Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Thursday, October 27, 2011

Pegi Giant Je La

Adik memang suke buat adegan borak-borak dengan 'imaginary friend' dia.. Ni antara diolog perbualan Adik tadi.. Kali ni Adik berborak dengan 2 nada suara.. Jarang-jarang skali mama boleh dengar diolag kawan Adik.. Biasanye adik berborak dengan 1 nada & pura-pura buat gaya dengar dialog kawan..

Kawan: Jom kite pergi tempat menari-nari.. (dalam hati, amboi bukan main..)
Adik: Mane boleh pegi situ..
Kawan: Kenapa tak boleh..?
Adik: Allah tak suka..
Kawan: Macam tu kita nak pegi mane?
Adik: Kite pegi Giant je la.. (haha nak gelak mama dengar ayat ni)
Kawan: Kite pakai baju seksi nak..? (dalam hati, amboi bukan main lagi..)
Adik: Tak boleh.. Tak elok.. Tak sopan.. Berdosa..

Confirm Adik tengah berlakon jadi budak baik..

Alhamdulillah :D

Friday, October 21, 2011

Jual Minyak

Adik: Mama, Adik nak jual minyak la..
Mama: Minyak ape?
Adik: Minyak gamat tapi buat dari kelkatu..
Mama: Hah?! (Memang tengah banyak kelkatu pon malam tadi)
Adik: Kite kutip kelkatu2 ni, cabut sayap, potong2, masuk dalam periuk, bubuh air, pastu kacau, mausk dalam bekas, jual 50 sen..
Mama: Buat la kalau berani..
Adik: Mama cabutkan sayap boleh, Adik takut..
Mama: Mama tak nak, berdosa..
Adik: Orang buat minyak gamat boleh potong2 lintah..
Mama: Bukan lintah la.. Minyak gamat dari gamat la..
Adik: Bibik la ni.. Bibik yang ajar..

Ada ciri-ciri otak bisnes gak rupenye Adik.. Bagus.. bagus..

Thursday, October 20, 2011

Siput Tut..

Sampai rumah adik terus datang nak bercerite..

Adik: Adik nampak siput tadi.. Tapi siput yang binatang kita tak bole sebut..
Mama: Ehm???
Adik: Ala.. Binatang yang kite tak bole pegang tu..
Mama: Yang mane (konon2 tak faham)
Adik: Ala.. Yang warne pink tu..
Mama: Bagi tau je la nama dia (saje nak sakat Adik)
Adik: Tak boleh, nanti kene sebut taubat yassin..
Mama: Sebut je la (cover2 nak gelak kuat)
Adik: Herm.. Herm (sambil pegang2 tekak)
Mama: Ape dia??
Adik: Siput babi.. Taubat yassin, taubat yassin (laju2 je Adik sebut)

Tak tahan gelak mama.. Banyak kali dah terang bile bole gune perkataan babi tu.. Tapi tak penah berani nak gune.. Kakaklah ni yang ajar taubat yassin ni..

Nenek Jadi Artis

Hujung minggu lepas Atuk & Nenek keluar kat rancangan tv GPS Iman kat saluran tv3.. Sinopsis rancangan yang mama pinjam dari FB GPS Iman..

Program baru terbitan Primeworks untuk TV3 ini memaparkan pengembaraan 3 pengacara bersama artis jemputan dan geng penunggang superbike ke kawasan kampung seluruh Malaysia. Berkongsi pengalaman dan tazkirah dalam usaha berdakwah melalui cara yang lebih santai dan progresif, demi menarik belia menuju ke jalan yang diredhai. Semoga kita semua mendapat iktibar dan dikurniakan hidayah, saling menasihati serta menemui arah tujuan hidup sebenar. Wallahualam.

'Memandu Jiwa, Meyemai Cinta, Menyuburkan Iman'

Satu ni je gambar yang ada gambar Nenek kat photo album siri 2.. Atuk tak de..



Rancangan tu 1/2 jam je.. Tapi sempatlah beberapa scene yang keluar gambar Atuk & Nenek.. Habis je cerite Adik terus call nenek.. Adik kate "Nenek dah jadi artis!!! Nampak nenek kat tv tadi..."

Note: Kalau nak tengok boleh tengok online di www.tonton.com.my (search GPS Iman)

Sunday, October 16, 2011

Hari Sukan Adik

Alang-alang dah ada post on Hari Sukan Kakak, ni skit note untuk Hari Sukan Adik yang berlangsung 1 minggu lebih awal..

Ni kali pertama Adik join hari sukan.. Acara sukan tahunan kali ni dibuat kat Dewan Masjid Nilai.. Walaupun Adik masuk 4 acara, muka Adik suspen je dari mula sampai abis acara.. Adik masuk Lumba Jalan Itik, Lari Bawa Obor, Lari Pakai Kasut Gergasi dan Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu..





Masa nyanyi nasyid je yang Adik tunjuk muke seronok (sebab Adik memang suke nasyid)



Adik dengan hadiah-hadiah yang Adik dapat..



Friday, October 14, 2011

Thursday, October 13, 2011

Salah Konsep

Sabtu lepas Hari Sukan sekolah Kakak.. Cuaca elok, sekolah bersih, siap sedia dengan khemah rumah sukan yang dah siap dihias.. Cume keadaan padang je yang agak kureng dengan kehadiran lopak disebabkan hujan pada hari sebelumnya.. Sebab kami sampai awal dan acara mula agak lewat dari yang dijadualkan, kenalah menunggu nak dekat satu jam gak..

Tengah-tengah tunggu, dengarlah satu pengumuman yang dibuat oleh pihak sekolah "Pihak sekolah akan mengadakan satu pertandingan khas untuk murid-murid.. Sesiapa yang mengumpul sampah terbanyak di akhir acara sukan akan diberikan hadiah istimewa.."

Erk..!! Apakah..??! Salah konsep betul.. Sepatutnya sekolah buat pengumuman untuk mengingatkan para murid dan ibu bapa untuk mengekalkan kebersihan sekolah sampai habis acara.. Sebab pengumaman tadi lebih kurang maksudnya dengan "Kamu boleh buang sampah mrata-rata sebab siapa yang dapat kumpul sampah yang terbanyak di akhir acara nanti akan diberikan hadiah istimewa.."

Kakak posing lepas dapat tempat kedua dalam acara lari berhalangan..


Note: Tak tahan mata mama tengok lari satu sekolah tak pakai kasut.. Kuman la..

Wednesday, October 12, 2011

Ahli Baru Lagi

Alhamdulillah, kuarga ARA tambah seorang ahli baru lagi.. Belum sempat visit lagi.. :(

Tuesday, October 11, 2011

Buku Kedua

Lepas berjaya habiskan baca Buku Pertama hujung minggu lepas, Adik berkobar-kobar nak baca buku lain.. Sibuk tanya bile mama nak belikan lagi.. Baru teringat Adik ada buku lain yang dah lama mama belikan yang Adik bole baca.. Buku Hai Adik! Hendak Pakai Apa? terbitan Pelangi..

So malam tadi Adik baca buku ni.. Buku kedua yang Adik habis baca sendiri..

Monday, October 10, 2011

Buku Pertama

"Mama! Mama! Adik dah habis baca buku ni!!" Seronok betul Adik lepas habis baca buku Lily Mencuci Pakaian..



Ni buku cerita 1st yang Adik habis baca sendiri.. 10 hari Adik ambik untuk habiskan baca.. Agak lama sebab buku ni ada 21 muka surat & tak ada color coded langsung.. Mama perasan Adik gune teknik Iqra' untuk baca buku tu.. Sehari 1-2 muka surat, ikut kelancaran baca.. Bezanya, tiap kali nak mula baca Adik akan baca balik dari muka surat 1.. Mama janji nak beli buku lain.. Ada 4 tajuk lagi under siri ni..




Quote of the Day ~ Good Morning!

Saturday, October 8, 2011

Friday, October 7, 2011

Thursday, October 6, 2011

Nak Bagi Nama Ape?

Adik: Kenape mama bagi nama Adik senang?
Mama: Hah?
Adik: Kenapa mama bagi Adik nama Nur Aqilah?
Mama: Nur Aqilah tu cahaya bijaksana/cerdik/pandai/cerdas
Adik: Kenapa tak bagi nama susah? Nur Aqilah Farzana ke?
Mama: Huh?
Adik: Nanti mama nak bagi nama ape?
Mama: Ehm? Name siape?
Adik: Baby dalam perut mama, mama nak bagi nama ape?
Mama: Huh..?! Mane ada baby
Adik: Bagi nama Nurhaliza nak? (soalan buat2 tak faham)

Ape-ape la Adik..

Tuesday, October 4, 2011

Ada yang Melihatmu

Coklat untuk Iman: Ada yang Melihatmu, Tajuk buku yang Mak Anje belikan untuk Kakak..


Harga: RM 13.00 / RM 15.00
ISBN-13: 978-967-366-088-9
Tarikh Terbit: 29 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 200
Kategori: Islam, Kanak-Kanak, Coklat untuk Iman
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Macam menarik.. Buku dengan 21 koleksi pelbagai cerita.. Setiap satu kisah mengandungi pemahaman mengenai ilmu fikah yang disampaikan secara santai dan jalan cerita yang menghiburkan. Melalui buku ini kita dapat belajar tentang:

• Kenapa kita perlu berwuduk?
• Keistimewaan solat subuh
• Syarat sah sembahyang
• Apa itu sujud sahwi?
• Mengapa telur ayam perlu dibasuh?
• Sayap lalat ada racun dan penawar

Tq Mak Anje!

Sakit Gigi!!

Sakitnye gigi!! (bukan gigi yang sakit sebenarnye, apsal tah orang kate sakit gigi..) Macam dah lama tak kene sakit gigi macam ni.. :(



Gigi bongsu punye pasal la ni.. Time2 sakit macam ni memang rasa confirm nak cabut je gigi ni.. Bile da hilang sakit nanti, mesti tak jadi nak cabut.. Lagi2 bile mengenangkan kos cabut je dalam 300 - 500 ringgit & sakit dalam 3-4 hari.. Harap-harap malam ni boleh tido, tak macam malam semalam..

Sunday, October 2, 2011

Buku Dwi-Bahasa

Masuk je kedai buku mama tanye Kakak "Nak buku cerite ke buku latihan..?" Spontan Kakak jawab"Buku cerita".. Mama kate "Kali ni kite beli buku english pulak nak..? Asyik buku citer melayu je.." Kakak diam tapi buat muke tak setuju..

Kakak terus pusing-pusing kedai, nak tengok buku-buku yang ada.. Tak lama Kakak datang dengan buku kat tangan.. "Beli yang ni je la.. Buku ni dwi-bahasa.. Atas Bahasa Melayu, bawah English..."


Menarik!!.. Dapat buku cerita dalam 2 bahasa.. Cume bile buku dwibahasa, ceritenye pendek skit dari buku-buku yang Kakak selalu baca (walaupun jumlah muka surat dalam 120 lebih sebuah..) So, malam belum habis, Kakak dah habis baca dua2 buku tu..

Saturday, October 1, 2011

Johnny English: Reborn

Tengok muvie Johnny English: Reborn pagi tadi.. Bess giller.. Gelak dari awal sampai akhir.. Lain skit dari lawak2 Mr. Bean yang biasa.. Banyak scene pecah perut, tp scene masa english bawak helicopter antara yang paling lawak.. Sakit2 perut mama gelak..

Wordless Saturday ~ Happy 8th Birthday Sayang