Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Tuesday, March 22, 2011

Jaga Tutur Kata Kamu

Tolonglah jaga tutur kata..
Untuk elak sengketa..

Lebih lagi pada yang tua..
Hati-hati meluah kata..
Kerana pulut santan binasa..
Kerana mulut badan binasa..


Artikel menarik tentang Jom Jadi Baik: Jaga Perangai, Jaga Akhlak mama pinjam dari blog Cinta Islam untuk renungan bersama..

Satu hadis (sanad yang baik) yang diriwayatkan Anas r.a: "Sesungguhnya seseorang hamba akan mencapai darjat yang besar dan kedudukan yang mulia di dalam syurga dengan sebab akhlak yang baik ditunjukkannya, sekalipun lemah dari segi ibadah dan sesungguhnya seorang hamba akan memasuki neraka yang paling bawah sekali dengan sebab akhlak yang buruk yang ditunjukkannya."

Hadis yang cukup baik untuk dihayati oleh seluruh pencinta agama. Tak guna juga kalau kita banyak beribadah, tapi akhlak kita buruk.

Bukankah lebih baik jika dalam melakukan gerak kerja Islam, diri kita dihiasi dengan perangai yang baik. Akhlak yang baik. Dakwah lebih berkesan.

Tarbiahlah diri kita supaya dihiasi akhlak yang baik. Sebagaimana rasul yang akhlaknya adalah al-Quran. Jika tidak pun begitu, sekurang-kurangnya ke arah itu. Sentiasa perbaiki diri dan sedia untuk mentarbiah diri.

Jom jadi baik!

Nota kaki untuk yang berkenaan: Beringatlah tiap kali nak menutur kata.. termasuklah bila berblog.. jangan sampai 'kurang ajar'.. lebih-lebih pada yang tua..

1 comment:

  1. "Bukankah lebih baik jika dalam melakukan gerak kerja Islam, diri kita dihiasi dengan perangai yang baik. Akhlak yang baik. Dakwah lebih berkesan."

    thank u atas peringatan. orang yang sibuk berdakwah sana sini ajak orang kepada kebaikan, laaaaagi la perlu menjaga adab n akhlak. supaya tak jadi fitnah pada Islam.

    jaga kata-kata, jaga adab, jaga akhlak. kalau dah beribadah n berilmu banyak, tapi akhlak xbaik jugak, must be something wrong somewhere.

    peringatan untuk diri sendiri ^___^

    ReplyDelete