Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Tuesday, January 31, 2012

Tak Jadi Iklan

Minggu lepas baru mama terniat nak iklan balik Apartment untuk Disewa, sebab akhir bulan 4 ni penyewa skang dah nak kuar.. Tapi sebab banyak sangat keje, tak tersempat-sempat plak.. Alih2 hujung minggu hari tu dah ada orang call nak book apartment tu utk mula sewa start bulan 5.. Katenyer junior penyewa-penyewa sekarang.. Alhamdulillah la banyak2.. So buat masa skang, insyaAllah rumah sewa tu berpenghuni lagi sampai hujung tahun ni..

Note: Sesape lagi ada apartment untuk di sewa kat area Seksyen 15? Derang masih cari unit2 lain untuk member2 dia..


Wednesday, January 25, 2012

Anak2 Mama Mule Menulis

Anak-anak mama mule menulis..






Wednesday, January 18, 2012

Jatuh Cinta Lagi

Sehari lepas mama tulis post ni, ada orang cadang suh mama try Body Shop Vitamin E Skin Care.. Esoknya mama terus pegi beli.. Sebab dah beli 1 set, mama dapat voucher RM15 untuk sebarang pembelian kat situ.. Adik kedai tu recommend untuk mama beli SHEA SHOWER CREAM.. Botol pon nampak cantek, mama pon beli la.. Sekali pakai je, mama dah terus jatuh cinta.. Jatuh cinta sangat.. Best sangat pakai shower cream ni.. Sampai mandi pagi pon jadi meleret2 lamanya.. Bak kate dia "Spoil your skin with a moisturizing, soap-free cleanser full of rich, creamy, skin-softening lather and a classic, clean scent"

How it works:
  • Community Trade shea butter has antioxidant vitamins A and E to help protect and nourish skin.
  • Community Trade organic sesame oil moisturizes and softens skin.
  • Sunflower seed oil softens and moisturizes skin.

Rasa macam nak beli 1 botol lagi untuk tandas bawah plak.. :D

Tuesday, January 17, 2012

Mimpi Indah

Semalam sebelum tido Kakak cakap "Esok mama kejut awal tau.. Pagi tadi masa mama kejut susah Kakak nak bangun.. Kakak tengah mimpi indah.. Kakak mimpi masuk kolej dan berjaya.." Dengan senyuman lebar kat muke.. Alhamdulillah.. Walau bunyi macam poyo dan skema, tapi sedap hati mama dengar.. Mama doa yang terbaik untuk anak-anak mama..


Soft Opening Sungai Buloh Plak

Untuk orang2 di area Sungai Buloh plak, ni mama copy paste dari fb page Tutti Frutti TSB Commercial Centre, Sungai Buloh plak..

Woot woot.. 2 days till the soft opening of Tutti Frutti TSB Commercial Centre, Sungai Buloh! We will be offering 20% discount on your delicious froyo this Wednesday & Thursday (18 & 19 January 2012). Well guys, something not to be missed!


TSB commercial centre is located nearby sungai buloh hospital, ktm station, 5 minutes from NKVE, LDP & MRR2 Highway, 15 minutes away from one utama shopping complex, the curve and ikano power centre. Easily reached!


Friday, January 13, 2012

Janji Allah

Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan
Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk
Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Surah yang Wardina dan keluarga baca masa derang berdepan dengan perompak.. Macam nak mengalir air mata mama bile baca note kat fb dia.. Kuasa keyakinan kepada Allah memang amat tinggi.. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya.. Janji Allah “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu”


Thursday, January 12, 2012

Soft Opening

Iklan lagi.. Untuk peminat2 Tutti Frutti @ sesape yang berkelapangan Sabtu ni.. Ni mama copy paste dari fb page Tutti Frutti The Trillium @Lake Fields, Sungei Besi..

Dear Froyo fans!

Announcing the soft opening of Tutti Frutti The Trillium @Lake Fields, Sungei Besi.

Enjoy 20% off for your delicious Tutti Frutti froyo this Saturday, January 14th at our new outlet!

Address: No. 13, Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, Sungei Besi, 57000 Kuala Lumpur. (Located on the same row as KFC, Secret Recipe & Al-Ikhsan)

Peta untuk ke sana..

Wednesday, January 11, 2012

Naik Iqra' 4

Lepas berminggu-minggu cuti ngaji, semalam secara rasmi Adik naik Iqra' 4.. Seronok sangat sebab tak jauh lagi lepas nak kejar Kakak & tak jauh lagi sebelum boleh naik al-Quran..

Malam tadi masa orang lain da siap sedia nak naik tido, tetibe Adik keluar dengan buku Iqra' 3 & rehal.. Nak ulangkaji katenye..

Tuesday, January 10, 2012

Peluang Perniagaan

Iklan peluang perniagaan plak.. Untuk sesapa yang berminat dengan perniagaan, pendidikan & kanak-kanak.. Tolong sebar-sebarkan..

"We are looking for Owner-Operator to operate and manage English Learning Center of a well known international brand for kids between 3 to 12 years old in Klang Valley. Special offer to first group of 10 operators which may cover areas of Petaling Jaya, Bangsar,Puchong, Subang Jaya, Cheras, Kajang, Bangi, Kota Damansara, Ampang, Taman Melawati, Sri Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Shah Alam, Kota Kemuning, Wangsa Maju, Klang. Investment required RM150k inclusive of 5 year license, training, learning materials, marketing and teaching infrastructure. Good for people who has passion in children education. Email your details to ara@mmsc.com.my atau norizah@mmsc.com.my for arranging interview."


Kerja Kosong

Mama tolong iklan kerja kosong untuk adik.. Tolong2 sebarkan kalau ada sedara mara atau kawan2 yang rasa berminat..

"Mencari pekerja untuk Tutti Frutti outlet The Trillium di Sungei Besi. Latihan akan diberi, kerja bershift (masuk pagi & masuk petang). Kalau ada sesiapa berminat, atau ada saudara atau kawan yang berminat, email ke aishah_ara@yahoo.co.uk. Tolong sebarkan. Terima kasih."


Monday, January 9, 2012

Masterchef Musim 2?

Pagi semalam masa semua orang tengah duduk baca surat khabar..

Adik: Masterchef mama.. (sambil tunjuk kat gambar 2 finalis akhir kat paper yang Adik tengah baca)

Mama: A'ah.. Malam ni last.. Adik rasa siapa menang..?


Adik: Dia.. (Sambil tunjuk kat gambar ezani..)


Mama: Sama la.. Mama pon rasa ezani yang menang..


Adik: Macam mane nak masuk masterchef?


Mama: Kene daftar la.. Nape? Adik nak masuk ke musim 2 ke..?


Adik: A'ah.. (angguk sambil senyum2)


Mama: Nak mama daftarkan ke..?


Adik: Boleh gak.. Kalau masuk masterchef, tak payahlah pegi sekolah..


Ceh.. Ada je udang di sebalik batu Adik..

Friday, January 6, 2012

Mask of Pregnancy

Mengandung kali ni kulit muka tak macam mengandung dua kali yang lepas.. Kali ni kulit muke mama lebih sensitif.. Dah berminggu mama tak gune pencuci muka.. Cume cuci dengan air je.. Kulit muka jadi terlalu sensitif.. Krim muka yang mama biasa pakai pon mama tak bole pakai.. Mule2 perasan, kulit jadi kering, warna tak sekata & mengelupas-lupas kat area yang terlalu kering, lebih2 lagi dagu dan tepi hidung..

Masalah jadi lebih teruk bile 3 hari terdedah kat matahari masa pegi holiday kat Bukit Merah aritu.. Bile mama stop pakai pencuci muka dan krim muka, masalah tu kurang.. Skang masih lagi mencari2 produk yang sesuai sebab tak kan la tak le nak cuci muke & pakai krim sampai bulan 6 nanti.. Buat masa ni krim yang sesuai untuk tepek kat muke untuk kurangkan masalah kulit kering ni cume losyen cocoa butter.. Tapi pelik rasa sebab bau dia buat mama rasa macam buat roti coklat atas muke :p

Ni copy paste penerangan pasal masalah warna kulit tak sekata dari article 11 Common Skin Changes During Pregnancy

"Sometime during the second trimester you may find yourself gazing at a different face in the mirror. Brownish or yellowish patches called chloasma (also dubbed the mask of pregnancy) can appear anywhere on the face, but are seen most commonly on the forehead, upper cheeks, nose, and chin. The pregnancy hormones estrogen and progesterone stimulate the melanin cells in the skin to produce more pigment, yet because these cells do not produce extra pigment uniformly, your facial skin may acquire a blotchy tan. (If you have ever taken oral contraceptives, you may already have experienced this particular hormonal side-effect.) Brunettes and darker-skinned women may notice darkened circles, resembling eye shadow, around their eyes. Chloasma cannot be prevented, but you can minimize the intensity of these blotchy, darkened areas by limiting your exposure to ultraviolet light (i.e., sunshine), which further stimulates melanin production."


Keep Your Head Up

Lagu bess untuk dengar pagi2 nak gi keje.. Keep Your Head Up by Andy Grammer..



"Keep Your Head Up"


I've been waiting on the sunset
Bills on my mindset
I can't deny they're getting high
Higher than my income
My income's breadcrumbs
I've been trying to survive

The glow that the sun gets
Right around sunset
Helps me realize
This is just a journey
Drop your worries
You are gonna turn out fine.
Oh, you turn out fine.
Fine, oh, you turn out fine.

But you gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.
You gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.

I know it's hard, know it's hard,
To remember sometimes,
But you gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.

I've got my hands in my pockets,
Kicking these rocks.
It's kinda hard to watch this life go by.
I'm buying into skeptics,
Skeptics mess with, the confidence in my eyes

I'm seeing all the angles, starts to get tangled
I start to compromise
My life and the purpose.
Is it all worth it?
Am I gonna turn out fine?
Oh, you'll turn out fine.
Fine, oh, you'll turn out fine.

But you gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.
You gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.

I know it's hard, know it's hard,
To remember sometimes,
But you gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.

Only rainbows after rain
The sun will always come again.
It's a circle, circling,
Around again, it comes around again.

Only rainbows after rain
The sun will always come again.
It's a circle, circling,
Around again, it comes around,

But you gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.
You gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.

I know it's hard, know it's hard
To remember sometimes,
But you gotta keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.

Keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.
Keep your head up, oh,
And you can let your hair down, eh.
Keep your head up, oh,
And you can let your hair down.

Thursday, January 5, 2012

Rhinitis of Pregnancy

Sejak dua menjak ni, asyik la terbangun dari tido sebab rasa mulut kering.. Ni semua gara-gara idung yg tetibe tersumbat tiap kali tidur malam.. Bile tersumbat, secara automatik kite akan bernafas dengan mulut la.. Sedar2 je rasa mulut kering la sangat.. Tak bess betul.. Mule2 heran la gak.. Tak selsema & elok je sebelum nak tido, tapi awal pagi je bangun dengan idung tersumbat.. Masa tengah google2, terjumpe dengan article ni -> Stuffy Nose during pregnancy.. Ikut kate artikel ni, normal je untuk orang yang mengandung utk ada runny or stuffed-up nose.. Katenye..

"Believe it or not, it's pretty common to have a runny or stuffed-up nose during pregnancy. Up to 30 percent of pregnant women have congestion without having allergies or a viral infection like the common cold. This condition even has a name: rhinitis of pregnancy. It can start as early as your second month and tends to worsen later in pregnancy. The congestion should ease up soon after you give birth and be gone completely within two weeks after delivery. Higher amounts of estrogen during pregnancy can contribute to swelling in the mucous membranes lining the nose and even cause you to make more mucus. What's more, the amount of blood in your body increases during pregnancy, which may cause swelling in the tiny blood vessels in the lining of your nose and congestion in the surrounding tissue. Other hormones may also play a role."

So kire normal la.. Nasib la mama kene masa nak tido je..

Mama Kejam Atau Orang Tu?

Weken ni InsyaAllah masuk week 16.. Tapi masalah tak le bau2 bende ni masih tak ilang.. Bau tumis2 je rasa nak marah.. Bau2 pelik je rasa nak muntah.. Nak jadi citer, masa pegi tengok muvie semalam, dapat duduk sebelah orang yang ada masalah bau badan.. Masa dia duduk je mama dah perasan, tapi nak bangun dan tukar tempat duduk dengan Ayah nampak macam rude sangat.. So cube2 tahan, macam tak tertanggu..

Belum suku jalan, kepala da pening.. Nak tarik nafas pon da tak lalu.. Masa tu nak bangun & tukar tempat duduk lagi rasa tak kene.. Nyesal plak tak tukar tempat awal2.. Ayah plak dok sebelah senyum2 je.. Susah giller nak concentrate kat jalan cerite muvie bile kepala dok asyik pikir "jangan muntah, jangan muntah.." So sepanjang tengok muvie, tangan kat muke.. Nasib gak citer suspen, buat gaya cover macam nak tutup muke sebab citer suspen.. Sampai satu tahap, mama kene seluk bag, sapu2 losyen kat tangan & cover balik tangan kat muke.. Tak tau siapa yang lebih kejam.. Sama ada mama yang kejam dekat orang tu, sbb duduk dengan tangan kat idung.. Atau orang tu yang kejam kat mama, sebab selamba je duduk buat mama terloya2 selama 2 jam.. Rasa teraniaya betul..

Betul2 pengalaman buruk..

Sesi Sekolah 2012

Semalam 1st day sekolah untuk Kakak & Adik.. Kakak bangun pagi ceria je.. Awal2 da siap tunggu depan pintu.. Mama ajak bergambar pon sporting je.. Siap buat peace lagi..


Adik macam biasa susah skit nak kejut (walaupun da tido awal).. Azam taun ni nak mandi sebelum ke sekolah (taun lepas cuci muke je..) Muke Adik risau je (pelik skit Adik dalam gambar ni, dengan bedak comot2 lagi).. Adik risau sebab tukar kelas baru & akan dapat cikgu baru.. Adik takut cikgu tahun 6 garang..


Alhamdulillah tak de yang nangis tahun ni.. Balik sekolah, dua2 kate sekolah ok.. Soklan Adik petang semalam "Betul ke arini Adik masuk 6 tahun? Nape tak rasa tinggi pon.. Rasa macam 5 tahun je.." Nak tergolek geli hati mama dengar..