Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Monday, April 26, 2010

Itu Bukan Ulat Bulu

Ahad lepas, masa keluar rumah nak ke Bangi, mama nampak ulat warna hijau tengah berjalan ke arah pintu rumah.. Gemuk betul ulat tu.. Mama panggil dan adik untuk tengok.. Bila kakak keluar, dengan konfiden mama kata..

"Tengok ulat tu.. Comel je.. Tapi jangan pegang dengan tangan.. Guna lidi je.. Tu ulat bulu namanya.. Kalau pegang nanti gatal tangan.. Jangan kasi dia gerak ke pintu, nanti dia masuk dalam kasut pulak.."

Tak lama, ayah keluar rumah.. Ayah tengok sekali je terus ayah kata.. "Tu bukan ulat bulu la.."

Hihi.. Mama pakai sebut je.. Konfiden je plak tu.. Konon je budak Kampung Sungai Merab, tapi jenis-jenis ulat pon tak tau..Bagi mama ulat sama je, kecuali ulat gonggok.. Yang memang obvious lain rupenye..

Ayah letak ulat tadi kat pokok bunga depan rumah.. Masa tu baru la mama perasan, bukan main banyak ulat tu kat pokok-pokok mama.. Patut la gondol semua pokok mama.. Bila kire, ada nak dekat 20 ekor ulat kat situ.. Geli geleman bibik bila nampak ulat-ulat tu..

Ni gambar ulat yang dah nak sampai pintu rumah yang ayah dah pindahkan ke pokok bunga mama..


4 comments:

  1. Jadi, ulat apakah itu? *Tetibe pon tatau ulat ape gak..Ngeh3x

    ReplyDelete
  2. ulat yang nak jadi rama-rama.. tapi tak ingat nama dia ;p

    ReplyDelete
  3. ye kot.. tu ulat beluncas :p

    ReplyDelete