Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Monday, November 22, 2010

Majlis Anugerah Kakak

Masa hari Anugerah sekolah kakak hari tu, mama ambik cuti sebab ingat ayah tak boleh cuti.. Alih2 sehari sebelum, ayah kata ayah boleh ambik separuh hari cuti.. So bertiga sekali dengan Adik tengok kakak terima hadiah.. Macam poyo la skit dari pagi dah tercongok kat sekolah.. Kakak dapat nombor 3 dalam kelas & nombor 7 dalam darjah.. Ada peningkatan sepanjang tahun.. Periksa Mac Kakak dapat nombor 9, Periksa Pertengahan Tahun dapat nombor 5, Periksa Ogos dapat nombor 4 & Periksa Akhir Tahun dapat nombor 3.. Kira ok sebab Kakak cuma masuk tadika 1 tahun dan hanya boleh membaca bila sesi persekolah tadika dah nak habis.. Gambar Kakak masa naik pentas ambik hadiah yang ayah ambik.. Gambar-gambar yang mama ada cume gambar yang kat luar sekolah sebelum nak gerak balik rumah..

Misi mama untuk musim cuti sekolah ni untuk ulangkaji jawi dan iqra.. Area yang Kakak belum dapat kuasai lagi.. Dah survey2 tanya jiran kalau ada sesapa yang boleh ngajar.. Tapi tak jumpe2 lagi cikgu yang boleh mengajar.. So jadi misi mama untuk jadi cikgu kelas malam la nampak gayanya..

2 comments: