Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Wednesday, March 16, 2011

Balik Kampung

Alang-alang balik PD dan sekolah cuti plak, Kakak & Adik mintak untuk tido rumah nenek untuk 3 malam.. Ok je untuk Kakak sebab kakak dah biasa duduk kampung dengan Atuk Nenek tanpa mama.. Tapi untuk Adik, ni kali pertama.. Bukan je jadi latihan kat Adik untuk pisah dengan mama, tapi latihan untuk mama jugak untuk pisah dengan Adik..

Kakak & Adik dengan bag masing-masing bersiap nak masuk kereta nak gerak ke kampung..

Bergenang gak la mata masa nak tinggal Adik :p Lagi-lagi bile tengok muka Adik sedey je masa nak bye-bye mama.. Setiap hari call Adik kate "Adik rindu.." Mama pon sama dik..

Friday, March 11, 2011

Bagi Bintang!

"Bagi Bintang..!" kata Adik setiap kali selesai lengkapkan tugasan pada setiap helaian buku kerja.. Tak kire la mewarna ke.. Tulis nombor ke.. Atau tulis huruf ke.. Semua nak bintang.. Kalau mama rasa hasil kerja Adik memuaskan hati dan layak untuk dapat banyak bintang, mama akan terus bagi 5 atau 6 bintang untuk buat Adik seronok..Tapi kalau ada masanya mama rasa hasil kerja Adik cuma layak untuk dapat 2 atau 3 bintang, Adik mesti marah.. "Dua je..? Kedekut la mama.. Bagi banyak la.." Marah je tak cukup.. Adik akan desak sampailah mama bagi sekurang-kurangnya 5 bintang.. Kalau tak Adik nangis.. Taktik Adik untuk make sure bukti rekod cemerlang setiap masa.. Nasib baik Adik tak buat gitu kat sekolah..

Di mana DIA Di Hatiku?

Dah berbulan-bulan buku Di Mana DIA Di Hatiku tulisan Pahrol Mohd Juoi terletak atas rak buku kat rumah.. Baru minggu ni sempat nak membelek-belek..


Tajuk : Di Mana Dia Di Hatiku?
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Penerbit : Karya Bestari
ISBN : 978-967-86-0353-9
Muka surat: 320

Allah itu amat hampir, tapi kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir....

Di Mana Dia di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri... di mana letaknya kita di sisi ILAHI?
  • Antara yang menarik:
  • Orang baik mati cepat?
  • ALLAH maha mendengar
  • Rintih hati mencari ILAHI
  • Singkaplah rahsia malam
  • Serasikan tadbir dan takdir
  • Kutiplah ilmu ALLAH
  • Bicara kalbu di saat keliru
  • Biarlah wajah tidak cantik
  • Dunia di tangan akhirat di hati
  • Jangan lupakan "Siti Khadijah' kita

Pengisian buku yang ditulis secara santai dengan selingan antara catatan, kisah teladan, kata-kata hikmah, sajak dan petikan ayat-ayat menarik.. Jika Terpaksa Membenci, salah satu sajak yang menarik yang terkandung dalam buku tu.

Jika terpaksa membenci
jangan ketara
sembunyikan bersama sabarmu
biarkan dia berkata-kata
relakan dia lakukan segala
pendam rasamu
rendam katamu

Jika terpaksa membenci
benci seadanya
jangan dirinya
tetapi kelakuannya
jangan keterlaluan
jangan berlebihan
diam.. dan cuba maniskan wajah

Jika terpaksa membenci
jangan sampai dapat dibaca
sembunyikan segala di sudut hatimu
namun, ingat jangan beri hatimu kepadanya

Jika terpaksa membenci..
(Alangkah baik jika kalimah itu tiada..?)

Monday, March 7, 2011

Rezeki Tu Apa?

Perbualan dengan Adik dalam kereta nak ke rumah nenek hujung minggu lepas..

Adik: Mama, Adik dah 5 tahun kan?
Mama: Ha'ah.. 5 tahun..
Adik: Kenapa Adik dah 5 tahun tapi tak ada baby lagi?
Mama: Sebab belum ada rezeki..
Adik: Rezeki tu apa?
Mama: Rezeki tu macam-macam.. Anak rezeki.. Panjang umur rezeki.. Sehat rezeki.. Duit rezeki..
Adik: Kita belum ada rezeki..?
Mama: Belum ada rezeki nak dapat baby..
Adik: Sebab mama tak bayar duit kat bank lagi ke..?
Mama: Hahaha.. Bukan la..

Sah kes slalu sangat dengar ayah dok kate pagi bank bayar duit rumah/kereta..

Bertemu Orang Yang Salah?

Minggu lepas mama terbaca post menarik bertajuk Adakah kita bertemu dengan orang yang salah kat blog Muharikah. Menarik sebab ape yang ditulis macam kene je dengan mama.. Kadang-kadang, tak dapat nak elak, kita mesti akan bertemu dengan orang yang kurang serasi dengan perangi kita (macam lah kita ni bagus sangat kan..?) Sebab dah hakikatnya manusia dicipta dengan pelbagai kerenah.

Kata penulis blog Muharikah, kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan! Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan
sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia. Namun, tentu sebenarnya mereka yang ‘salah’ itu sendiri banyak mengajar kita akan kekurangan diri kita sendiri.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
untuk kita belajar sesuatu darinya.

Kerana itu, di setiap ketidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat
menyatukan kita. Itulah dia Allah. Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Cuma perlu bersabar.. dan terus berdoa..

Friday, March 4, 2011

Yey!

Yey..!! Jumaat pon.. Penat sangat 2 minggu ni.. Penat fizikal.. Penat emosi.. Dengan tender dan sebutharga yang banyak giller.. Dengan rasa nak demam dan selsemanya.. Salah skit rasa nak marah.. Dah lama mama tak rasa lama sangat 1 minggu ni.. Biasanya, hari-hari berlalu dengan cepat.. Alih-alih dah Jumaat.. Alih-alih dah Jumaat.. Tapi minggu ni, dari Isnin mama tunggu Jumaat.. Akhirnya, hari ni barulah Jumaat.. Harapnya esok & lusa dapat rehat betul-betul untuk masuk keje minggu depan..

Tuesday, March 1, 2011

Kek Bday

Kek birthday Alya dan Pak Cak yang mama tempah dari Citarasa Ummi.. Mama memang suka kek choc moist dia, bess.. Hana balik cuti nanti mama nak beli untuk hana plak.. Kek gambar hello kitty..