: Sume ada 13 corak.. Insha Allah next week bole tengak kat Website Tenun

Wednesday, August 11, 2010

10 Things I Hate About Myself

Mm.. First time sejak mule berblog mama kene tag.. Pn Ann yang tag mama.. Rasa bertanggungjawab plak tuk tulis.. (hahah poyo je..)

10 things i hate about myself?
  1. Sikap anti sosial yang memang sejak azali.. Susah betul nak bersosial lagi-lagi dengan orang yang mama tak kenal.. Mule dikenalpasti sejak kecik bila time kenduri, lagi suke jadi orang yang dok kat dapur jadi tukang cuci pinggan daripada nak kene melayan orang.. Terbawak-bawak sampai skang.. Cume bile da kt rumah sendiri, da tak le buat perangai tu da..
  2. Penyakit shopping yang rasanya da tahap kritikal.. Bukan suka shopping.. Tapi ta de rasa nak menyopping, lagi-lagi kalau untuk diri sendri.. Handbag da 8 tahun ta beli.. kecuali ada sekali dua mama beli yg arga 20.. Sandal beli setahun sekali.. Sampai da lusuh.. Baju.. Setahun sekali masa raya.. Tu pon beli 1-2 minggu sebelum raya.. Beli je mana2 yang ada.. Tapi tak pena plak ada masalah untuk beli kan untuk orang lain..
  3. Tak gheti nak put things in word.. Kadang-kadang rasa banyak je idea dalam kepala.. Tapi bile na sampaikan, lain plak yang terkeluar..
  4. Perangai nangis setiap kali marah.. Marah orang langgar kete pon nangis.. Marah orang yang ngata bukan-bukan pon nangis.. Sebab tu mama lebih senang tuk ta marah orang.. Sebab kalau nak marah je nangis.. Marah anak-anak pon kadang-kadang bole nangis..
  5. Tak boleh kata tak.. So selamanya ye je la.. Tak dalam hati je..
  6. Lemah dengan nombor.. Bagi la ape-ape nombor.. Even sependek 2 nombor.. Sat je da lupe balik.. Tu yang kadang-kadang bole terlupe umur sendiri.. Hihhi.. Tu yang kalau hutang orang kene cepat-cepat bayar.. & sape2 yang hutang mama & da lama ta bayar pon, tak yah na risau.. Mama bukan inggat pon.. Tau sendri mau jujur jer la..
  7. Slalu masuk angin.. Bukan masuk angin na marah orang.. Masuk angin betul-betul.. Da banyak d usaha.. Tapi still asyik masuk angin.. Sume tak le makan.. Tak le minum..
  8. Pemalu..? Iye la kot.. Ni kesan sampingan perkara no 1.
  9. Tak adventurous langsung.. Tak suke bende-bende yang berisiko.. Berisiko bukan risiko besar macam jatuh laut kalau naik banana boat tu.. Setakat pegang haiwan kt zoo pon berisiko.. Ada kuman ma..
  10. Tak boleh masuk sebarang tandas.. Setakat skang, ada beberapa tandas je yang mama boleh masuk.. 2 tandas kat umah, 1 tandas kat kantan, 1 tandas kat PD & 1 tandas kat office.. Horror giller.. Bayar la mama tuk masuk tandas lain.. Jangan harap nak masuk.. Kecuali kalau kes terpaksa.. Masuk tapi dengan tanpa kerelaan.. Huhu.. poyo..
Ok habis pon 10 perkara.. Skang mama tag:

Note: Selamat berpuasa kepada semua yang baca blog mama..

Tuesday, August 10, 2010

Mama Kedekut

Hujung minggu ni Ultraman Mebius datang The Mines.. Mama nampak iklan masa keluar makan ngan Mak Ngah.. Mama janji untuk bawak adik pegi tengok.. Harapnya tak de la ramai sangat orang.. Mama tak suke sangat pegi tempat yang sesak ni.. Perbualan Mama dengan Adik Malam tadi..

M: Adik nak buat ape kalau jumpe Ultraman?
A: Adik nak salam..
M: Adik nak cakap ape?
A: Adik nak cakap.. Hai Ultraman, saya Aqilah.. Saya nak kawin dengan Ultraman..
M: Mana bole macam tu..
A: Huh.. Mama ni kedekut..

Aik.. Mama kedekut plak..

Sunday, August 8, 2010

Kesan Sampingan

Rasa macam dah lama giller mama tak update blog ni.. Tapi sebenarnya tak la lama mane.. Tapi memang serius ta de mood na tulis ape-ape minggu lepas.. Kesan sampingan demam panas.. Sampai hari ni still ta de mood nak tulis.. Ke kesan sampingan lain ni..??

Note: Ayah tak de arini.. Ada perlawanan bola inter section kat Seremban.. Yang nak tegelak tu, malam tadi Kakak tanye.. "Ayah lawan team je atau ayah lawan negara lain..?" Nak tergolek jatuh kusi mama dengar.. Lepas ayah kate lawan team je.. Kakak kata "Oh lawan team je.. Kalau lawan negara lain kene ambik gambar.. Sebab tu baru hebat.."