Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Tuesday, March 23, 2010

Kerja Rumah Kakak

Semalam, mama balik kerja lambat.. Mama sampai rumah da nak dekat jam 10 malam.. Sampai-sampai, ayah kata ayah belum makan sebab tunggu mama & mama tengok kakak da siapkan 2 kerja rumah dan merungut ada 3 lagi kerja rumah termasuk 1 kerja pendidikan seni yang kakak dah dapat sebelum cuti sekolah mula.. Mama beritahu kakak yang kerja pendidikan seni tak perlu disiapkan malam tu sebab esoknya bukan ada kelas pendidikan seni.. Tapi kakak bersungguh kata "Besok ada kelas seni, tak percaya sudah" Mama yang masih penat dan malas nak tengok jadual kakak bersetuju untuk menolong kakak dengan kerja pendidikan seni lepas makan sementara kakak akan siapkan 2 kerja rumah yang lain.. Lepas makan, mama mula siapkan kerja seni kakak.. Kolaj gambar ikan yang tak sampai 10% kakak siapkan.. Memang kakak minat seni, tapi kakak tak minat buat kolaj.. Sebab remeh agaknya.. Lepas siap mama buat, kakak dengan selamba kata "Eh betul ke kelas seni esok, entah-entah tak.." Untuk pastikan, mama suruh kakak periksa semula jadual waktu.. Kakak datang balik dan kata "Esok tak de la mama.." Mama tanya balik "Rabu ke..?".. Dengan selamba kakak jawab "Bukan Rabu la.. Khamis.." Geram jugak mama dengar.. Dengan belum sempat mandi, penat balik kerja, belakang yang sakit sebab lama berjalan dan berdiri semasa sesi taklimat pada pagi harinya.. Kakak buat biasa je.. Macam tak ada buat salah pulak..

5 comments:

  1. beria ria nak siapkan keje pend seni, macam mak su je. haha

    ReplyDelete
  2. ha kakak mana aci mama buatkan! tapi mama ko dan yg lain terutama dijah memang suka nangis dan terus tidur dengan buku dan kerja rumah yang belum siap. besok pagi..bangun semua dah siap! magik...terutama bahagian lukis gambar. memang susah bagi kanan2 darjah 1-3!!

    ReplyDelete
  3. kes bangun pagi kerja rumah siap ta termasuk mama & mak ngah la.. tu adik yg kecik2 je..

    ReplyDelete
  4. hehe.mekaseh nenek.mak teh mmg suka nangis sbb senang stress dgn kerja umah.ni da kat uni pun suka nangis tp bezanye bangun tido nenek xde nk tlg wat kan.

    klo dulu pendidikan seni mmg xpernah wat,sume nenek buat.sebab tu ujian xselalu dapat a.

    ReplyDelete
  5. hihi.. sebab tu nenek skang pandai wat kerja pendidikan seni..

    ReplyDelete