Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Friday, January 7, 2011

Tak De Kawan Pon Tak Pe

Alhamdulillah.. Adik dah macam semakin ok untuk ke sekolah (setakat hari ni la..) Semalam Adik kate "Sekolah ok.. tapi Adik tak de kawan pon.. semua tak nak kawan dengan Adik.." Mama kate "Sebab Adik buat muke masam.. semua takut nak datang dekat.. Kenapa Adik tak senyum macam Adik biasa senyum..? Kawan tak datang, Adik lah pegi tegur kawan"

Muke senyum biasa adik..

Adik jawab "Tak nak la.. Kawan la yang kene tegur Adik.. Kenapa Adik plak yang kene tegur kawan.. Tak de kawan pon ta pe.. Adik kawan dengan polis je.." (Adik selalu kate polis kawan Adik sebab besar nanti Adik nak jadi polis, polis ada pistol..)

Setakat ni, hari ni yang paling ok.. Kejut senang.. Nak mandi senang.. Nak siap pon senang.. Bye2 kat sekolah pon senang.. Skit pon tak nangis.. Sebab Adik dah janji tak kan nangis semalam.. Mama kate, kalau Adik nangis, mama nak pulangkan balik dua2 patung barbie yang beli semalam.. Tadi Adik kate "Sekolah ok.. Tak nangis pon.. Adik dah ada kawan.. Dia yang hisap puting tu.."

3 comments:

  1. comel la adik ni.. nak kawan ngan polis ey,,, ^_^

    salam kenal..

    ReplyDelete
  2. hehe..lawaknye adek kawan ngan org pakai puting.
    takpe, mak teh dulu kawan ngan org pakai tudung terbalik sepanjang tahun..

    ReplyDelete
  3. my heart - salam kenal :)

    mak teh - tu pon nasib ada kawan.. sungguh tak peramah mcm mama dia..

    ReplyDelete