Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Tuesday, November 30, 2010

Year End Sale

Promosi Year End Sale @ Tenun Kapas sempena tahun 2010 yang hampir ke penghujung..

Monday, November 29, 2010

Adik Dah Cantikkan Rumah

Hari Ahad, sebelum tido, mama pesan kat Adik & Kakak "Esok bangun awal.. Siap-siap pegi kelas iqra (mama berjaya daftarkan Adik & Kakak untuk kelas Iqra' untuk aktiviti cuti sekolah).. Balik rehat.. Makan.. Pastu kemas almari masing-masing (tempat Adik & Kakak simpan buku masing2) Dah bersepah sangat dah mama tengok.."

"Ye lah..ye lah.." Jawab Kakak

"Adik nak suruh bibik tolong la" Jawab Adik (Adik memang ta bape suke sangat keje mengemas-mengemas ni..)

Esoknya mama call rumah dari ofis.. Ayat pertama keluar dari Adik "Adik dah cantikkan rumah kite.." Nak tergelak pon ada.. Bila mama kate nanti balik mama tengok, Adik terus jawab "Tapi cantik skit je la.. Semua kertas-kertas yang tak gune Adik dah buang.. Nanti mama tengok.." Sampai rumah, Adik dah tertido.. Almari kemas la berbanding biasa..

Note: Kakak kate ustazah siti yang ajar iqra ok sangat.. baik.. baik macam Mak Teh.. (bangga la Mak Teh dengar ni..)

Wednesday, November 24, 2010

Tandatangan

Beberapa hari last sebelum cuti sekolah, Kakak bawak balik surat akujanji untuk pinjaman buku teks tahun depan.. Ayah suruh Kakak isi sendiri sebab tu akujanji Kakak untuk jaga buku teks.. Sampai bahagian tandatangan, Kakak tanya "Macam mane ni.. Cikgu kata siapa ada tandatangan boleh tandatangan.." Ayah suruh Kakak tulis nama je.. Kakak ulang lagi kata "Tapi cikgu kata siapa ada tandatangan, boleh tandatangan.." Spontan mama jawab "Kakak tak ada, Kakak tulis nama je.." Kakak tak melawan & terus tulis nama..

Dua tiga hari lepas tu, masa mama tengah kemas-kemas barang kakak, mama terjumpa sehelai kertas yang penuh dengan tulisan.. Dari jauh nampak tulisan-tulisan tu macam sama je.. Bile tengok, macam nak gelak pon ada.. Patut la Kakak insist sangat pasal tandatangan tu.. Kakak dah ada tandatangan sendiri rupenya..

Baberapa hari lepas tu plak.. Dengar Kakak kecoh-kecoh suruh Adik buat ulangkaji.. Memang Kakak selalu buat kertas soalan untuk Adik.. Kakak selalu kate "Ini kertas UPSR untuk Adik.. Adik kene jawab.. Kakak dah mengalaminya.." Nak gelak pon ada.. Cuma kali ni, kertas soalan Kakak lain skit.. Siap ada tandatangan kat bawah macam kertas ujian yang betul.. Banyak kertas sebenarnya, ikut topik.. Ni salah satu kertas yang Kakak buat..

Consistent je rupe tandatangan Kakak.. Mesti dah banyak berlatih tandatangan ni.. :)

Tuesday, November 23, 2010

Hari Terakhir Sekolah

Sebagai mama yang poyo, mestilah ada gambar hari last sekolah untuk sesi 2010.. Kakak dah faham sangat ngan mama, so Kakak layan je..

Beza muka sangat masa hari pertama masuk sekolah.. Buat tanda peace pon muke risau semacam..


Monday, November 22, 2010

Majlis Anugerah Kakak

Masa hari Anugerah sekolah kakak hari tu, mama ambik cuti sebab ingat ayah tak boleh cuti.. Alih2 sehari sebelum, ayah kata ayah boleh ambik separuh hari cuti.. So bertiga sekali dengan Adik tengok kakak terima hadiah.. Macam poyo la skit dari pagi dah tercongok kat sekolah.. Kakak dapat nombor 3 dalam kelas & nombor 7 dalam darjah.. Ada peningkatan sepanjang tahun.. Periksa Mac Kakak dapat nombor 9, Periksa Pertengahan Tahun dapat nombor 5, Periksa Ogos dapat nombor 4 & Periksa Akhir Tahun dapat nombor 3.. Kira ok sebab Kakak cuma masuk tadika 1 tahun dan hanya boleh membaca bila sesi persekolah tadika dah nak habis.. Gambar Kakak masa naik pentas ambik hadiah yang ayah ambik.. Gambar-gambar yang mama ada cume gambar yang kat luar sekolah sebelum nak gerak balik rumah..

Misi mama untuk musim cuti sekolah ni untuk ulangkaji jawi dan iqra.. Area yang Kakak belum dapat kuasai lagi.. Dah survey2 tanya jiran kalau ada sesapa yang boleh ngajar.. Tapi tak jumpe2 lagi cikgu yang boleh mengajar.. So jadi misi mama untuk jadi cikgu kelas malam la nampak gayanya..

Tuesday, November 16, 2010

Majlis Mak Anje

Post seawal 3.40 pagi & mama still kat ofis.. Mata mengantuk, tapi banyak lagi bende nak disiapkan untuk esok.. Kalau tido ni sure sampai pagi.. So mama decide untuk upadate skit cite kat blog yang agak berkurun mama tak update.. So citer terkini mestilah majlis tunang Mak Anje hari Sabtu lepas.. Syukur semua berjalan lancar.. Syukur cuaca cerah tak macam hari sebelumnya.. Syukur makanan cukup & tak lebih banyak.. Syukur dapat gak wat live video broadcast tuk Mak Lang.. Syukur untuk semua.. Awal pagi Mak Lang bangun untuk tengok majlis Mak Anje.. Skit gambar untuk simpanan..

Kakak & Adik..

Mama, Mak Ngah & Mak Anje..

Mak Anje & Kesayangan Mama

Adik beradik (kecuali Mak Teh & Mak Lang)

Note: Mama sedey bile orang buat nenek sedey.. Mama sedey bile nenek sedey..

Thursday, November 4, 2010

Lucky

Minggu ni minggu jiwang.. Sebab buah hati mama tak ada.. 4 hari je.. Tapi rasa lama.. Kebetulan terdengar lagu ni kat caller ringtone sape tah isnin aritu.. Terminat plak.. Sebab macam tengah jiwang2, terlayan dengar lagu ni je la.. Insya Allah tengah malam ni sampai.. Bak kate Jason Mraz & Colbie Caillat, I feel your whisper across the sea.. I keep you with me in my heart.. You make it easier when life gets hard.. I'll wait for you.. I promise you, I will.. Haha.. poyo tahap gaban.. :p

Jason Mraz
Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying

Colbie Caillat
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Duet : Jason Mraz and Colbie Caillat
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Jason Mraz
And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Colbie Caillat
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

Jason Mraz and Colbie Caillat
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh


Song Words by Artist / Band : Jason Mraz ft Colbie Caillat
Song Lyrics Title : Lucky

Tahniah Kakak

Hari ni mama balik rumah awal sebab balik dari sesi review kat PD.. Sampai rumah bibik tanye "Adik tak sihat ke..?" Bila Kakak plak sampai rumah, Kakak tanya "Mama tak keje ke..?" Semua macam tak percaya mama kat rumah sedangkan hari masih cerah lagi.. Dari luar rumah Kakak dah senyum-senyum..

K: Kakak ada surat.. Tapi mama tak boleh baca lagi..
M: Kenapa?
K: Mama kene baca dengan ayah..
M: Kenapa plak..?
K: Ada la.. Kakak tulis untuk Mama dengan Ayah.. Tapi surat dari sekolah ni mama boleh baca dulu.. Ayah baca nanti..

Tajuk surat.. JEMPUTAN KHAS UNTUK PENERIMA HADIAH HARI ANUGERAH CEMERLANG.. Tak tau la mama dapat pegi ke tak.. Sebab sekolah buat hari anugerah tu Selasa depan (masa hari kerja)..

Patut la senyum-senyum.. Bangga mama dengan Kakak..

* Apa la plak agaknya yang ada dalam surat satu lagi tu.. Kene tunggu ayah sampai malam nanti baru tau..

48??!!



Macam tak percaya..!! Naik.. Turun.. Naik lagi.. Bacaan masih sama.. Nak kate rosak, bibik naik tunjuk 56.. Hihi.. Macam dah lama tak nampak nombor 48.. Memang dah lama tak naik penimbang tu.. Ada 2 bulan rasanya.. Ni baru ada semangat nak turun lagi.. Aritu masa berat naik ke 55, semangat sekejap nak kurang berat.. Tapi semangat turun balik bile da sampai 50 & berat macam dah statik kat situ lebih setengah tahun.. Puasa ke.. Diet ke.. 50 gak.. Sekarang bile da sampai 48, kurang 3 lagi nak sama berat masa lepas bersalin Kakak.. Macam possible je nak ke situ.. (insyaAllah) Yang tak possible kalau nak turun ke berat masa hari kawin.. 39.. Puasa 3 bulan pon tak le sampai situ lagi.. :)