Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Friday, November 25, 2011

Sesi Sekolah 2011

Sesi persekolahan tahun 2011 da seminggu habis.. Skit update on perkembangan Kakak & Adik sepanjang sesi persekolahan 2011..

Kakak - Prestasi maintain sepanjang tahun untuk sekolah kebangsaan.. Dapat no 3, 4, 2 dan 3 untuk Peperiksaan Mac, Pertengahan tahun, Ogos dan Akhir tahun.. Peningkatan mendadak untuk sekolah KAFA, dari ranking pertengahan kelas lonjak naik ke no 1 keseluruhan darjah.. Kehadiran ke sekolah yang penuh dengan 1 hari MC sebab demam.. Tak penah nak ponteng walaupun kalau mama suruh ponteng.. Sepanjang tahun senang sangat nak suruh bangun pagi untuk bersiap ke sekolah.. Kakak dilantik jadi pengawas untuk sesi persekolah taun depan..


Adik - Sepanjang taun susah nak ke sekolah.. Hari terakhir ke sekolah masih menangis.. Tapi setiap kali balik sekolah mesti kate tak puas sekolah.. Hampir sepanjang tahun Adik pegi sekolah tak mandi.. Walaupun susah nak ke sekolah, Adik rajin buat ulangkaji kat rumah, Adik boleh mula membaca masuk separuh tahun persekolahan.. Habis taun, Adik dah nak habis Iqra' 3, Adik dah hafal beberapa surah lazim, bacaan2 dalam solat, 20 ayat pertama surah yassin, asma al husna dan beberapa doa2 asas.. Adik dapat kedudukan ke 4 dengan 3 subjek dengan markah 100..

Mama doa prestasi baik Adik & Kakak (kecuali bab Adik susah mandi pagi) kekal dan meningkant untuk tahun-tahun akan datang..


Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Malaya!!

Alhamdulillah, Malaysia Menang!! Nak jadi rezeki, kita menang dengan gol meniarap & bola golek masuk dalam gol.. Team Harimau Malaya memang hebat!! Sakit dada mama 3 jam tengok game tu.. Ni antara game yang boleh buat rasa nak nangis..

Malaysia menang bukan saje sebab players kite hebat & semangat kite kuat.. Kite menang untuk jadi pengajaran untuk negara jiran untuk ada rasa hormat dan tunjuk rasa hormat pada orang lain.. Bak kate jurulatih Ong Kim Swee "They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect our parents. iI you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them WHAT BEING MALAYSIAN IS ALL ABOUT.."

Tahnih Harimau Malaya!! Tahniah Malaysia.. :D

Monday, November 21, 2011

Good Luck Harimau Malaya!

Tak berape suke lagu ni.. Tapi share gak sempena game malam ni..



Harapnya menang paling-paling 2-0.. Bak kate lagu, "GOL pertama untuk negara, kedua untuk pingat.."

Gud Luck Harimau Malaya!!

Tuesday, November 15, 2011

Walau Masih Terlalu Awal

Adik dan Kakak, dua2 excited dengan berite kehamilan mama.. Walaupun masih terlalu awal.. Adik dah banyak tunjuk rasa kasih sayang berbanding Kakak.. Tiap malam Adik akan peluk perut mama.. Bercakap-cakap dengan baby.. Dialog standard adik biasanya mula dengan lirik lagu Justin Bieber "baby, baby, baby ohh!!" sebelum mule berborak2 "what are you doing baby.. Ni kak ngah.. bile nak keluar ni.. lama sangat la nak tunggu.."Ada satu malam, tengah baring peluk tengok tv, Adik selimutkan perut mama, Adik kate "Jangan alih tau, tu selimut untuk baby.." Caring giller Adik dengan baby dia yang masih beberapa mm panjang..

Kakak walau tak berapa tunjuk sangat, mama tau Kakak pon excited.. Kakak banyak tolong mama dengan kerja-kerja rumah (lagi2 masa bibik tak ada ni..) Kakak suka baca buku-buku kehamilan mama.. Kakak dah mula belek-belek pilih nama yang sesuai.. Masa belek2 nama la baru Kakak dan Adik tau makna nama masing-masing... Bangga Adik dengan makna nama dia Cahaya Kebijaksanaan & tergolek-golek Adik gelak bile tau makna nama Kakak Cahaya Pencinta.. Skali-skala, bile-bile datang perangai nakal dia, Adik akan panggil Kakak dengan panggilan Cahaya Pencinta sambil tergelak-gelak.. Bile dah banyak baca, banyak la info tambahan Kakak.. Kadang-kadang Kakak pesan "Mama jangan lupa sujud syukur dan solat hajat selalu tau..." dan "Mama kene ati-ati, sebab mengandung masa umur 30-an lebih berisiko dari mengandung masa umur 20-an.." dan "Mama kene tido dengan baring mengiring tau, tak boleh baring menelentang" dan "Mama boleh bau masakan ke? Bukan ke kalau mengandung tak bole bau, nanti muntah.." Kadang-kadang rasa Kakak jauh lebih matang berbanding umur..

Mama doa semoga kandungan kali ni membesar dengan sehat, sempurna dan mudah macam masa mengandungkan Kakak & Adik dulu..

Friday, November 4, 2011

Pengawas Percubaan

Dari 2 minggu lepas Kakak bagi tau Kakak terpilih jadi pengawas bercubaan.. Kakak kate "Kalau berjaya boleh jadi pengawas betul.." Berjaya tu.. Semalam dapat name kad pengawas percubaan.. Kakak kate "Kalau jadi pengawas perpustakaan lagi best.. Tiap bulan bole dapat majalah kuntum.." Rasa rugi besar la tu..

Pagi ni saja mama ajak Kakak bergambar, malas dia nak layan mama.. So dapatlah gambar dengan muke masam..

Harap-harap Girl

Sejak Adik tau mama pregnant, Adik slalu datang dekat, letak tangan kat perut dan kata "Harap-harapnye girl la.." Macam mane pujuk pon, Adik tetap nak girl gak.. Adik kate kalau baby boy nanti ganas, pukul-pukul Adik.. Baby girl sopan..

Kelmarin, Adik buat rutin Adik yang biasa.. Adik datang peluk mama, tangan kat perut & kata "Ya Allah, berkatilah rezeki yang kau beri kepada kami.. Berilah kami baby girl.." Terkejut mama dengar.. Pandai Adik berdoa.. Adik olah dari doa makan yang Adik selalu baca..