Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Showing posts with label haziq. Show all posts
Showing posts with label haziq. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Haziq n Laptop

Haziq memang suke laptop.. Pantang tengok mama guna laptop mesti nak ngendeng.. Even lepas ayah belikan Haziq 'laptop' sendiri pon Haziq still minat laptop mama jugak.. Gaya gune macam org besar plak tu.. Siap nak gune mouse la bagai..


Tuesday, May 14, 2013

Hari Ibu

Hadiah hari ibu daripada Kakak, Adik dan Haziq.. Kate Kakak hadiah ni beli kat kedai buku sekolah dengan hasip kutipan dari semua.. RM2 daripada Kakak & Adik dan RM1 daripada Haziq.. Dua tiga hari sebelum hari ibu lagi Adik dah hint2 ada hadiah untuk Mama.. Ini first time Adik dapat simpan rahsia sampai ke hari kejadian.. Tu pon lepas kene jegil2 mata dengan Kakak tiap kali Adik nak terbocor rahsia.. Malam sebelun hari ibu Adik & Kakak sibuk dok kate esok mama tak payah buat ape2.. Biar Adik cibuk Haziq.. Kakak mandikan Haziq.. Tapi cakap je la.. Buatnye idok.. Tp at least ade niat..

 

Friday, April 12, 2013

Tips Naik Flight Dengan Baby

Perjalanan ke Delft jadi pengalaman pertama mama travel naik flight dengan baby.. Alhamdulillah both trips pergi dan balik berjalan lancar.. Haziq well-behaved.. Tak ada mengamuk2.. Tak ada nangis2.. Tak ada buat perangai.. Tak de terberak.. Walaupun perjalanan mengambil masa selama 12 jam.. (tak termasuk siap nak pegi dan urusan check-in dan claim luggage..) Beberapa minggu sebelum bertolak mama google2 kalau2 ada tip2 yang berguna untuk parents yang travel naik flight dengan baby.. Antara tips yang rasa boleh digunapakai:
 
  • Make sure baby sehat - selesema/batuk dan demam akan buat baby tak selesa (even kalau tak travel pon)
  • Make sure pakaikan baby dengan pakaian yang selesa - mama pilih untuk pakai baju lengan panjang (make sure tak kesejukan) dan seluar slack biasa (risau jeans akan buat Haziq tak selesa)
  • Make sure mainan dan barang2 kesukaan baby ada - untuk budak besar KLM ada sediakan kit mainan (skit kaler + buku + sticker dll).. tapi kit tu baby tak dapat sebab tak sesuai untuk baby.. mama bawak skit mainan dan simpan 3 video kegemaran Haziq dalam handphone mama (video banyak membantu time2 Haziq tak tido dan mule rasa jemu)
  • Make sure bawa cukup makanan dan minuman untuk baby - Senang banyak sebab Haziq BF.. Asal macam gelisah je mama susukan.. Makanan botol dan nestum mama bawak jugak.. Tapi tak guna sebab KLM ada sediakan banyak makanan baby + bip sekali..
  • Make sure ada pakaian & alatan2 salin pampers yang cukup - Haziq fobia dengan tempat sempit kot.. Asal masuk tandas je gelisah.. Lagi2 kapal bergerak2.. Mujur sekali je kene gune tandas (masa trip pegi).. Masa trip blik mama make sure pampers ok sebelum boarding & tukar pampers sebaik saje landing..
  • Tukar2 giliran dengan husband (kalau travel berdua la..) - Mama pass Haziq kat Ayah tiap kali mama nampak Haziq mula nampak bosan.. (lebih senang prevent dari nak handle bile baby dah mule nangis).. Ayah akan bawak Haziq jalan2 tawaf kapal.. Bile dia kene dukung & ronda2 pusing, tak de la dia rasa busan..
  • Minta kerusi yang selesa - KLM ada sediakan baby bassinet untuk baby, tapi mama tak gune sebab bay cot tu terlalu kecik utk Haziq & Haziq lebih suka untuk duduk dengan mama..

Selain tip2 tu, selebihnya kene la tawakal kepada Allah.. Doa banyak2 mintak dipermudahkan segala urusan pegi dan balik..

Muke masa baru lepas landing kat Amsterdam - Nyenyak tido :)

 

Wednesday, March 20, 2013

Saya Suka Memandu


Monday, January 21, 2013

Genap 7 Bulan

Hari ni genap 7 bulan umur baby Haziq mama.. Belum pandai merangkak.. Masih mengesot gaya ala2 askar, tapi da laju.. Dah mula angkat badan, tapi belum berani maju ke depan.. 7 bulan pertama yang berjalan lancar.. Baby Haziq memang budak baik.. Doa mama baby Haziq terus membesar jadi anak yang baik..

Saturday, November 10, 2012

Tuesday, November 6, 2012

1st Time

Lepas seminggu lebih batuk tak baik-baik, Jumaat lepas adik Haziq kene gas.. Bukan aje 1st time untuk Haziq, tapi 1st time gak untuk mama dan ayah sebab Kakak dan Adik tak penah kene..  Mama penah 3 kali bawak bibik ambik gas, tu pon bibik buat sendiri.. Haziq baik macam biasa.. Separuh jalan baru Haziq mula nangis.. Lebih pada nangis sebab rimas..


Thursday, October 18, 2012

Latihan Membaca

"Jim Trelease, longtime read-aloud expert and author of the Read Aloud Handbook, says that you can start when your child's a newborn. No matter what your baby's age, of course, reading provides a great opportunity for cuddling and bonding - www.babycenter.com"

Sebab tu mama dah start belikan Haziq buku.. Buku Kakak & Adik banyak.. Tapi baru perasan tak de satu pon buku kain.. So sebab mama tak sempat nak kuar cari buku, mama google2 je cari online... Akhirnya mama beli 3 buah buku untuk Haziq dari Major Cutie..

 

 


Saturday, September 15, 2012

Hulk Haziq?

Da macam hulk pon ade.. ;)


Wednesday, September 5, 2012

0 Minit

Perjalanan blik dr ofis arini agar mencabar skit.. Tapi lebih pada mencabar kesabaran.. Perjalanan yang biasanye cume mengambil masa selama 1/2 jam menjadi 4.5 jam.. Tempoh kereta bergerak cume sekitar 1 jam.. 3.5 jam lagi kereta statik di highway, langsung tak bergerak.. Belum 5 min berhenti semua motor mula berpusu2 berpatah blik dengan memandu berlawanan arah.. Masa tu da mule pelik.. Tu la 1st time tgk org patah semula kat jln highway.. Lepas 1/2 jam lebey tak bergerak, baru mama perasan semua kereta2 yang lain dah matikan kereta masing2.. Lepas 1 jam, orang mula keluar kereta berjalan ke depan untuk meninjau keadaan sebenar.. Mama cume curi2 dengar komen semua org yg lalu sebelah kereta mama..

Plus patut kene bayar gantirugi kat mama.. Bukan sebab buat mama tersangkut kat jem dengan lebuhraya yg banjir.. Tp sebab curi masa yg mama ade utk jumpe & main2 dengan Haziq.. Pagi td nak g keje Haziq masih tido.. Mlm ni sampi rumah pon Haziq dah tido.. 0 min masa yang mama dpt untuk main2 dgn Haziq arini.. ;(

Thursday, August 16, 2012

Kenduri Haziq

Cite basi.. Post untuk kenangan dan simpanan mama.. Kenduri kesyukuran dan aqiqah baby Haziq yang memang ayah dah niat untuk buat kat rumah sejak baby Haziq dalam perut lagi.. Alhamdulillah dengan cume beberape hari ada untuk perancangan dan persediaan, kenduri boleh dikatakan berjalan lancar.. Cuma kehadiran tetamu yang kurang skit dari yang diharapkan yang mungkin disebabkan jemputan yang last minit.. Skit je gambar yang mama sempat ambik.. Gambar persediaan dan rombongan kumpulan marhaban nenek.. Lepas abis marhaban, telefon dah ke mane2 dan tak sempat lgsung nak ambik gambar tetamu..






Monday, July 30, 2012

40 Hari Sudah

Hari ni genap 40 hari mama berpantang a.k.a 40 hari umur baby haziq.. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. Walau dilahirkan dengan badan yang halus, baby haziq berjaya catch up untuk sama besar dengan baby lain sebayanyer..

3 versi gambar sepanjang perjalanan 40 hari lepas...

1) minggu pertama baby haziq
2) hari ke 40 baby haziq
3) pagi sebelum gerak ke hospital untuk bersalin