Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Friday, December 30, 2011

Promosi Pavlova

Menarik giller rupa bende alah ni.. Promosi terbaru Citarasi Ummi.. Ni mama copy paste mesej Ida kat akaun fb dia..

"Salam..sempena tahun baru yg bakal menjelang, Citarasa Ummi memperkenalkan produk terbaru kami..PAVLOVA..harga sempena promosi RM40 sahaja (saiz 8", topping 4 jenis buah2an - strawberi, kiwi, blueberry & markisa)..cepat buat tempahan sekarang..promosi berakhir 3 Februari 2012"

Macam nak cube rasa.. Tengah tanye Ida sama ada sempat tak kalau nak order untuk hari Ahad ni.. Kalau sempat bole bawak ke umah Mak Anje sempena majlis kesyukuran masuk rumah baru dia..

Sebesar Handphone

Apa signifikasi gambar handphone ni? Bukan sebab mama teringin nak tukar handphone baru.. Atau teringat handphone flip motorola lama mama.. Cume ilustrasi penulis artikel Your Pregnancy: Week 14 masa menerangkan size baby pada minggu ke 14.. Size baby sepatutnya da sama panjang dengan flip phone @ bersamaan dengan 3.5 inci @ dalam 9 cm gitu.. Tripled in size dalam masa kurang dari 3 minggu :)

Wednesday, December 21, 2011

It's Our 9th Anniversary


Every Year
Every year that I'm with you
Has been better than before;
It's hard for me to even think
How I could love you more.
Every year you've graced my life
Has been full of happiness;
I love your caring face, your voice,
Your tender, sweet caress.
Every year when this day comes,
I'm filled with love and pleasure;
Happy Anniversary, Love,
My joy, my delight, my treasure.

By Joanna Fuchs


Saturday, December 17, 2011

Kemeja Muslimah

Klik sini atau sini untuk koleksi lengkap TENUN KAPAS..


Thursday, December 15, 2011

Family Love

Thursday, December 8, 2011

Happy Birthday!!

Hari ni hari istimewa.. Birthday bestfriend mama.. Dengan jadual harian yang agak kelam kabut sejak akhir-akhir ni, mama tak sempat nak arrange ape-ape langsung.. Cume birthday poem Joanna Fuchs yang mama copy paste dari tenet je..

On your birthday,
I wish for you the fulfillment
of all your fondest dreams.
I hope that for every candle
on your cake
you get a wonderful surprise.
I wish for you that
whatever you want most in life,
it comes to you,
just the way you imagined it,
or better.
I hope you get as much pleasure
from our friendship as I do.
I wish we were sisters,
so I could have known you
from the beginning.
I look forward to
enjoying our friendship
for many more of your birthdays.
I'm so glad you were born,
because you brighten my life
and fill it with joy.
Happy Birthday!

Wednesday, December 7, 2011

Kesan Sampingan

Sejak beberapa minggu ni rasa malas sangat nak update blog.. Asal bukak je rasa nak tutup.. Bukak je rasa nak tutup.. Walaupun macam ada je citer yang nak di share.. Lagi2 dengan Mak Lang.. Tapi memang rasa malas betul nak naip.. Bukan stakat nak share citer, Nak share gambar malas.. Nak share lagu pon malas..

So ni la hasilnye.. Blog yang macam nak bersarang.. Rasanye ni kesan sampingan pregnant, selain rasa loya dan mulut payau yang masih tak ilang2 lagi sampai arini.. Hopefully rasa malas ni ilang lepas masuk trimester kedua minggu depan, sama2 dgn rasa loya dan mulut payau..

Thursday, December 1, 2011

Lukisan Adik

Ni antara lukisan-lukisan Adik yang latest.. Sejak akhir2 ni Adik suke lukis gambar keluarga.. Dalam kebanyakan gambar Adik, mesti ada gambar baby (macam ketiga2 gambar ni..)




Friday, November 25, 2011

Sesi Sekolah 2011

Sesi persekolahan tahun 2011 da seminggu habis.. Skit update on perkembangan Kakak & Adik sepanjang sesi persekolahan 2011..

Kakak - Prestasi maintain sepanjang tahun untuk sekolah kebangsaan.. Dapat no 3, 4, 2 dan 3 untuk Peperiksaan Mac, Pertengahan tahun, Ogos dan Akhir tahun.. Peningkatan mendadak untuk sekolah KAFA, dari ranking pertengahan kelas lonjak naik ke no 1 keseluruhan darjah.. Kehadiran ke sekolah yang penuh dengan 1 hari MC sebab demam.. Tak penah nak ponteng walaupun kalau mama suruh ponteng.. Sepanjang tahun senang sangat nak suruh bangun pagi untuk bersiap ke sekolah.. Kakak dilantik jadi pengawas untuk sesi persekolah taun depan..


Adik - Sepanjang taun susah nak ke sekolah.. Hari terakhir ke sekolah masih menangis.. Tapi setiap kali balik sekolah mesti kate tak puas sekolah.. Hampir sepanjang tahun Adik pegi sekolah tak mandi.. Walaupun susah nak ke sekolah, Adik rajin buat ulangkaji kat rumah, Adik boleh mula membaca masuk separuh tahun persekolahan.. Habis taun, Adik dah nak habis Iqra' 3, Adik dah hafal beberapa surah lazim, bacaan2 dalam solat, 20 ayat pertama surah yassin, asma al husna dan beberapa doa2 asas.. Adik dapat kedudukan ke 4 dengan 3 subjek dengan markah 100..

Mama doa prestasi baik Adik & Kakak (kecuali bab Adik susah mandi pagi) kekal dan meningkant untuk tahun-tahun akan datang..


Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Malaya!!

Alhamdulillah, Malaysia Menang!! Nak jadi rezeki, kita menang dengan gol meniarap & bola golek masuk dalam gol.. Team Harimau Malaya memang hebat!! Sakit dada mama 3 jam tengok game tu.. Ni antara game yang boleh buat rasa nak nangis..

Malaysia menang bukan saje sebab players kite hebat & semangat kite kuat.. Kite menang untuk jadi pengajaran untuk negara jiran untuk ada rasa hormat dan tunjuk rasa hormat pada orang lain.. Bak kate jurulatih Ong Kim Swee "They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect our parents. iI you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them WHAT BEING MALAYSIAN IS ALL ABOUT.."

Tahnih Harimau Malaya!! Tahniah Malaysia.. :D

Monday, November 21, 2011

Good Luck Harimau Malaya!

Tak berape suke lagu ni.. Tapi share gak sempena game malam ni..



Harapnya menang paling-paling 2-0.. Bak kate lagu, "GOL pertama untuk negara, kedua untuk pingat.."

Gud Luck Harimau Malaya!!

Tuesday, November 15, 2011

Walau Masih Terlalu Awal

Adik dan Kakak, dua2 excited dengan berite kehamilan mama.. Walaupun masih terlalu awal.. Adik dah banyak tunjuk rasa kasih sayang berbanding Kakak.. Tiap malam Adik akan peluk perut mama.. Bercakap-cakap dengan baby.. Dialog standard adik biasanya mula dengan lirik lagu Justin Bieber "baby, baby, baby ohh!!" sebelum mule berborak2 "what are you doing baby.. Ni kak ngah.. bile nak keluar ni.. lama sangat la nak tunggu.."Ada satu malam, tengah baring peluk tengok tv, Adik selimutkan perut mama, Adik kate "Jangan alih tau, tu selimut untuk baby.." Caring giller Adik dengan baby dia yang masih beberapa mm panjang..

Kakak walau tak berapa tunjuk sangat, mama tau Kakak pon excited.. Kakak banyak tolong mama dengan kerja-kerja rumah (lagi2 masa bibik tak ada ni..) Kakak suka baca buku-buku kehamilan mama.. Kakak dah mula belek-belek pilih nama yang sesuai.. Masa belek2 nama la baru Kakak dan Adik tau makna nama masing-masing... Bangga Adik dengan makna nama dia Cahaya Kebijaksanaan & tergolek-golek Adik gelak bile tau makna nama Kakak Cahaya Pencinta.. Skali-skala, bile-bile datang perangai nakal dia, Adik akan panggil Kakak dengan panggilan Cahaya Pencinta sambil tergelak-gelak.. Bile dah banyak baca, banyak la info tambahan Kakak.. Kadang-kadang Kakak pesan "Mama jangan lupa sujud syukur dan solat hajat selalu tau..." dan "Mama kene ati-ati, sebab mengandung masa umur 30-an lebih berisiko dari mengandung masa umur 20-an.." dan "Mama kene tido dengan baring mengiring tau, tak boleh baring menelentang" dan "Mama boleh bau masakan ke? Bukan ke kalau mengandung tak bole bau, nanti muntah.." Kadang-kadang rasa Kakak jauh lebih matang berbanding umur..

Mama doa semoga kandungan kali ni membesar dengan sehat, sempurna dan mudah macam masa mengandungkan Kakak & Adik dulu..

Friday, November 4, 2011

Pengawas Percubaan

Dari 2 minggu lepas Kakak bagi tau Kakak terpilih jadi pengawas bercubaan.. Kakak kate "Kalau berjaya boleh jadi pengawas betul.." Berjaya tu.. Semalam dapat name kad pengawas percubaan.. Kakak kate "Kalau jadi pengawas perpustakaan lagi best.. Tiap bulan bole dapat majalah kuntum.." Rasa rugi besar la tu..

Pagi ni saja mama ajak Kakak bergambar, malas dia nak layan mama.. So dapatlah gambar dengan muke masam..

Harap-harap Girl

Sejak Adik tau mama pregnant, Adik slalu datang dekat, letak tangan kat perut dan kata "Harap-harapnye girl la.." Macam mane pujuk pon, Adik tetap nak girl gak.. Adik kate kalau baby boy nanti ganas, pukul-pukul Adik.. Baby girl sopan..

Kelmarin, Adik buat rutin Adik yang biasa.. Adik datang peluk mama, tangan kat perut & kata "Ya Allah, berkatilah rezeki yang kau beri kepada kami.. Berilah kami baby girl.." Terkejut mama dengar.. Pandai Adik berdoa.. Adik olah dari doa makan yang Adik selalu baca..

Thursday, October 27, 2011

Pegi Giant Je La

Adik memang suke buat adegan borak-borak dengan 'imaginary friend' dia.. Ni antara diolog perbualan Adik tadi.. Kali ni Adik berborak dengan 2 nada suara.. Jarang-jarang skali mama boleh dengar diolag kawan Adik.. Biasanye adik berborak dengan 1 nada & pura-pura buat gaya dengar dialog kawan..

Kawan: Jom kite pergi tempat menari-nari.. (dalam hati, amboi bukan main..)
Adik: Mane boleh pegi situ..
Kawan: Kenapa tak boleh..?
Adik: Allah tak suka..
Kawan: Macam tu kita nak pegi mane?
Adik: Kite pegi Giant je la.. (haha nak gelak mama dengar ayat ni)
Kawan: Kite pakai baju seksi nak..? (dalam hati, amboi bukan main lagi..)
Adik: Tak boleh.. Tak elok.. Tak sopan.. Berdosa..

Confirm Adik tengah berlakon jadi budak baik..

Alhamdulillah :D

Friday, October 21, 2011

Jual Minyak

Adik: Mama, Adik nak jual minyak la..
Mama: Minyak ape?
Adik: Minyak gamat tapi buat dari kelkatu..
Mama: Hah?! (Memang tengah banyak kelkatu pon malam tadi)
Adik: Kite kutip kelkatu2 ni, cabut sayap, potong2, masuk dalam periuk, bubuh air, pastu kacau, mausk dalam bekas, jual 50 sen..
Mama: Buat la kalau berani..
Adik: Mama cabutkan sayap boleh, Adik takut..
Mama: Mama tak nak, berdosa..
Adik: Orang buat minyak gamat boleh potong2 lintah..
Mama: Bukan lintah la.. Minyak gamat dari gamat la..
Adik: Bibik la ni.. Bibik yang ajar..

Ada ciri-ciri otak bisnes gak rupenye Adik.. Bagus.. bagus..

Thursday, October 20, 2011

Siput Tut..

Sampai rumah adik terus datang nak bercerite..

Adik: Adik nampak siput tadi.. Tapi siput yang binatang kita tak bole sebut..
Mama: Ehm???
Adik: Ala.. Binatang yang kite tak bole pegang tu..
Mama: Yang mane (konon2 tak faham)
Adik: Ala.. Yang warne pink tu..
Mama: Bagi tau je la nama dia (saje nak sakat Adik)
Adik: Tak boleh, nanti kene sebut taubat yassin..
Mama: Sebut je la (cover2 nak gelak kuat)
Adik: Herm.. Herm (sambil pegang2 tekak)
Mama: Ape dia??
Adik: Siput babi.. Taubat yassin, taubat yassin (laju2 je Adik sebut)

Tak tahan gelak mama.. Banyak kali dah terang bile bole gune perkataan babi tu.. Tapi tak penah berani nak gune.. Kakaklah ni yang ajar taubat yassin ni..

Nenek Jadi Artis

Hujung minggu lepas Atuk & Nenek keluar kat rancangan tv GPS Iman kat saluran tv3.. Sinopsis rancangan yang mama pinjam dari FB GPS Iman..

Program baru terbitan Primeworks untuk TV3 ini memaparkan pengembaraan 3 pengacara bersama artis jemputan dan geng penunggang superbike ke kawasan kampung seluruh Malaysia. Berkongsi pengalaman dan tazkirah dalam usaha berdakwah melalui cara yang lebih santai dan progresif, demi menarik belia menuju ke jalan yang diredhai. Semoga kita semua mendapat iktibar dan dikurniakan hidayah, saling menasihati serta menemui arah tujuan hidup sebenar. Wallahualam.

'Memandu Jiwa, Meyemai Cinta, Menyuburkan Iman'

Satu ni je gambar yang ada gambar Nenek kat photo album siri 2.. Atuk tak de..



Rancangan tu 1/2 jam je.. Tapi sempatlah beberapa scene yang keluar gambar Atuk & Nenek.. Habis je cerite Adik terus call nenek.. Adik kate "Nenek dah jadi artis!!! Nampak nenek kat tv tadi..."

Note: Kalau nak tengok boleh tengok online di www.tonton.com.my (search GPS Iman)

Sunday, October 16, 2011

Hari Sukan Adik

Alang-alang dah ada post on Hari Sukan Kakak, ni skit note untuk Hari Sukan Adik yang berlangsung 1 minggu lebih awal..

Ni kali pertama Adik join hari sukan.. Acara sukan tahunan kali ni dibuat kat Dewan Masjid Nilai.. Walaupun Adik masuk 4 acara, muka Adik suspen je dari mula sampai abis acara.. Adik masuk Lumba Jalan Itik, Lari Bawa Obor, Lari Pakai Kasut Gergasi dan Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu..





Masa nyanyi nasyid je yang Adik tunjuk muke seronok (sebab Adik memang suke nasyid)



Adik dengan hadiah-hadiah yang Adik dapat..



Friday, October 14, 2011

Thursday, October 13, 2011

Salah Konsep

Sabtu lepas Hari Sukan sekolah Kakak.. Cuaca elok, sekolah bersih, siap sedia dengan khemah rumah sukan yang dah siap dihias.. Cume keadaan padang je yang agak kureng dengan kehadiran lopak disebabkan hujan pada hari sebelumnya.. Sebab kami sampai awal dan acara mula agak lewat dari yang dijadualkan, kenalah menunggu nak dekat satu jam gak..

Tengah-tengah tunggu, dengarlah satu pengumuman yang dibuat oleh pihak sekolah "Pihak sekolah akan mengadakan satu pertandingan khas untuk murid-murid.. Sesiapa yang mengumpul sampah terbanyak di akhir acara sukan akan diberikan hadiah istimewa.."

Erk..!! Apakah..??! Salah konsep betul.. Sepatutnya sekolah buat pengumuman untuk mengingatkan para murid dan ibu bapa untuk mengekalkan kebersihan sekolah sampai habis acara.. Sebab pengumaman tadi lebih kurang maksudnya dengan "Kamu boleh buang sampah mrata-rata sebab siapa yang dapat kumpul sampah yang terbanyak di akhir acara nanti akan diberikan hadiah istimewa.."

Kakak posing lepas dapat tempat kedua dalam acara lari berhalangan..


Note: Tak tahan mata mama tengok lari satu sekolah tak pakai kasut.. Kuman la..

Wednesday, October 12, 2011

Ahli Baru Lagi

Alhamdulillah, kuarga ARA tambah seorang ahli baru lagi.. Belum sempat visit lagi.. :(

Tuesday, October 11, 2011

Buku Kedua

Lepas berjaya habiskan baca Buku Pertama hujung minggu lepas, Adik berkobar-kobar nak baca buku lain.. Sibuk tanya bile mama nak belikan lagi.. Baru teringat Adik ada buku lain yang dah lama mama belikan yang Adik bole baca.. Buku Hai Adik! Hendak Pakai Apa? terbitan Pelangi..

So malam tadi Adik baca buku ni.. Buku kedua yang Adik habis baca sendiri..

Monday, October 10, 2011

Buku Pertama

"Mama! Mama! Adik dah habis baca buku ni!!" Seronok betul Adik lepas habis baca buku Lily Mencuci Pakaian..



Ni buku cerita 1st yang Adik habis baca sendiri.. 10 hari Adik ambik untuk habiskan baca.. Agak lama sebab buku ni ada 21 muka surat & tak ada color coded langsung.. Mama perasan Adik gune teknik Iqra' untuk baca buku tu.. Sehari 1-2 muka surat, ikut kelancaran baca.. Bezanya, tiap kali nak mula baca Adik akan baca balik dari muka surat 1.. Mama janji nak beli buku lain.. Ada 4 tajuk lagi under siri ni..




Quote of the Day ~ Good Morning!

Saturday, October 8, 2011

Quote of the Day ~ Happiness

Friday, October 7, 2011

Quote of the Day ~ Apologizing

Thursday, October 6, 2011

Nak Bagi Nama Ape?

Adik: Kenape mama bagi nama Adik senang?
Mama: Hah?
Adik: Kenapa mama bagi Adik nama Nur Aqilah?
Mama: Nur Aqilah tu cahaya bijaksana/cerdik/pandai/cerdas
Adik: Kenapa tak bagi nama susah? Nur Aqilah Farzana ke?
Mama: Huh?
Adik: Nanti mama nak bagi nama ape?
Mama: Ehm? Name siape?
Adik: Baby dalam perut mama, mama nak bagi nama ape?
Mama: Huh..?! Mane ada baby
Adik: Bagi nama Nurhaliza nak? (soalan buat2 tak faham)

Ape-ape la Adik..

Tuesday, October 4, 2011

Ada yang Melihatmu

Coklat untuk Iman: Ada yang Melihatmu, Tajuk buku yang Mak Anje belikan untuk Kakak..


Harga: RM 13.00 / RM 15.00
ISBN-13: 978-967-366-088-9
Tarikh Terbit: 29 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 200
Kategori: Islam, Kanak-Kanak, Coklat untuk Iman
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Macam menarik.. Buku dengan 21 koleksi pelbagai cerita.. Setiap satu kisah mengandungi pemahaman mengenai ilmu fikah yang disampaikan secara santai dan jalan cerita yang menghiburkan. Melalui buku ini kita dapat belajar tentang:

• Kenapa kita perlu berwuduk?
• Keistimewaan solat subuh
• Syarat sah sembahyang
• Apa itu sujud sahwi?
• Mengapa telur ayam perlu dibasuh?
• Sayap lalat ada racun dan penawar

Tq Mak Anje!

Sakit Gigi!!

Sakitnye gigi!! (bukan gigi yang sakit sebenarnye, apsal tah orang kate sakit gigi..) Macam dah lama tak kene sakit gigi macam ni.. :(



Gigi bongsu punye pasal la ni.. Time2 sakit macam ni memang rasa confirm nak cabut je gigi ni.. Bile da hilang sakit nanti, mesti tak jadi nak cabut.. Lagi2 bile mengenangkan kos cabut je dalam 300 - 500 ringgit & sakit dalam 3-4 hari.. Harap-harap malam ni boleh tido, tak macam malam semalam..

Sunday, October 2, 2011

Buku Dwi-Bahasa

Masuk je kedai buku mama tanye Kakak "Nak buku cerite ke buku latihan..?" Spontan Kakak jawab"Buku cerita".. Mama kate "Kali ni kite beli buku english pulak nak..? Asyik buku citer melayu je.." Kakak diam tapi buat muke tak setuju..

Kakak terus pusing-pusing kedai, nak tengok buku-buku yang ada.. Tak lama Kakak datang dengan buku kat tangan.. "Beli yang ni je la.. Buku ni dwi-bahasa.. Atas Bahasa Melayu, bawah English..."


Menarik!!.. Dapat buku cerita dalam 2 bahasa.. Cume bile buku dwibahasa, ceritenye pendek skit dari buku-buku yang Kakak selalu baca (walaupun jumlah muka surat dalam 120 lebih sebuah..) So, malam belum habis, Kakak dah habis baca dua2 buku tu..

Saturday, October 1, 2011

Johnny English: Reborn

Tengok muvie Johnny English: Reborn pagi tadi.. Bess giller.. Gelak dari awal sampai akhir.. Lain skit dari lawak2 Mr. Bean yang biasa.. Banyak scene pecah perut, tp scene masa english bawak helicopter antara yang paling lawak.. Sakit2 perut mama gelak..

Wordless Saturday ~ Happy 8th Birthday Sayang

Thursday, September 29, 2011

Be Strong


Mode: Tetibe rasa sedey pagi ni..

Wednesday, September 28, 2011

Open House 2011

Lepas banyak tahun tak buat open house, tahun ni sempat gak mama buat.. Tapi kecil2an je.. Just jemput adik beradik, pakcik makcik, kawan2 rapat dan jiran2 terdekat.. Alhamdulillah semua berjalan lancar (of course dengan kekurangan sana-sini..) Sori kalau2 ada yang tak terlayan.. Maklumlah, tuan rumah kurang berpengalaman sebab jarang2 skali buat makan-makan ni..

Tq banyak2 untuk yang sudi datang – mama, ayah, mak, ayah, along & fam, tiah & fam, each & apad, talha & amir, dijah, adik, kak ngah & fam, syida & housemates, kak evi & fam, kak noi, roza, aizah & anak2, en aziz & fam, sophia & husband, syam & fam, ita & fam, nubli & anak, abg rosli & fam, mahathir & fam, ustazah siti & fam, pak on & fam, pak irul & fam, cik nab & fam, pok de & fam,pak teh & fam, ida & fam, kak di & fam, ikin & fam, ida & fam, june & fam, bush & fam, hanim & fam, wak nul & fam, suhaimi & anak, adha & fam, pian, abg adam.. Fuh!! Patutlah ada masanye ada yang tak dapat duduk.. Rasa dah sebut semua.. Terima kasih semua sbb sudi hadir.. Ada rezeki tahun depan boley buat lagi, InsyaAllah..

Nota kaki: Pagi Isnin nak ke ofis ternampak iklan nuget tepi jalan, baru perasan nuget yang mama beli untuk jadi menu budak2 ada lg dalam peti & lupe nak goreng, kelam kabut punye pasal :p


Sunday, September 25, 2011

3 Lelaki 4 Perempuan

Minggu lepas masa dalam kereta nak ke GIANT, tetibe Adik kate "Ape kate kalau mama bersalin baby 3 lelaki 4 perempuan.. Baru bess.." Dalam hati macam apsal lak tetibe 3 lelaki 4 perempuan ni.. Tapi ayat tu macam biasa mama dengar je ayat tu..Tetibe dengar Adik nyanyi..

Anak nabi kita
Ada tujuh orang
Tiga laki-laki
Empat perempuan
Kasim Abdullah Ibrahim Fatimah
Zainab Ummi Kalthum Siti Rokiah

Oohh.. Rupenye tiru dari lagu yang Adik baru belajar kat sekolah.. Patut macam biasa dengar je.. :)

Saturday, September 24, 2011

Thursday, September 22, 2011

Adiah Best!!

Hari ni mama dapat adiah best dari Atuk & Nenek.. Adik mule-mule tgk pon tercenggang sekejap dia.. Gelak kuat mama & Kakak tengok reaksi Adik... Btw, THANK YOU banyak2 kt atuk dan nenek untuk adiah yang best tu.. :D

Hadiah Buku

Birthday Kakak tak lama dah.. Mama tak plan ape2 pon.. Kek pon tak terpikir nak beli.. Malam tadi borak2 dengan Kakak..

Mama: Sukan Adik 2hb Oct, Kakak 1hb Oct.. Eh bday Kakak masa hari sukan la..
Kakak: A'ah la..
Mama: Mama tak beli kek ok..? Kalau beli asyik tak abis..
Kakak: Ok je.. Tapi nak adiah..!
Mama: Adiah ape..?
Kakak: Adiah buku citer..

Huhu.. Skema sungguh anak daraku..

Nota kaki: Makcik, pakcik, atuk, nenek yang ada rasa nak belikan hadiah untuk Kakak, bole belikan buku la ye :D (huhuh mak tak malu..) Antara jenis2 buku yang Kakak suke baca dan belum ada untuk rujukan :p





Tuesday, September 20, 2011

Saya Patut Menang Quran Digital Giveaway oleh MIO kerana..

Mama terbaca pasal giveaway ni sebelum balik ofis tadi kat blog Everyday Ice Cube.. Sebab hadiahnye SANGAT LA MENARIK, dari ofis lagi dah pasang niat nak tulis entry untuk join giveaway ni malam ni gak.. Sambil drive dok pikir2, ape la yang mama nak tulis..


So, kenapa mama rasa mama yang patut menang Quran Digital Giveaway oleh MIO ni ?? Sebab Quran Digital ni macam SESUAI SANGAT untuk mama & family.. Sebab dengarnye, Quran Digital ni:
  • Mempunyai keistimewaan membaca ayat per ayat dan surah per surah. Sentuh je mata pen pada mana-mana ayat atau surah, pen akan mengeluarkan bacaan mengikut mana2 Qari yang kita pilih - Sesuai sangat untuk KAKAK yang tengah dalam usaha untuk lancarkan bacaan
  • Boleh berfungsi sebagai MP3 untuk memainkan lagu2 seperti nasyid, nama2 Allah dan sebagainya yang boleh dimuat turun dari komputer ke dalam pen digital - Sesuai sangat untuk ADIK yang memang suka nyanyi2 lagu nasyid
  • Dapat memperdengarkan bacaan yang betul dari Qari2 terkenal beserta terrjemahan ayat bahasa Melayu/English dengan kualiti bunyi yang baik, terang dan jelas - Sesuai sangat untuk MAMA dan AYAH yang sentiasa belajar untuk memperbaiki bacaan
Mintaknye adalah rezeki mama untuk dapat Quran Digital ni.. Amin..

Nota kaki: Happy birthday MIO.. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..

Monday, September 19, 2011

Little Wonders

Lagu Little Wonders nyanyian Rob Thomas, soundtrack movie Meet The Robinsons.. Tengok masa tido rumah Pak Long last weekend..



Let it go, let it roll right off your shoulder
Don't you know the hardest part is over?
Let it in, let your clarity define you
In the end we will only just remember how it feels

Our lives are made in these small hours
These little wonders, these twists and turns of fate
Time falls away but these small hours
These small hours still remain

Let it slide, let your troubles fall behind you
Let it shine until you feel it all around you
And I don't mind if it's me you need to turn to
We'll get by, it's the heart that really matters in the end

Our lives are made in these small hours
These little wonders, these twists and turns of fate
Time falls away but these small hours
These small hours still remain

All of my regret will wash away somehow
But I cannot forget the way I feel right now
In these small hours
These little wonders, these twists and turns of fate
Yeah, these twists and turns of fate!

Time falls away, yeah but these small hours
And these small hours still remain, yeah
Ooh they still remain
These little wonders, oh these twists and turns of fate

Time falls away but these small hours
These little wonders still remain

Thursday, September 15, 2011

Dah Putus!

Perbualan malam tadi..

Adik: Esok Adik sekolah tau..
Mama: Ok..
Adik: Kawan Adik yang kakak dia cuti pon kate nak sekolah..
Mama: Ok..
Adik: Sape kate Adik tak nak sekolah..
Mama: Elok la sekolah..
Adik: Tengoklah esok Adik sekolah..
Mama: Ok..

Pagi ni..

Adik: Waaaaa!!!!
Mama: Kenape plak ni..
Adik: Adik tak nak sekolah..
Mama: Semalam kate nak sekolah..
Adik: Waaaa!!!!
Mama: Adik sekolah pon sekejap je.. Ntah2 balik Kakak belum bangun pun..
Adik: Waaaa!!!
Mama: Malam tadi kate nak sekolah..
Adik: Waaaa!!!
Mama: Tak nak sekolah tak pe.. Tapi elok sekolah la..

Tak lama..

Adik: Mama, dah putus!
Mama: Ape yang putus?
Adik: Putus Adik tak pegi sekolah..
Mama: Ceh..
Adik: Macam mane Adik nak pegi..
Mama: Nape?
Adik: Semalam Kakak dah bagi tau ustazah da Adik tak sekolah hari ni.. Kalau pegi mesti ustazah tanye kenapa datang plak..

Ye la tu.. Salah Kakak la plak..

Tuesday, September 13, 2011

Asyik-asyik Bibik

Otw balik rumah, mama call rumah untuk cakap dengan bibik..

Mama: Hello Adik, bibik ada?
Adik: Ada..
Mama: Mama nak cakap dengan bibik sat..
Adik: Ala.. Asyik-asyik bibik.. Borak la dengan Adik..
Mama: Mm.. Macam mane sekolah tadi?
Adik: Tak ok..
Mama: Kenapa tak ok?
Adik: Sebab tak ok..
Mama: Ok, panggil bibik..
Adik: Asyik-asyik bibik je..! Borak dengan Adik..!
Mama: Kan dah borak tadi..
Adik: Tu sekejap je.. Borak lama-lama..
Mama: Mm.. Tadi Adik makan ape..?
Adik: Mee Goreng Indonesia..
Mama: Isk.. Asyik makan mee goreng indonesia je..
Adik: Tak pe la..
Mama: Nak jadi budak pandai tak le selalu makan mee..
Adik: Kedekut..!
Mama: Aik kedukut la plak.. Ok la panggil bibik pulak..
Adik: Ish.. Asyik bibik je..!

Adoi.. Sampai sudah tak dapat cakap..

Saturday, September 10, 2011

Wordless Saturday ~ Kami!

Friday, September 9, 2011

Arahan Susah

Arahan yang paling susah untuk orang faham adalah.."Tak pedas tau.. Tak nak ada cili langsung.. Tak nak pedas langsung.."

Arahan macam da clear.. Tapi dari pemerhatian 9 tahun gune arahan yang sama, dari 10 kedai makan, mungkin 2 kedai je yang ikut.. Yang lain setakat angguk-angguk je.. Terkini kene kat kedai makan kat cherating.. Ayat standard mama tiap kali buat order "Tak pedas tau.. Tak nak ada cili langsung.. Tak nak pedas langsung.." Macam biasa tukang ambik order akan angguk-angguk macam faham.. Tapi yang sampai, makanan dengan cili potong sebanyak-banyanknye & serbuk lada hitam yang macam tertumpah.. Tak tau la ape yang tak clear pada arahan mama tu.. Bile komplen, dia bole cakap "tak pedas tu..." Suka hati je.. Mujur la semua dah penat & malas nak gado2, so makan je la.. Sian Kakak & Adik, habis makan panas bibir sampai ke hotel..

Tuesday, September 6, 2011

Bual2 Dengan Adik

Beberape topik perbualan dengan Adik sepanjang perjalanan ke Terengganu..

Jual

Mama: Mama rasa baju budak2 ni yang dah tak muat bole jual la..
Ayah: Baju mane?
Mama: Baju-baju yang elok lagi.. Byk gaun2 yang 2-3 kali pakai.. Derang tak suke pakai gaun..
Ayah: Boleh la jual..
Adik: Tak boleh.. Jangan jual.. Baju-baju tu untuk adik baby nanti..
Mama: Jual je dulu.. Kerusi makan baby tu pon mama nak jual.. Bukan ada orang pakai da..
Adik: Tak boleh!!
Mama: Bukan Adik boleh gune pon..
Adik: Tu untuk adik baby nanti.. Nak jual sangat jual je peti tu..?
Mama: Peti?! Apsal lak?
Adik: Hah la.. Jual je peti tu.. Beli peti lain yang lebih besar..
Mama: Tak pasal2 plak..

Makan Lidah

Mama: Terlupe lak na beli makanan untuk makan2 dalam kete... Air pon tak de..
Ayah: A'ah.. Lupe lak nak beli tadi..
Adik: Makan je lidah tu kalau nak makan sangat..
Mama: Amboi mulut..

Kedai Pengantin

Ayah: Tengok tu, kedai pengantin.. Mama dulu kate nak bukak kedai pengantin..
Adik: Ye ke mama?
Mama: A'ah.. Nanti2 la mama bukak dengan Adik..
Adik: Boleh!! Bile ma? Besok ke..?
Mama: Ape plak besok.. Nanti2 bile Adik dah habis belajar..
Adik: Ok.. Tapi kedai pengantin kene ada baju pengantin tau.. Biar Adik yang pilih..
Mama: Amboi..

Bendera

Adik: Tu bendera ape tu..?
Mama: Yang mane?
Adik: Yang hijau ada bulat tu..
Kakak: Bendera jepun kot..
Ayah: Tak la.. Tu bendera parti politik..

skema je jawapan.. Tak de plak yang tanye parti politik tu ape..

Adik: Tu bendera ape?
Mama: Yang mane?
Adik: Yang atas kaler merah, bawah kaler putih, tengah bulat kuning ada gambar cicak tu..
Mama: Hah?!

Kah kah kah.. Gambar cicak..

Monday, September 5, 2011

Kene Dera

Huhu.. Hari ni kene dera teruk.. Pegi teman buah hati mama gi tengok muvie Conan the Barbarian..


Sangat la tak best.. Sepanjang tengok citer, jiwe rasa terseksa macam kene dera.. Dah la kejam giller.. Busuk-busuk plak orang-orang dalam citer tu.. Dengan rambut kusut masai, gigi berkarat, muke comot-comot.. Betul-betul tak kene dengan jiwa ni.. Mule-mule tengok cover2 gak muke dengan tangan.. Dah separuh jalan, tak larat nak cover2 da.. Tutup mata je la.. Ganas.. Terlalu la ganas.. Tak suke langsung!!

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya!!

Waktu mengalir bagaikan air
Ramadhan suci akan berakhir
Untuk salah yang pernah ada
Untuk khilaf yang tak tersengaja
Untuk dusta yang sempat terucap
Pintu maaf selalu ku harap

Satukan tangan, satukan hati
Itulah indahnya silaturrahim
Di Hari kemenangan kita padukan
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya Aidilftri
Mohon Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, August 24, 2011

Tak Dosa Dah

Lepas berbuke puasa semalam, terdengar perbualan Adik & Kakak kat dalam bilik..

Adik: Kakak, dosalah tangkap binatang bulan raya..
Kakak: Raya belum lagi..

Mama masuk jenguk tengok Kakak tengah tangkap kelkatu kat lantai masuk dalam bekas..

Adik: Dosalah tangkap binatang bulan puasa..
Kakak: Biar la..
Adik: Dosalah tangkap binatang bulan ramadhan.. Lepaskan lah..
Kakak: Biarlah.. Kakak nak tengok je..
Adik: Lepaskan lah..!!

Kakak buat tak tau je..

Adik: Kakak!!! Lepaskan lah..

Lagi Kakak buat selamba..

Adik: Kakak!!

Tang!! bunyi bende terjatuh.. Rupenye Adik tepis bekas kakak & kelkatu terlepas..

Kakak: Adik! Kan dah terlepas..
Adik: Yey.. Kakak tak dosa dah.. Kakak tak dosa dah..


Sunday, August 21, 2011

5 Tahun

Baby mama genap 5 tahun hari ni.. Happy Birthday Sayang..


Saturday, August 20, 2011

Ahli Baru

Alhamdulillah, tambah sorang lagi ahli baru dalam keluarga ARA.. Baby Rayyan Ariff..


Nota kaki: Tambah sorang lagi yang birthday bulan Ogos.. Skang dah jadi 9 orang (10 termasuk ayah PD) Huhu.. Ramainye..

Wordless Saturday ~ Rindu Hana