Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Saturday, May 28, 2011

Friday, May 27, 2011

Bulat-bulat je

"Mama, hari jadi Adik nanti Adik nak kek gambar Hello Kitty tau.. Eh tak nak la.. Adik nak kek kosong je.. Pastu ada bulat-bulat tepi dia.. Bulat-bulat je.. Tak payah gambar pon.."

Ni mesti kes nak tiru kek Mak Anje aritu.. :p



Pastu jangan lupe tulis "Happy Birthday Baby Nur Aqilah.." Tang baby tu yang tak tahan telinga nak dengar..

Demi Matahari

Adik tengah suke lagu ni skang.. Asyik nyanyi je.. Sampai mama pon nak terikut2..




Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya … Subhanallah


Kek Untuk Atuk Nenek

Kek lagi.. Masih dari Citarasi Ummi.. Kali ni untuk Father's & Mother's Day yang dengan selambanye Family ARA sambut serentak untuk tahun 2011.. Justifikasinya cume sebab semua orang ada termasuk keluarga Mak Lang dan boleh jimat kos :p







Thursday, May 26, 2011

Kenapa Tak Boleh?

Balik kerje semalam ingat nak update blog, alih-alih tak de letrik plak.. Call TNB, dia kata kerosakan di pencawang dan akan ambil 2 hingga 3 jam untuk baiki.. Nasib baik la balik awal dari biasa.. Sempat la suh semua orang mandi & makan sebelum hari gelap.. Lepas solat maghrib, mama 3 beranak dok terbaring kat ruang tamu tak tau nak buat ape.. Sebab jarang-jarang skali kawasan rumah tu tak de letrik.. Dalam setahun paling-paling sekali.. Ayah plak tak de.. ada game badminton mingguan dia..

Adik: Kenapa tak boleh tengok tv?
Mama: Sebab tak de letrik..
Adik: Kenapa tak de letrik?
Mama: Sebab ada kerosakan..
Adik: Kenapa tak de orang datang baniki..?
Mama: Baniki?
Adik: datang elokkan balik letrik..
Mama: Ooo baiki.. Bukan rosak kat rumah kite, rosak kat pencawang..
Adik: Pencawang tu ape?
Mama: Tiang yang ada wayar yang bawak letrik.. Dari tempat ayah keje, dia hantar letrik kat rumah kite lalu wayar tu..
Adik: Macam tiang depan rumah kite tu ke?
Mama: Bukan, tiang-tiang yang besar yang tepi jalan yang banyak wayar tu..
Adik: Yang mane, tak faham..
Mama: Kakak tolong mama..
Kakak: Tiang yang ada wayar yang ada bola-bola tu la adik..
Mama: :D
Adik: Habis tu kenapa tak boleh tengok tv?
Mama/Kakak: Ergh...

Sunday, May 22, 2011

Banglo Percutian D'Faro

In case ada yang berminat, banglo percutian di AFamosa Resort Melaka kendalian agen persendirian, En. Amran.. Agen yang sama mama deal masa arrange Family Day ARA 2011 hari tu.. En Amran uruskan banyak jenis banglo.. Harga start dari RM400 satu malam.. Hari tu mama ambik 2 unit banglo, tapi tak de la plak mama nak ambik gambar rumah.. Tapi secara overall keadaaan rumah boleh la tahan compare dengan harganye.. Ni few sample gambar rumah yang mama pinjam dari Blog En Amran.. Banyak lagi gambar lain kat blog dia.. Jenis rumah ni jenis yang sama mama sewa hari tu, tapi unit yang lain..


Amboi Mulut

Dari depan mama dengar suara Adik terjerit-jerit..

Adik: Mama oh mama.. Dah sudah..
Mama: Ler, kenapa Adik buang air besar kat situ (baby potty chair)
Adik: Saje..
Mama: Adik kan dah besar.. Dah pandai gune tandas..
Adik: Tak pe la.. Nanti 6 tahun Adik guna tandas..
Mama: Tak yah tunggu 6 tahun.. Adik kan dah tahu gune..
Adik: Yer la.. Yer la.. (suara tak puas hati)
Mama: Yer la, Adik dah besar..
Adik: 7 tahun nanti Adik buang air kat atas dinding.. 10 tahun atas peti..

Amboi-amboi mulut.. Sabor je la Adik..

Saturday, May 21, 2011

Wordless Saturday :)

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru.. Terutamanya untuk guru-guru Tadika ABIM Bangi (1984-1985), SRK BBB (1986-1991), SMKA Maahad Hamidiah (1992-1994), KISAS (1995 -1996), Matriks UKM Induk (1997-1998), Fakulti Kejuruteraan UKM (1999-2001) & kawan-kawan guru terutamanye MMJ.

Adik Masuk Wad

Khamis lepas Adik kene tahan kat wad sebab sakit perut dan muntah-muntah malam sebelumnya.. Doktor suspek apendiks.. Result ujian darah Adik keluar hampir jam 12 tengahari.. Ujian kiraan darah penuh menunjukkan bacaan tinggi pada bilangan sel darah putih & bacaan melebihi 120 untuk ujian Cryo-Reactive Proteins (bacaan normal <5).. Doktor Paed Adik mulakan rawatan antibiotik & mintak Adik untuk mula berpuasa sementara tunggu Doktor Pakar Bedah yang kebetulan tengah ada kes di hospital lain.. By the time doktor bedah sampai (hampir jam 7 malam), Adik dah ambik 2 dos antibiotik dan sakit perut Adik dah makin kurang.. Doktor kata tak perlu bedah & mintak tunggu 1 malam untuk observation sebelum dibenarkan keluar Jumaat petang (Alhamdulillah)..

Pengalaman 1st mama jaga anak mama di wad (sebelum ni mama je yang masuk wad ;p), mengantuk je rasa.. Hasilnya, berpuluh-puluh gambar Adik mama ambik.. Start dari muka masam.. Sampailah muke ceria..


Kat wad day care sementara tunggu keputusan ujian darah..





Seronok je bila nurse pasangkan "gelang tangan" yang ada nama Adik.. "Kenapa dia tulis baby? 5 tahun pon baby ke?"



Awal pagi Jumaat.. Mengeluh "Kenapa sakit perut tapi kene cucuk tangan.. ?"



Dah mula ceria bile dengar doktor kate Adik dah boleh balik lepas ambik dos antibiotik terakhir jam 4 petang..



2 kali bukak tiub Adik nangis sebab nampak darah keluar..



Muke ceria bila doktor kate dah boleh balik..

Family Day ARA 2011


Family Day ARA 2011, 14-15 Mei 2011 @ Villa D'Faro Afamosa Resort, Melaka.. Cite penuh InsyaAllah mama update later coz arini plan keluar gonjeng-gonjeng dengan Mak Ngah & Mak Lang :D

Wednesday, May 11, 2011

Marah Itu Dari Syaitan

Topik dalam kolum Mega Fokus hari ni.. Beberapa cara mengatasi marah untuk dikongsi:

Mengubah posisi - Rasulullah SAW bersabda "Apabila salah seorang dari kamu marah dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring" (Riwayat Muslim)

Berwuduk - Rasulullah SAW bersabda "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud)

Minum Air

Mendiamkan diri ketika marah

Berlindung kepada Allah daripada syaitan

Meluahkan perasaan marah dalam keadaan dan masa yang sesuai

Berfikiran positif

Belajar menyampaikan kemarahan secara positif. Elakkan daripada memekik atau bertindak garang

Bawa bertenang seperti menarik nafas

Senyum, kerana senyuman mampu meredakan marah - So senyumlah selalu :) Bak kate Malique dan Najwa dalam lagu Senyum "kalau kita senyum, semua orang berjangkit, bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit"





Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit




    Saturday, May 7, 2011

    Poem for My Mama

    In my heart, there's always a special place
    Where all of your love lives.
    Everything's in a special case
    And all my love to you I give.

    It hurts me when I see you cry
    Makes my tears come running down.
    And I always know the reason why
    I can see it in your frown.

    Don't look back in the past
    Or listen to the bad things people say.
    For they are untrue, Lets forget them fast
    I love you more each and every day.

    No words can explain how I feel
    I can never thank you enough.
    For all the love and pain you've healed
    When all my times got tough.

    Mama, you're a wonderful mother
    So gentle, yet so strong.
    The many ways you show you care
    Always make me feel I belong.

    I love you more than you know
    You have my total respect.
    If I had my choice of mothers
    You'd be the only one I'd select!

    Mama, you’ve always been the best
    A better mom than all the rest.
    I’m thankful for all the things you do
    I’m glad my mom is extra special like you!

    Mama, I love you so much!

    Wordless Saturday :)

    Friday, May 6, 2011

    Dalam Perut Tak Kire

    Perbualan dengan Adik masa Adik tengah baring-baring atas pangku mama..

    Adik: Adik nak buat ape ni ma..?
    Mama: Buat ape?
    Adik: Kakak buat keje rumah, ayah buat keje, mama buat tulis-tulis.. Adik nak buat ape..
    Mama: Adik kate ngantuk, tido la..
    Adik: mmm.. (bunyi tak puas hati) Hah!! Adik tau..
    Mama: Tau ape?
    Adik: Adik tau kenapa Adik tak de baby lagi sampai skang..
    Mama: Nape? (tetibe je.. tak de kaitan langsung)
    Adik: Sebab Adik baru 5 tahun kan?
    Mama: Ye kot.. (malas nak layan soalan yang sama hampir tiap hari)
    Kakak tak tahan menyampuk: Alah Qays 4 tahun pon dah ada baby..
    Adik: Mane ade! (marah je bunyi..)
    Kakak: Dalam perut Mak Ngah tu..
    Adik: Dalam perut tak kire..

    Hihi.. Bunyi tak puas hati je Adik..

    Thursday, May 5, 2011

    JJJB

    Jalan-jalan Johor Bahru (JJJB) weken lepas.. Kebetulan Ayah ada jemputan kenduri kawin kawan ofis, bawak skali Atuk & Nenek JJJB.. Sebab tido semalam je, tak banyak yang sempat buat.. Just pusing-pusing tengok Kompleks Pemeriksaan Imigresen Kastam dan Kuarantin (CIQ), Danga Bay, makan seafood kat Tepian Tebrau & visit Pak Long..


    Makan malam kat Tepian Tebrau.. Murah gak.. 6 orang makan (termasuk 2 budak) ikan siakap, sotong, kerang, sayur, nasi & fresh oren 1 jug kene RM75 je..




    Mandi-mandi kat kolam sebelum sambung berendam kt bath tub kat bilik (sebab hujan)



    Check out sebelum gerak ke kenduri..


    Wednesday, May 4, 2011

    Pesta Buku

    Sebab dah janji dengan budak-budak, mama pujuklah ayah untuk bawak derang ke Pesta Buku Antarabangsa kat PTWC baru-baru ni.. Ikut hati memang malas sangat nak pegi, sebab mama memang paling tak suka sangat nak pegi tempat-tempat yang ramai orang.. Tapi sebab da janji, mama pegi gak la..

    Macam yang dah diagak, orang ramai giller.. Bahu ke bahu, badan ke badan.. Berasak-asak macam ikan sardin.. Bukan setakat nak tengok buku pon susah, nak bergerak pon susah.. Lagi-lagi dengan dua budak.. Tangan confirm tak le lepas, risau hilang dalam orang ramai.. Adik pon marah-marah sebab orang dok tolak-tolak dia.. Tapi sebab dah sampai, ronda la gak.. Kakak beli 2 novel dan 5 buku latihan.. Adik pulak beli 1 buku cerita da 5 buku latihan.. Mama suruh beli banyak lagi, sebab alang-alang dah berasak, biarlah berbaloi.. Kakak dok kate "Tak pe la.." Sampai umah, belum habis hujung minggu dua-dua buku dah habis baca.. Bila mama kate "kan mama dah suh ambik lebey.." Kakak jawab "Kakak takut mahal.. Duit ayah pulak tu.." Betul-betul anak mama :)


    Kakak tengah belek-belek pilih buku..



    Macam mane tak habis baca cepat, belum keluar lagi dah mula baca.. Ni tengah tunggu ayah kat luar.. Tak larat mama nak bergesel-gesel kat dalam.. Setakat nak cari spot untuk berdiri 3 beranak pon tak de..



    On the way balik.. Senyum je.. Mama tanye "Tahun depan nak datang lagi ke..?" Dua-dua jawab "Nak!!!" Isk, pegi dengan ayah je la gamaknye.. Mama tak nak..

    Makcik! Menarik Ni :)

    Makcik, iklan Citarasa Ummi ni sesuai sangat dengan Makcik.. Kalau Makcik keje ni, mesti tersenyum je sampai tido.. :D


    Citarasa Ummi memerlukan 2 orang pekerja wanita muslim (keutamaan kepada pelajar lepasan SPM/student IPTA/IPTS yang sedang bercuti dan tinggal berdekatan area bangi/kajang/cheras sahaja - tempat tinggal tidak disediankan) untuk membantu pembuatan kuih raya mulai pertengahan bulan Mei ini hingga bulan Ogos 2011 (3 bulan) secara sepenuh masa.

    Gaji akan dikira mengikut hari (RM25/hari), hari bekerja 6 hari/minggu, waktu bekerja 8am - 6pm, makan minum disediakan.
    Sekiranya berminat sila email ke citarasa.ummi@gmail.com untuk maklumat lanjut. Harap maklum.