Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Buku Kedua

Lepas berjaya habiskan baca Buku Pertama hujung minggu lepas, Adik berkobar-kobar nak baca buku lain.. Sibuk tanya bile mama nak belikan lagi.. Baru teringat Adik ada buku lain yang dah lama mama belikan yang Adik bole baca.. Buku Hai Adik! Hendak Pakai Apa? terbitan Pelangi..

So malam tadi Adik baca buku ni.. Buku kedua yang Adik habis baca sendiri..

Monday, October 10, 2011

Buku Pertama

"Mama! Mama! Adik dah habis baca buku ni!!" Seronok betul Adik lepas habis baca buku Lily Mencuci Pakaian..



Ni buku cerita 1st yang Adik habis baca sendiri.. 10 hari Adik ambik untuk habiskan baca.. Agak lama sebab buku ni ada 21 muka surat & tak ada color coded langsung.. Mama perasan Adik gune teknik Iqra' untuk baca buku tu.. Sehari 1-2 muka surat, ikut kelancaran baca.. Bezanya, tiap kali nak mula baca Adik akan baca balik dari muka surat 1.. Mama janji nak beli buku lain.. Ada 4 tajuk lagi under siri ni..




Tuesday, October 4, 2011

Ada yang Melihatmu

Coklat untuk Iman: Ada yang Melihatmu, Tajuk buku yang Mak Anje belikan untuk Kakak..


Harga: RM 13.00 / RM 15.00
ISBN-13: 978-967-366-088-9
Tarikh Terbit: 29 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 200
Kategori: Islam, Kanak-Kanak, Coklat untuk Iman
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Macam menarik.. Buku dengan 21 koleksi pelbagai cerita.. Setiap satu kisah mengandungi pemahaman mengenai ilmu fikah yang disampaikan secara santai dan jalan cerita yang menghiburkan. Melalui buku ini kita dapat belajar tentang:

• Kenapa kita perlu berwuduk?
• Keistimewaan solat subuh
• Syarat sah sembahyang
• Apa itu sujud sahwi?
• Mengapa telur ayam perlu dibasuh?
• Sayap lalat ada racun dan penawar

Tq Mak Anje!

Sunday, October 2, 2011

Buku Dwi-Bahasa

Masuk je kedai buku mama tanye Kakak "Nak buku cerite ke buku latihan..?" Spontan Kakak jawab"Buku cerita".. Mama kate "Kali ni kite beli buku english pulak nak..? Asyik buku citer melayu je.." Kakak diam tapi buat muke tak setuju..

Kakak terus pusing-pusing kedai, nak tengok buku-buku yang ada.. Tak lama Kakak datang dengan buku kat tangan.. "Beli yang ni je la.. Buku ni dwi-bahasa.. Atas Bahasa Melayu, bawah English..."


Menarik!!.. Dapat buku cerita dalam 2 bahasa.. Cume bile buku dwibahasa, ceritenye pendek skit dari buku-buku yang Kakak selalu baca (walaupun jumlah muka surat dalam 120 lebih sebuah..) So, malam belum habis, Kakak dah habis baca dua2 buku tu..

Wednesday, May 4, 2011

Pesta Buku

Sebab dah janji dengan budak-budak, mama pujuklah ayah untuk bawak derang ke Pesta Buku Antarabangsa kat PTWC baru-baru ni.. Ikut hati memang malas sangat nak pegi, sebab mama memang paling tak suka sangat nak pegi tempat-tempat yang ramai orang.. Tapi sebab da janji, mama pegi gak la..

Macam yang dah diagak, orang ramai giller.. Bahu ke bahu, badan ke badan.. Berasak-asak macam ikan sardin.. Bukan setakat nak tengok buku pon susah, nak bergerak pon susah.. Lagi-lagi dengan dua budak.. Tangan confirm tak le lepas, risau hilang dalam orang ramai.. Adik pon marah-marah sebab orang dok tolak-tolak dia.. Tapi sebab dah sampai, ronda la gak.. Kakak beli 2 novel dan 5 buku latihan.. Adik pulak beli 1 buku cerita da 5 buku latihan.. Mama suruh beli banyak lagi, sebab alang-alang dah berasak, biarlah berbaloi.. Kakak dok kate "Tak pe la.." Sampai umah, belum habis hujung minggu dua-dua buku dah habis baca.. Bila mama kate "kan mama dah suh ambik lebey.." Kakak jawab "Kakak takut mahal.. Duit ayah pulak tu.." Betul-betul anak mama :)


Kakak tengah belek-belek pilih buku..



Macam mane tak habis baca cepat, belum keluar lagi dah mula baca.. Ni tengah tunggu ayah kat luar.. Tak larat mama nak bergesel-gesel kat dalam.. Setakat nak cari spot untuk berdiri 3 beranak pon tak de..



On the way balik.. Senyum je.. Mama tanye "Tahun depan nak datang lagi ke..?" Dua-dua jawab "Nak!!!" Isk, pegi dengan ayah je la gamaknye.. Mama tak nak..

Friday, March 11, 2011

Di mana DIA Di Hatiku?

Dah berbulan-bulan buku Di Mana DIA Di Hatiku tulisan Pahrol Mohd Juoi terletak atas rak buku kat rumah.. Baru minggu ni sempat nak membelek-belek..


Tajuk : Di Mana Dia Di Hatiku?
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Penerbit : Karya Bestari
ISBN : 978-967-86-0353-9
Muka surat: 320

Allah itu amat hampir, tapi kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir....

Di Mana Dia di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri... di mana letaknya kita di sisi ILAHI?
  • Antara yang menarik:
  • Orang baik mati cepat?
  • ALLAH maha mendengar
  • Rintih hati mencari ILAHI
  • Singkaplah rahsia malam
  • Serasikan tadbir dan takdir
  • Kutiplah ilmu ALLAH
  • Bicara kalbu di saat keliru
  • Biarlah wajah tidak cantik
  • Dunia di tangan akhirat di hati
  • Jangan lupakan "Siti Khadijah' kita

Pengisian buku yang ditulis secara santai dengan selingan antara catatan, kisah teladan, kata-kata hikmah, sajak dan petikan ayat-ayat menarik.. Jika Terpaksa Membenci, salah satu sajak yang menarik yang terkandung dalam buku tu.

Jika terpaksa membenci
jangan ketara
sembunyikan bersama sabarmu
biarkan dia berkata-kata
relakan dia lakukan segala
pendam rasamu
rendam katamu

Jika terpaksa membenci
benci seadanya
jangan dirinya
tetapi kelakuannya
jangan keterlaluan
jangan berlebihan
diam.. dan cuba maniskan wajah

Jika terpaksa membenci
jangan sampai dapat dibaca
sembunyikan segala di sudut hatimu
namun, ingat jangan beri hatimu kepadanya

Jika terpaksa membenci..
(Alangkah baik jika kalimah itu tiada..?)