Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Saturday, October 30, 2010

Ultraman Lagi

Cerita yang agak basi.. Tapi sebab keje yang banyak ditambah dengan minggu exam Kakak, mama tak sempat update cerite ni dalam blog.. 3 minggu lepas, sekali lagi bawak adik ke Mines untuk jumpe Ultraman Mebius.. Thanks to Mak Ngah sebab bagi tau mama sehari sebelum.. Kebetulan plak adik baru je tanya mama "Bile lagi ultraman nak datang tempat keje mama..? Adik dah rindu la.."

Kali ni persediaan penganjur dari segi setting pentas lebih tersusun banding dulu.. Kalau dulu.. 10 min sebelum mula baru nak bukak bunting.. Kali ni siap ada raksasa lagi.. Walaupun sekejap, Adik puas.. Kat sana Adik control je.. Balik rumah Adik minta ayah bukak kan game Ultraman kat PS2.. Sehari penuh la Adik dengan ultraman.. Malam tu Adik tido awal sebab penat..



Friday, October 29, 2010

Merdeka

Selesai dah 2 minggu minggu ulangkaji.. Start malam ni mama dah tak payah nak buat ulangkaji da.. Bukan sebab mama dah habis peksa ke ape.. Tapi Kakak yang peksa.. Pagi tadi masa bye2 Kakak ke sekolah, mama pesan "Hari ni hari last peksa.. Buat elok-elok.. Lepas ni dah boleh berseronok.." Tapi word berseronok tu lebih pada mama.. Merdeka tak payah buat ulangkaji da.. :D

Beberapa scenes sepanjang tempoh 2 minggu mengulangkaji..

Ayah: Kakak ambik buku.. ulangkaji..
Kakak: Mama tu..
(Hmm..? Siapa yang nak peksa ni..? Mama kat dapur basuh pinggan masa tu..)

Mama: Kakak ulangkaji dengan ayah malam ni, mama ngantuk..
Kakak: Tak nak! Nak mama gak..! Mama tak, kakak tak nak..
(Hmm..? Rasa dah cukup garang mengajar.. Still insist nak mama gak..?)

Mama: Macam mane nak jawab soalan esok ni kalau Kakak tak tau baca jawi betul-betul..
Kakak: Tak tau la mama.. Yang Kakak tau, Kakak buat bersungguh-sungguh..
(Huhu.. Betul tu.. Ape la mama ni..)

Kakak: Mama jangan marah tau..
Mama: Kenapa? Dah dapat keputusan sekolah agama..
Kakak: A'ah.. Jangan marah tau..
(Hmm.. Sian Kakak.. Mama memang kene cari kelas tambahan jawi dan Quran cuti nanti..)

Tak kesah la ape Kakak dapat.. Mama tau Kakak dah berusaha.. Malam ni mama dah bole start buat aktiviti biasa mama.. Tengok tv ke.. Update blog ke.. Update stock ke.. Rehat ke.. Yey!!

Tuesday, October 26, 2010

Zikir Harian

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah.. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita perlu sentiasa mengingati Allah.. Dengan menyebut dan mengingati Allah, Insya Allah hati akan menjadi tenang.. Ini himpunan zikir harian untuk rujukan & amalan.. Dah lama Kak Husna share kt wall fb dia.. Tapi last week baru start terpikir nak compile & share kat blog..

Zikir Hari Isnin: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim (1000 x) ~ Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya

Zikir Hari Selasa: Allah Humma Solli A’la Muhammad Wa A’laa Aalii Muhammad (1000x) ~ Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat.

Zikir Hari Rabu: Astargh Firullah Hal A’zim (1000x) ~ Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan hambaNya.

Zikir Hari Khamis: Subhanallah Hil A’zimi Wa Bi Hamdih (1000x) ~ Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah.

Zikir Hari Jumaat: Ya Allah … Ya Allah … Ya Allah (1000x) ~ Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah.

Zikir Hari Sabtu: لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله Laa Ila Ha Illallah (1000x) ~ Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya

Zikir Hari Ahad: Yaahaiiyu Yaa Qaiyyuum (1000x) ~ Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita

Lain-lain hikmah berzikir:

  • Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
  • Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
  • Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
  • Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
  • Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
  • Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.
  • Memperoleh pohon tamar dalam syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.
  • Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti. Dapat membina rumah dan juga istana dalam syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
  • Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada neraka jahanam.
  • Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  • Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
  • Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
  • Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
  • Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
  • Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil.
  • Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.

Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir, dia sebenarnya menyertai majlis yang dihadiri oleh malaikat.. Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya bermaksud: "Ingatlah kamu kepada-Ku, maka Aku akan mengingatimu."

Monday, October 25, 2010

The Chosen One

Dah lama dengar lagu ni.. Tapi pagi ni 1st time tengok video dia..

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Saturday, October 23, 2010

Hobi Membaca Kakak

Masa kecik-kecik dulu, hobi Kakak melukis.. Tapi sekarang Kakak suka membaca pulak.. Sikit pon tak macam mama.. Lebih mengikut Ayah dalam bab membaca ni.. Kalau dulu mama belikan buku-buku cerita yang nipis untuk Kakak.. Tapi belum sejam sampai rumah, Kakak dah habis baca buku tu.. Lepas tu mama belikan majalah pulak.. Kakak suka Sayang Muslim.. Tapi keluaran majalah cuma sebulan sekali & Kakak habiskan baca dalam seminggu.. So skang mama belikan buku-buku yang lebih tebal untuk Kakak.. Tapi dengan tulisan yang sederhana besar saiznya..

Ni buku tebal pertama mama beli untuk kakak sebelum bulan puasa aritu.. Buku 80 Eksperimen Belakang Rumah.. Mama beli dari e-store stormreaders Kak Sal.. Semua 80 eksperimen da habis baca.. Tapi tak ada satu lagi eksperimen yang sempat nak di buat dibelakang rumah :p

Lepas bulan Puasa lepas, kakak dapat buku 101 Akhlak Rasulullah plak dari Mak Teh & Makcik.. Hadiah sebab berjaya puasa penuh.. Ni pon da habis baca..

Lepas tu mama beli buku Puteri Damia & Kawan-kawan Ajaib plak untuk hadiah birthday kakak.. Seminggu je da habis baca..

Mama da janji nak belikan buku lain.. Tapi belum sempat-sempat lagi.. Cuma sempat beli majalah Sayang Muslim keluaran terkini.. Itu pun sebab Kak Sal offer jual masa kat ofis.. Kakak da tuntut-tuntut buku yang mama janji.. Masa belek-belek e-store stormreaders Kak Sal semalam, mama tak bole decide nak belikan yang mana.. So mama order tiga-tiga buku ni.. Sebab semua nampak menarik..

Skang masalah nak carikan buku untuk Adik la pulak.. Nanti dia kecik hati kalau mama beli untuk Kakak je.. Bukan tak nak beli.. Tapi Adik belum tau baca lagi..

Friday, October 22, 2010

Speedtest

Speedtest

Saja test.. Mama dapat 230 markah.. Posisi 1992 dari 16738 dalam senarai kedudukan.. :p

Mama menaip 286 aksara seminit dengan 44 perkataan betul dan 0 perkataan salah..
Try la cube..

Thursday, October 21, 2010

Boleh Tak Mama?

Awal minggu lepas, masa mama baru nak start wat keje kat rumah, kakak datang bawak sampul surat yang dibuat sendiri dan siap bergam..

M: Apa ni..?
K: Surat untuk mama..
M: Siap bergam lagi ni..
K: Kakak buat kat sekolah petang.. Sekolah petang ramai budak laki nakal.. Kakak gam takut ada orang bukak..
M: Ooo..

Surat tertulis.. "Mama yang baik hati, boleh tak kakak nak masuk persembahan nyanyian masa hari kanak-kanak jumaat ni.." Nak tergelak pon ada.. Sebab mama tau sangat suara kakak macam mane.. Monotone macam mama dia..

M: Boleh je.. Tapi kene bagi tau cikgu la..
K: Ok..
M: Nak nyanyi lagu ape..?
K: Tak tau lagi..

Esoknye, balik dari kerja..

M: Macam mane..? Dapat masuk tak..?
K: Tak tau lagi.. Hari ni sapa yang nak masuk kene nyanyi depan kelas..
M: Abis tu kakak nyanyi ke..?
K: Nyanyi la..
M: Lagu ape..?
K: Balik kampung..
M: Ada plak nyanyi lagu tu.. Nyanyi la lagu Tiada lagi ke.. (lagu search fevret kakak)
K: Lagu balik kampung pon bess ape..

Esoknya lagi..

M: Macam mane, terpilih ta..?
K: Ta tau..
M: Kalau cikgu ta bagi tau tak la tu.. Sebab esok da Jumaat..
K: Iye kot..

Kakak nampak frust skit.. Malam Jumaat tuk dok nyanyi lagu balik kampung ta suda-suda.. Mama bangga bukan sebab minat kakak untuk nyanyi.. Bangga sebab kakak berani..

Tuesday, October 19, 2010

Dia Kenal Kakak Ke?

Semalam mama bawak balik telekung, hadiah untuk kakak sempena bday dia awal bulan aritu..

K: Apa tu..?
M: Telekung..?
K: Untuk Sape..?
M: Untuk Kakak la..
K: Sape kasi..?
M: Kawan mama..
K: Yang mana..?
M: Yang kita pegi kenduri kawin dia yang kat terengganu dulu..
K: Dia kenal kakak ke..?
M: Kenal la..
K: Dia tau bile hari jadi kakak ke..?
M: Tau la tu.. Sebab tu dia bagi hadiah..
K: Mana dia tau.. Dia ada kalender* macam kita ke..?
M: Tak la..
K: Abis tu macam mana dia tau..?
M: Kan mama bawak cupcake kakak aritu pegi ofis.. Mama kasi kawan mama tu..
K: Oohh.. Nanti mama cakap terima kasih ye..
M: Ok..

* kalender family ara yang ada bday semua orang

Note: Ni post tq mama untuk kawan mama sebab baik hati bagi kakak adiah.. :)

Saturday, October 16, 2010

Giliran Hijau

Baru siap update koleksi HIJAU plak kat blog Tenun Kapas.. Kurang perasaan skit masa buat ni sebab mama kureng skit dengan warna hijau.. Masa mude-mude dulu memang tak le langsung dengan warna ni.. Tapi sejak kawin, ada la dua tiga pasang baju hijau.. Tapi jarang-jarang la pakai sebab mood kene ok skit kalau nak pakai kaler ni.. :)

Friday, October 15, 2010

Sabar


Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah, diwariskan-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi mereka yang bertakwa.
(al-A'raf: 128)

Wednesday, October 13, 2010

Makna Doa



Terbaca topik ni kat note fb Hafiza Adnan yang Kak Di share kat wall fb.. Rasa menarik untuk dikongsi.. Tentang makna doa yang selalu dibaca di dalam solat semasa duduk di antara dua sujud.. Tapi jarang-jarang sekali dihayati sebab kita hanya membaca tanpa memahami apa yang dibaca.. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati..

Rabbighfirli (ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Betapa besarnya nilai doa ni, sebuah doa yang sering kita ambil mudah..

Tuesday, October 12, 2010

Koleksi Biru Plak

Baru update Koleksi BIRU plak kat Blog Tenun Kapas.. Untuk peminat kaler biru (macam mama), jemputlah cuci-cuci mata..

Monday, October 11, 2010

Batch Pertama T-Shirt Muslimah

Batch pertama t-shirt muslimah @ Tenun Kapas.. Klik gambar untuk maklumat saiz, ukuran dan harga.. Pattern2 lain Insya Allah akan menyusul..


Ceh, Selamba Je

Situasi dalam kereta #1
Kakak: Tau ta bunga raya tu bunga kebangsaan kita..
Ayah: Tau..
Kakak: Kakak bukan tanye ayah.. Ayah memang la tau.. Kakak tanye mama..
Mama: Ceh.. (dalam hati)

Situasi dalam kereta #2
Bibik: Dik, kawan adik tu tak ada anak ke..?
Ayah: Belum ada lagi..
Bibik: Mandul la tu..
Mama: Bibik ni.. Selamba je cakap..
Bibik: Iyer dik.. Kalau di Indonesia kalau tak ada anak orang kata mandul..
Mama: Bukan sana je, sini pon.. Tapi tak le selamba cakap macam tu..
Adik: Mandul tu ape nik?
Bibik: Orang tak boleh dapat baby..
Adik: Macam mama..?
Mama: Ceh.. Selamba je (dalam hati..)
Bibik: Apa pulak macam mama, mama kan ada Adik ngan Kakak..

Allah Baik Kan?

Mama baru nak buat keje, adik datang..

A: Mama, Allah ke yang bagi kita penyakit..
M: A'ah..
A: Allah bagi kite penyakit..? Masa adik sakit aritu Allah yang bagi penyakit? Allah baik kan..?
M: Memang la Allah baik..
A: Kenapa Allah bagi kite penyakit..?
M: Sebab nak uji kite..
A: Uji tu ape..?
M: Uji la.. Allah nak tengok adik sabar tak masa adik sakit.. Adik makan ubat ta bile mama suruh makan ubat..
A: Masa adik sakit aritu adik sabar kan..? Adik makan ubat kan..?
M: A'ah..
A: Dulu adik makan ubat tak minum air pun kan.. Tapi sekarang minum..

Mama rasa, makin besar makin mencabar soalan-soalan adik..

Friday, October 8, 2010

Nanti Mama Beli

Situasi yang biasa mama tengok, bila anak-anak berkumpul ramai-ramai, kebarangkalian untuk berlaku perebutan permainan untuk berlaku tinggi.. Dan bila berlaku, benda yang selalu yang akan disebut untuk memujuk anak yang merengek adalah "Tak pe, nanti mama belikan.. mama belikan yang lagi beeesar dari tu.." Walaupun kadang-kadang mama terguna jugak tektik ni, tapi pada pendapat mama, tektik ni tak patut digunakan selalu.. Sebagai mak, mama rasa kita perlu ajar anak-anak untuk terima hakikat yang dalam menjalani kehidupan sebenar, mereka tak akan dapat semua yang mereka nak.. Kene kenal konsep rezeki.. Kene tahu cara untuk mengalah.. Kene faham beza antara bende yang penting ada yang tak.. Jangan terlalu manjakan anak-anak dengan bende yang bukan suatu keperluan..

Tuesday, October 5, 2010

Blog Tenun Kapas


Mama baru create blog untuk Tenun Kapas.. Just untuk update stocks Tenun Kapas tapi dari approach yang berbeza.. Website dan kedai online Tenun Kapas still beroperasi seperti biasa..

Untuk kali ni, mama highlight baju-baju kaler merah untuk peminat merah.. Dalam sekali imbas, pembeli boleh tengok baju-baju kaler merah yang ada.. Just klik gambar untuk lihat maklumat lengkap termasuk harga, ukuran, saiz dan kaler-kaler lain yang available.. Tak ada sebab kenapa mama pilih merah.. Dah siap buat baru terpikir, kenapa la tak buat biru.. (sebab biru kaler febret mama..) Tak pe la, update lepas ni la mama wat biru plak..

Sunday, October 3, 2010

Bday Kakak

1 Oktober birthday kakak yang ke 7.. Macam biasa mama sambut malam sebelum.. Macam tahun lepas, sambutan mama cume ada kek, adiah dan makan malam yang special skit dari biasa.. Untuk tahun ni, mama cume beli cup cakes, tapau ayam popeyes (tak setanding kfc langsung) & buku sebagai hadiah.. Macam tahun lepas, Mak Ngah datang untuk meriahkan lagi sambutan..

Bergambar dengan beg hadiah sebelum Mak Ngah sampai.. Adik dapat sekali sebab bday aritu ta de hadiah..



Susa betul nak suruh adik senyum elok-elok..


Bile da dapat, kakak terus start baca buku & adik mule menulis.. Belum sempat mama update cerite bday kakak dalam blog, kakak da nak abis baca cerpen 180 muka surat tu.. Adik plak, baru siap tulis nombor 1, bising kate adik da penat.. Adik marah-marah "Ape ni semua buku tulis-tulis ni.. Penat la kalau macam ni.. Lain kali beli la buku pada suatu hari ke.. Baru tak penat.."



Gelagat Qays sementara tunggu Pak Uda blik kerja.. Semua orang da lapar..




Sebab beli cup cakes je.. So tiup lilin je.. Ta de potong2 kek..




Friday, October 1, 2010

Best Gak Gune TnG




Sebelum ni selalu jugak orang cakap, kenapa tak gune Touch 'n Go.. Derang kate, guna Touch 'n Go bess sebab..

tak payah beratur kat tol lama-lama... tapi mama tak kesah sangat bab kene beratur ni, boleh didik diri jadi lebih sabar..

tak payah susah-susah sediakan duit tol... tapi tak susah mane pon untuk mama sebab mama selalu sedia sebelum gerak dan kalau tak sempat sedia pon bende tu ta jadi isu sangat untuk mama..

boleh dapat rebate.. ohh ye ke.. tapi ta pe la.. nanti-nanti kot..

Tapi sejak seminggu ni, bile mama da start gune Touch 'n Go ayah.. Rasa bess pulak.. Tapi bukan sebab alasan-alasan tadi.. Tapi sebab bile guna Touch 'n Go ni, confirm ta de kemungkinan untuk tersentuh kulit dengan penjaga tol lelaki bile nak ambik duit baki.. Sebab walau macam mane kita try untuk bersentuh, kadang-kadang akan tersentuk juga, kecuali la kalau pakai sarung tangan.. Kenapa la mama tak pernah terpikir langsung sebelum ni..

Cume yang tak bess bile gune Touch 'n Go ni, tak de can la nak nampak senyuman kakak2 tol Serdang, Nilai dan Bukit Mahkota.. Tak ade lagi can na dengar teguran...

selamat pagi..
awal pagi ni..?
dah sarapan..?
tak cuti ke..?
berdua hari ni..
selamat berbuka..
selamat hari raya..

yang paling bess kakak tol pernah cakap kat mama.. nampak lain hari ni, cantik je.. haha.. mule la perasan..

Jamuan Raya Ofis

Cerita jamuan raya ofis ni da agak basi.. Tapi malam ni baru sempat na sempat masukkan dalam blog.. Jamuan buat di Puri Pujangga sekali lagi.. Ekceli banyak gambar sepanjang sesi jamuan raya yang bermula dari pukul 11 pagi sampai pukul 5 petang.. Tapi mama cume masukkan skit je untuk kenangan..

Gambar dengan 2 'adik' sebelum orang lain sampai..



Gambar yang agak special sebab ada Kak Mas..



Gambar dengan kawan2 department..



Gambar semua kakitangan MMSC Group of Companies yang hadir.. 2 gambar dari 2 camera..

Happy Birthday Sayang

Kesayangan mama genap 7 tahun hari ni.. Syukur mama panjatkan pada Allah kerana kurniakan permata hati yang banyak mengajar mama erti sabar dan menjadi dewasa..

Doa mama kakak membesar menjadi anak yang solehah, insan yang berguna dan berjaya dunia akhirat..