Quote of the Day..
Pages
Tuesday, March 29, 2011
Sabah Trip 2011
Monday, March 28, 2011
Atuk Kate..
Tuesday, March 22, 2011
Jaga Tutur Kata Kamu
Untuk elak sengketa..
Lebih lagi pada yang tua..
Hati-hati meluah kata..
Kerana pulut santan binasa..
Kerana mulut badan binasa..
Artikel menarik tentang Jom Jadi Baik: Jaga Perangai, Jaga Akhlak mama pinjam dari blog Cinta Islam untuk renungan bersama..
Satu hadis (sanad yang baik) yang diriwayatkan Anas r.a: "Sesungguhnya seseorang hamba akan mencapai darjat yang besar dan kedudukan yang mulia di dalam syurga dengan sebab akhlak yang baik ditunjukkannya, sekalipun lemah dari segi ibadah dan sesungguhnya seorang hamba akan memasuki neraka yang paling bawah sekali dengan sebab akhlak yang buruk yang ditunjukkannya."
Hadis yang cukup baik untuk dihayati oleh seluruh pencinta agama. Tak guna juga kalau kita banyak beribadah, tapi akhlak kita buruk.
Bukankah lebih baik jika dalam melakukan gerak kerja Islam, diri kita dihiasi dengan perangai yang baik. Akhlak yang baik. Dakwah lebih berkesan.
Tarbiahlah diri kita supaya dihiasi akhlak yang baik. Sebagaimana rasul yang akhlaknya adalah al-Quran. Jika tidak pun begitu, sekurang-kurangnya ke arah itu. Sentiasa perbaiki diri dan sedia untuk mentarbiah diri.
Jom jadi baik!
Nota kaki untuk yang berkenaan: Beringatlah tiap kali nak menutur kata.. termasuklah bila berblog.. jangan sampai 'kurang ajar'.. lebih-lebih pada yang tua..
Monday, March 21, 2011
Selamat Pengantin Baru
Note: Selamat pengantin baru Ain!! Semoga kekal berbahagia ke anak cucu..
Sunday, March 20, 2011
Voucher Jusco
Gambar dari Google
Wednesday, March 16, 2011
Lawatan Ke Melaka
Masa beratur panjang sementara tunggu giliran..
Nota kaki: Jem kat Bandaraya Melaka teruk la sangat.. Kalah KL.. Setiap kali masuk mesti rasa menyesal & kate "lain kali dah tak nak datang dah!"
Balik Kampung
Kakak & Adik dengan bag masing-masing bersiap nak masuk kereta nak gerak ke kampung..
Bergenang gak la mata masa nak tinggal Adik :p Lagi-lagi bile tengok muka Adik sedey je masa nak bye-bye mama.. Setiap hari call Adik kate "Adik rindu.." Mama pon sama dik..
Friday, March 11, 2011
Bagi Bintang!
Di mana DIA Di Hatiku?
Dah berbulan-bulan buku Di Mana DIA Di Hatiku tulisan Pahrol Mohd Juoi terletak atas rak buku kat rumah.. Baru minggu ni sempat nak membelek-belek..
Tajuk : Di Mana Dia Di Hatiku?
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Penerbit : Karya Bestari
ISBN : 978-967-86-0353-9
Muka surat: 320
Di Mana Dia di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri... di mana letaknya kita di sisi ILAHI?
- Antara yang menarik:
- Orang baik mati cepat?
- ALLAH maha mendengar
- Rintih hati mencari ILAHI
- Singkaplah rahsia malam
- Serasikan tadbir dan takdir
- Kutiplah ilmu ALLAH
- Bicara kalbu di saat keliru
- Biarlah wajah tidak cantik
- Dunia di tangan akhirat di hati
- Jangan lupakan "Siti Khadijah' kita
Pengisian buku yang ditulis secara santai dengan selingan antara catatan, kisah teladan, kata-kata hikmah, sajak dan petikan ayat-ayat menarik.. Jika Terpaksa Membenci, salah satu sajak yang menarik yang terkandung dalam buku tu.
Jika terpaksa membenci
jangan ketara
sembunyikan bersama sabarmu
biarkan dia berkata-kata
relakan dia lakukan segala
pendam rasamu
rendam katamu
Jika terpaksa membenci
benci seadanya
jangan dirinya
tetapi kelakuannya
jangan keterlaluan
jangan berlebihan
diam.. dan cuba maniskan wajah
Jika terpaksa membenci
jangan sampai dapat dibaca
sembunyikan segala di sudut hatimu
namun, ingat jangan beri hatimu kepadanya
Jika terpaksa membenci..
(Alangkah baik jika kalimah itu tiada..?)
Monday, March 7, 2011
Rezeki Tu Apa?
Bertemu Orang Yang Salah?
Kata penulis blog Muharikah, kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan! Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia. Namun, tentu sebenarnya mereka yang ‘salah’ itu sendiri banyak mengajar kita akan kekurangan diri kita sendiri.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah, untuk kita belajar sesuatu darinya.
Kerana itu, di setiap ketidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita. Itulah dia Allah. Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..
Cuma perlu bersabar.. dan terus berdoa..