Kebetulan balik kampung PD, ayah bawak jalan2 ke pantai Teluk Kemang Port Dickson.. Just nak tunjuk2 pantai kat Haziq (tunjuk je.. pasir pon tak kasih sentuh) dan bawak Adik Kakak jalan2.. Ramai betul orang sebab kebetulan ada Kids Wet and Fun Festival tengah berlangsung kat dataran tu.. So dapatlah budak-budak rasa naik kereta kuda & main castle udara.. Bayar RM5 untuk main 3 jenis castle udara selama 30 minit.. Tapi kurang 5 minit sebelum cukup masa budak-budak dah berenti main sebab kepenatan.. Mana tak nyer.. Panjat turun panjat turun je keje nyer :p
Quote of the Day..
Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith
Pages
Thursday, May 30, 2013
Aktiviti Cuti Sekolah #1
Aktiviti hari pertama cuti sekolah, semua ikut mama ke PPAS Bandar Baru Bangi untuk join kelas SSE dalam event Tateh Play and Learn Class.. Kakak dan Adik malu-malu je sebab majoriti yang datang budak-budak yang kecik.. ;p
Berminat.. Tapi ;p
Masa tengah nak bayar untuk isi minyak tengahari tadi, adik kat kaunter tu tanye "Akak tak minat nak ambik offer ni ke..? Isi minyak RM70 dapat bende ni free.." Dengan spontan mama jawab "Minat gak, tapi.. Tangki kereta akak muat untuk isi minyak RM50 je.." kuikuikui...
Friday, May 24, 2013
Boleh Ke?
Dalam kereta tak ingat nak ke mana, Adik mula berceloteh macam biasa.. Banyak cerita yang Adik bebelkan.. Yang lawak bila Adik cerita "Kawan Adik yang sebaya dengan Adik ade adik yang lebih kecik dari Haziq.. Tapi kan.. Mak dia tengah mengandung baby lain sekarang.. Boleh ke..?" Mama jawab "Boleh la.." Spontan Adik kate "Macam tu mama mengandunglah baby lain sekarang.." Mmmm...
Thursday, May 16, 2013
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru untuk semua pendidik anak bangsa.. Teruskan usaha untuk menjadi pendidik yang awesome.. :)
Wednesday, May 15, 2013
Program Cuti Sekolah May/June 2013
Untuk mana-mana parents sekitar kawasan Bandar Baru Bangi yang berminat untuk cari program cuti sekolah untuk anak-anak, Pusat Perkembangan Minda Letzop Sesame Street English ada menganjurkan Program Cuti Sekolah Sesame Street English (SSE). SSE merupakan program Bahasa Inggeris yang lengkap untuk kanak-kanak berusia dari 3 hingga ke 12 tahun. Program SSE ialah sebuah program yang telah diinspirasikan oleh Sesame Workshop yang juga merupakan pencipta rancangan televisyen kanak-kanak yang terkenal iaitu Sesame Street.
Contact us for details about the programme and discounts!
LetzHop™ Sesame Street English Learning Centre
(Bandar Baru Bangi branch)
No. 48-1, Jalan 7/7B, Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 8920 2832
Email: bbb@letzhop.com
Website: www.letzhop.com/sse
FB page: www.facebook.com/LetzHop
LetzHop™ Sesame Street English Learning Centre
(Bandar Baru Bangi branch)
No. 48-1, Jalan 7/7B, Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 8920 2832
Email: bbb@letzhop.com
Website: www.letzhop.com/sse
FB page: www.facebook.com/LetzHop
Tuesday, May 14, 2013
Hari Ibu
Hadiah hari ibu daripada Kakak, Adik dan Haziq.. Kate Kakak hadiah ni beli kat kedai buku sekolah dengan hasip kutipan dari semua.. RM2 daripada Kakak & Adik dan RM1 daripada Haziq.. Dua tiga hari sebelum hari ibu lagi Adik dah hint2 ada hadiah untuk Mama.. Ini first time Adik dapat simpan rahsia sampai ke hari kejadian.. Tu pon lepas kene jegil2 mata dengan Kakak tiap kali Adik nak terbocor rahsia.. Malam sebelun hari ibu Adik & Kakak sibuk dok kate esok mama tak payah buat ape2.. Biar Adik cibuk Haziq.. Kakak mandikan Haziq.. Tapi cakap je la.. Buatnye idok.. Tp at least ade niat..
Saturday, May 11, 2013
Cara jimat #1
Salah satu cara nak berjimat adalah dengan kurangkan jalan-jalan keluar kosong.. Bukan kate tak yah bawak anak2 jalan.. Tapi jangan biasakan anak2 untuk keluar berjalan tiap kali hari cuti..Aktiviti dengan anak2 bukan hanya bawak berjalan.. Latih anak2 untuk rasa seronok di rumah.. Buat aktiviti yang menyeronokkan tiap kali ada di rumah.. Aktiviti di rumah termasuklah sebarang aktiviti kat luar rumah seperti main di taman berdekatan atau pusing taman dengan basikal.. Bile hari anak2 penuh dengan aktiviti, drg tak kan rasa bosan dan tak kan merungut untuk dibawa jalan2.. Walau hanya keluar window shopping sekali pon, tetap ada duit keluar.. Cth kos minyak.. Tol.. Makan tengahari.. Makan jajan.. Belum lagi bile anak2 ternampak bende dan minta untuk dibelikan..
Ni antara aktiviti Adik, Kakak dan Haziq masa duduk rumah cuti Hari Pekerja hari tu.. Baring2 bergurau atas katil pon dah cukup untuk buat bdk2 seronok.. :)
Aktiviti Masa Cuti |
Subscribe to:
Posts (Atom)