Arahan yang paling susah untuk orang faham adalah.."Tak pedas tau.. Tak nak ada cili langsung.. Tak nak pedas langsung.."
Arahan macam da clear.. Tapi dari pemerhatian 9 tahun gune arahan yang sama, dari 10 kedai makan, mungkin 2 kedai je yang ikut.. Yang lain setakat angguk-angguk je.. Terkini kene kat kedai makan kat cherating.. Ayat standard mama tiap kali buat order "Tak pedas tau.. Tak nak ada cili langsung.. Tak nak pedas langsung.." Macam biasa tukang ambik order akan angguk-angguk macam faham.. Tapi yang sampai, makanan dengan cili potong sebanyak-banyanknye & serbuk lada hitam yang macam tertumpah.. Tak tau la ape yang tak clear pada arahan mama tu.. Bile komplen, dia bole cakap "tak pedas tu..." Suka hati je.. Mujur la semua dah penat & malas nak gado2, so makan je la.. Sian Kakak & Adik, habis makan panas bibir sampai ke hotel..
No comments:
Post a Comment