Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Tuesday, November 15, 2011

Walau Masih Terlalu Awal

Adik dan Kakak, dua2 excited dengan berite kehamilan mama.. Walaupun masih terlalu awal.. Adik dah banyak tunjuk rasa kasih sayang berbanding Kakak.. Tiap malam Adik akan peluk perut mama.. Bercakap-cakap dengan baby.. Dialog standard adik biasanya mula dengan lirik lagu Justin Bieber "baby, baby, baby ohh!!" sebelum mule berborak2 "what are you doing baby.. Ni kak ngah.. bile nak keluar ni.. lama sangat la nak tunggu.."Ada satu malam, tengah baring peluk tengok tv, Adik selimutkan perut mama, Adik kate "Jangan alih tau, tu selimut untuk baby.." Caring giller Adik dengan baby dia yang masih beberapa mm panjang..

Kakak walau tak berapa tunjuk sangat, mama tau Kakak pon excited.. Kakak banyak tolong mama dengan kerja-kerja rumah (lagi2 masa bibik tak ada ni..) Kakak suka baca buku-buku kehamilan mama.. Kakak dah mula belek-belek pilih nama yang sesuai.. Masa belek2 nama la baru Kakak dan Adik tau makna nama masing-masing... Bangga Adik dengan makna nama dia Cahaya Kebijaksanaan & tergolek-golek Adik gelak bile tau makna nama Kakak Cahaya Pencinta.. Skali-skala, bile-bile datang perangai nakal dia, Adik akan panggil Kakak dengan panggilan Cahaya Pencinta sambil tergelak-gelak.. Bile dah banyak baca, banyak la info tambahan Kakak.. Kadang-kadang Kakak pesan "Mama jangan lupa sujud syukur dan solat hajat selalu tau..." dan "Mama kene ati-ati, sebab mengandung masa umur 30-an lebih berisiko dari mengandung masa umur 20-an.." dan "Mama kene tido dengan baring mengiring tau, tak boleh baring menelentang" dan "Mama boleh bau masakan ke? Bukan ke kalau mengandung tak bole bau, nanti muntah.." Kadang-kadang rasa Kakak jauh lebih matang berbanding umur..

Mama doa semoga kandungan kali ni membesar dengan sehat, sempurna dan mudah macam masa mengandungkan Kakak & Adik dulu..

4 comments:

  1. wah.. dah preggy ke?
    tahniah! tahniah!
    untung dpt kakak2 yg caring cenggitu.
    moga akan kekal begitu wpun si adik sudah keluar melihat dunia.. ;)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. yg dinanti telah muncul. semoga baby dalam kandungan sihat dan selamat hingga ke bersalin nanti.. take care!

    ReplyDelete
  3. thks malini..! kitorg 1 fam sgt2 bersyukur & excited.. lg2 bil dr penah kate kebarangkalian untuk ktorg dapat anak lagi sgt nipis.. hope semua lancar..

    ReplyDelete