Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Wednesday, January 20, 2010

Kronologi

Pandangan ke atas kehamilan dan kelahiran bertukar selepas mendengar penerangan Dr Faz mengenai keadaan tiub fallopio yang baru dibuang dan risiko 50% untuk kehamilan luar rahim berulang pada kehamilan yang berikutnya. Bila direnung kembali, banyak petanda-petanda akan terjadinya kehamilan luar rahim yang dipandang sebelah mata sejak 2 minggu yang lepas, antaranya:

  • Kadang-kadang berasa sangat lemah dan pening (bermula seminggu sebelum ujian kehamilan yang pertama)
  • Keputusan faint line pada ujian kehamilan disebabkan bacaan hCG yang rendah (3 ujian kehamilan dalam tempoh 7 hari)
  • Pendarahan (bermula dari 06/01/2010 sehingga 15/01/2010)
  • Sakit mencucuk pada bahagian perut (09/01/2010)
  • Ujian ultasound scan yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kehamilan (ujian pada 11/01/2010)
  • Kenaikan bacaan hCG yang rendah (ujian darah pada 11/01/2010 dan 13/01/2010)
  • Cramping pain pada bahagian bawah perut (14/01/2010 dan 15/01/2010)

Semua tanda-tanda, walaupun mengarah ke kemungkinan berlakunya kehamilan luar rahim, kepala lebih terarah kepada kemungkinan non-viable pregnancy yang membawa kepada keguguran, cuma kerana peratusan berlakunya keguguran adalah 15-20% manakala peratusan untuk berlakunya kehamilan luar rahim yang tidak sampai 2% atau lebih tepat, 1 dari 60 kehamilan. Kronologi ringkas untuk ingatan..

04/01/2010 (Isnin)
Buat ujian kehamilan untuk kali pertama dengan kit Ujian Kehamilan(1) yang dah berbulan-bulan tersimpan dalam laci. Dalam hati confident untuk dapat keputusan positif walaupun period baru 4 hari lewat, berdasarkan kitaran haid yang tak pernah lewat dan selalu konsisten. Seperti yang dijangka & diharap, keputusan menunjukkan 2 garisan yang boleh dikira sebagai positif. Hati gembira sebab berjaya mengandung setelah berbulan-bulan mengharap.

06/01/2010 (Rabu)
Pendarahan atau spotting dikesan sebaik sebelum gerak balik dari ofis. Memandangkan hari masih awal, singgah ke klinik untuk mendapatkan pendapat Doktor, walaupun hati tak berapa risau sebab kejadian spotting memang penah berlaku semasa mengandungkan kakak dulu. Berdasarkan gambar keputusan ujian kehamilan yang ditunjuk kepada Doktor, Doktor berpendapat, keputusan ujian tidak boleh dikira sebagai positif memandangkan 2 garisan yang ada adalah garisan kabur atau faint line(2). Balik dengan rasa pendapat Doktor tadi silap sebab semua petanda-petanda kehamilan yang memang da ada sejak seminggu yang lepas.

07/01/2010 (Khamis)
Pendarahan atau spotting terus berlaku, tapi dengan kadar yang sikit. Dengan pengalaman yang terhad, Google Search menjadi tempat rujukan. Berbagai-bagai andaian yang bermain dalam kepala berdasarkan research yang tak seberapa. Apa yang difaham, pendarahan boleh sering berlaku semasa trimester yang pertama dan mungkin bukan tanda-tanda masalah. Antara sebab-sebab boleh berlakunya pendarahan adalah:

  • Implantation Bleeding(3)
  • Keguguran(4)
  • Ectopic pregnancy(5) atau kehamilan luar rahim
  • Molar pregnancy

08/01/2010 (Jumaat)
Buat ujian kehamilan untuk kali kedua. Keputusan seperti ujian yang pertama dengan 2 garisan kabur. Tapi hati tetap gembira. Tak mungkin false positive berlaku dua kali, dengan 2 kit ujian kehamilan yang berlainan jenama.

09/01/2010 (Sabtu)
Sakit pada perut sebelah kanan seperti dicucuk-cucuk dari pagi hingga ke tengahari. Cadang untuk ke klinik tapi tak jadi sebab klinik O&G di kedua-dua Az-Zaharah & An-Nur tutup pada hujung minggu. Niat untuk pergi pada hari isnin.

10/01/2010 (Ahad)
Pendarahan atau spotting terus berlaku tanpa rasa sakit perut.

11/01/2010 (Isnin)
Cuba untuk membuat temujanji dengan doktor di Az-Zaharah & An-Nur, tapi tak berjaya disebabkan temujanji yang sudah penuh. Pergi ke Klinik Mesra untuk mendapatkan pendapat Dr Rahaya. Buat ultrasound scan yang tidak menampakkan sebarang tanda-tanda kehamilan dan ujian kehamilan kali ketiga dengan ujian keputusan ujian yang sama, 2 garisan kabur. Dr Rahaya menerangkan tentang keberangkalian berlakunya non-viable pregnancy. Dr Rahaya mencadangkan ujian darah dibuat untuk mendapatkan gambaran lebih jelas dengan mendapat bacaan hCG yang lebih tepat.

12/01/2010 (Selasa)
Mendapat panggilan dari Klinik Mesra memaklumkan keputusan ujian darah. Seperti yang dijangka, positif mengandung dengan bacaan hCG 750, jangkaan kehamilan dalam 3-4 minggu. 1-2 minggu lewat jika dibanding dengan usia kandungan jika dikira dari tarikh hari pertama period yang terakhir. Bacaan hCG yang rendah(6) memberi andaian keguguran mungkin berlaku. Klinik mencadangkan ujian darah kedua dibuat pada esok hari untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat berhubung keadaan kandungan.

13/01/2010 (Rabu)
Membuat ujian darah kali kedua dan pada masa yang sama mengambil salinan keputusan ujian yang pertama. Dalam kepala merancang-rancang untuk membawa keputusan kedua-dua ujian darah pada temujanji dengan Doktor Faz di Az-Zaharah bila-bila dirasakan perlu. Hari berlalu dengan emosi yang turun naik. Terfikir-fikir keputusan yang akan diterima esok harinya. Air mata seperti tak tertahan-tahan semasa menunaikan solat asar. Terus mengambil buku kehamilan untuk membaca Surah Maryam. Mujib dengan nada jenaka menegur “kenapa mama baca Surah Maryam, baca la Surah Luqman untuk dapat baby lelaki”. Air mata terus mengalir, dalam kepala, lelaki atau perempuan tak penting dalam keadaan sekarang. Selesai solat maghrib berjemaah, sekali lagi air mata mengalir deras, lebih-lebih lagi bila sampai bahagian “peliharalah bayi yang berada di dalam perut isteriku”. Hati terdetik, sempatkah lagi untuk berdoa.

14/01/2010 (Khamis)
Telefon Klinik Mesra untuk mengetahui keputusan ujian darah kedua. Dalam kepala, bacaan mesti lebih rendah dari ujian pertama sebab kebarangkalian keguguran berlaku memang sedia bermain dalam kepala. Pendarahan dengan warna lebih merah dan penyusutan tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan mengidam seperti menyokong idea kebarangkalian keguguran berlaku. Namun, keputusan yang didapati tidak seperti yang dijangka. Bacaan hCG meningkat, tapi bukan pada kadar yang sepatutnya, iaitu dua kali ganda dalam tempoh 48 jam. Bacaan kedua menunjukkan bacaan hCG cuma 950. Pesanan Doktor supaya jangan berharap sangat seperti menyokong lagi pendapat keguguran akan berlaku. Minta klinik menghantar salinan keputusan melalui faks ke pejabat untuk tujuan rujukan.

Tidak selesa dengan keputusan yang diterima, terus buat temujanji dengan Doktor Faz di Az-Zaharah. Memandangkan pendarahan yang sikit dengan tanpa sebarang sakit, temujanji dibuat pada 23/01/2010, dengan harapan ada perkembangan positif untuk tempoh 1 minggu akan datang.

Sakit seperti kontraksi mula berlaku jam 9 malam, sebaik lepas makan malam. Sakit datang dan pergi betul-betul macam orang yang nak bersalin tapi dengan perut yang kecil. Kepala berpeluh-peluh menahan sakit, dengan harapan sakit berhenti sementara menunggu hari siang. Dengan yakin sms ke tiah, tentang kemungkinan keguguran tengah berlaku.

15/01/2010 (Jumaat)
Bersiap-siap untuk ke klinik dengan sakit yang sudah beransur kurang. Dalam kepala mengarang-ngarang apa yang perlu dicerita kepada Doktor dengan salinan 2 ujian darah yang ada. Sakit kontraksi seperti malam sebelumnya tiba-tiba datang sebaik kaki nak melangkah keluar. Mujur tiah datang untuk menghantar ke klinik, walaupun beberapa kali berkeras, boleh ke klinik sendiri hanya untuk pemeriksaan dan mengambil ubat. Bersyukur tak perlu bawa kereta dengan menahan sakit.

Dalam perjalanan berfikir-fikir kebarangkalian yang mungkin berlaku. Mungkin Doktor Cuma akan bagi ubat tahan sakit atau meminta datang semula sebaik pendarahan berhenti. Sempat mengira-ngira duit yang ada untuk membayar duit yang cukup-cukup kalau hanya untuk pemeriksaaan Doktor Pakar dan ubat, serta menyusun-nyusun kad insuran yang mungkin boleh diguna kalau-kalau benda lain yang berlaku.

8.50pg – mendaftar di kaunter untuk jumpa Doktor Faz tanpa sebarang temujanji. Staff nurse minta untuk tunggu sehingga pesakit dengan temujanji selesai.

10pg – masih menunggu dengan harapan boleh diselit-selit antara pesakit yang datang dengan temujanji. Badan mula berpeluh-peluh menahan sakit yang semakin kuat dan kerap. Tiah bangun tanya di kaunter sama ada lambat lagi atau tak. Tak lama, staff nurse datang memberitahu, giliran kami selepas pesakit dalam bilik keluar. Lega mendengar.

Tiba giliran berjumpa Doktor. Dengan terbongkok-bongkok jalan ke bilik doktor dengan harapan tidak terlalu kelihatan poyo. Dengan rasa nak menangis sebab menahan sakit, ayat yang dikarang di dalam kepala tak keluar seperti yang dirancang. Dengan penerangan yang merapu-rapu dan 2 salinan keputusan ujian darah, Doktor berpendapat sakit yang ada bukan sebab keguguran, sebaliknya simptom kandungan luar rahim. Doktor menegaskan, keguguran tidak akan memberikan bacaan hCG yang meningkat. Doktor mengesahkan dengan melakukan ujian ultrasound scan dan transvaginal scan.

Ujian menunjukkan rahim yang kosong dengan kehadiran fluid di luar rahim. Doktor mengandaikan sakit yang berlaku malam semalam disebabkan rupture pada tiub fallopia. Dr menerangkan tentang prosedur Salpingectomy7 yang perlu dilakukan dengan 2 pilihan yang ada:

  • Laparotomy – Open operation dengan luka lebih besar.
  • Laparoscopic – Operation dengan luka lebih kecil dan Dr Faz tak mempunyai kemahiran lengkap dan perlu dirujuk ke Klinik An-Nur sekiranya mahu.

Dengan air mata yang mengalir dan keputusan yang perlu dibuat sendiri, bersetuju untuk melakukan open operation. Dr Faz terus menempah bilik operation dengan anggaran kurang dari setengah jam untuk operation bermula. Panik dengan apa yang bakal berlaku, cuma sempat untuk menelefon mujib memberitahu rancangan yang telah dibuat…

(1)Kit Ujian kehamilan
Kit ujian kehamilan menentukan kehamilan dengan mengesan kehadiran hormon hCG (Human Chorionic Gonadotropin) di dalam air kencing. Secara teknikal, hCG merupakan hormon glycoprotien yang dihasilkan oleh placenta sebaik sahaja fertilized egg implanted pada uterine lining. Kehadiran hCG boleh dikesan sebaik sahaja selepas conception dan kehadirannya akan meningkat sepanjang tempoh tumbesaran fetal. Untuk kebanyakan kit kehamilan, tempoh reaksi (reaction time) adalah di antara 5 hingga 10 minit. Namun, keputusan juga boleh dibaca lebih awal dari 5 minit.

(2)Garisan Kabur pada kit ujian kehamilan (faint line)
Pada kebiasaannya, garisan kabur pada kit ujian kehamilan adalah petanda kepada keputusan positif, dengan syarat ujian dilakukan dengan prosedur yang betul dan keputusan dibaca dalam tempoh masa ujian yang sepatutnya (kebiasaanya 5 hingga 10 minit).

Namun, sekiranya keputusan tidak diambil dalam tempoh klinikal yang sepatutnya, garisan kabur boleh dianggap sebagai Garisan Meruap (Evaporation Line). Evaporation Line adalah garisan yang terbentuk apabila air kencing pada kit ujian mengering dan meninggalkan garisan kabur yang tidar bewarna.

Antara perkara-perkara yang menyebabkan Faint line:

  • Ujian dilakukan terlalu cepat – Sekiranya ujian dilakukan terlalu cepat, kehadiran hCG mungkin tidak mencukupi untuk dikesan oleh kit ujian.
  • Salah kiraan pada jangkaan tarikh period
  • Kit ujian dengan kepekaan rendah – Kit ujian yang berlainan mempunyai tahap kepekaan kepada hCG yang berbeza, dari 20MIU hingga 100MIU atau lebih. Kit dengan tahap kepekaan 20MIU akan menunjukkan faint line sekiranya tahap hCG yang hadir adalah 20MIU atau mungkin juga menunjukkan keputusan negatif.
  • Air kencing cair – Air kencing boleh menjadi cair disebabkan kekerapan membuang air kecil atau pengambilan air yang banyak.
  • Kehamilan kimia (chemical pregnancy) – Kadangkala kehamilan yang dikesan awal mungkin diikuti dengan keputusan negatif. Kehamilan kimia berlaku semasa implantation berlaku (hCG terhasil untuk tempoh masa yang singkat) dan diikuti dengan keguguran (kebiasaanya, sebelum sebarang simptom-simtopm kehamilan dikesan)
  • Evaporation lines – Garisan yang terbentuk apabila air kencing pada kit ujian mengering dan meninggalkan garisan kabur yang tidar bewarna
  • Pengambilan ubat – Pengambilan sesetengah ubat seperti thorazine dan ubat-ubat fertility yang mengandungi hCG mungkin memberikan keputusan positif palsu (false positive) atau faint line

(3)Implantation Bleeding
Implantation bleeding berlaku apabila fertilized egg implant pada lining uterus. Disebabkan lining uterus terbentuk dari darah, kemungkinan untuk sesetengah wanita mengalami pendarahan. Implantation bleeding berlaku beberapa hari sebelum period dan sering disalah anggap dengan spotting yang berlaku pada permulaan kedatangan period. Pendarahan yang berlaku tidak seperti kedatangan period. Ia mungkin sedikit darah atau spotting yang bewarna kemerah-merahan atau keperangan.

(4)Keguguran
Pendarahan boleh dianggap sebagai tanda kepada keguguran, walaupun keguguran tidak semestinya berlaku. Kajian menunjukkan 20-30% wanita mengalami pendarahan pada awal kehamilan. Kira-kira 50% daripada wanita mengandung yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Dan kira 15-20% wanita mengandung mengalami keguguran dengan majoriti keguguran berlaku pada 12 minggu terawal. Antara tanda-tanda keguguran adalah:

  • Pendarahan
  • Cramping pain pada bahagian bawah perut (lebig kuat dari menstrual cramps)
  • Tissue passing through the vagina

Kebanyakan keguguran tidak dapat dihalang. Ia adalah cara badan manusia berurusan dengan kandungan yang tidak sihat.

(5)Kehamilan Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)
Kehamilan luar rahim adalah kehamilan yang berlaku di luar uterus. Majoriti kehamilan luar rahim berlaku pada tiub fallopio (fallopian tube). Kehamilan luar rahim jarang berlaku jika dibandingkan dengan keguguran, iaitu 1 dari 60 kehamilan. Antara tanda-tanda kehamilan luar rahim:

  • Cramping pain pada bahagian bawah perut (lebih kuat dari menstrual cramps)
  • Sakit mencucuk pada bahagian perut
  • Bacaan hCG yang rendah
  • Pendarahan
  • Lemah, pening atau berasa pitam

Wanita yang berisiko untuk mengalami kehamilan luar rahim adalah wanita dengan:

  • Berumur 35 – 44 tahun
  • Jangkitan pada tiub
  • Sejarah kehamilan luar rahim
  • Sejarah pembedahan pelvik atau perut
  • Have Pelvic Inflammatory Disease (PID)
  • Have had several induced abortions
  • Women who get pregnant after having a tubal ligation or while an IUD is in place

(6)Bacaan hCG yang rendah
Bacaan hCG yang rendah boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan perlu dipantau dengan melakukan ujian semula dalam tempoh 48-72 jam. Bacaaan hCG yang rendah mungkin disebabkan oleh:

  • Salah kiraan pada jangkaan tarikh period
  • Kemungkinan keguguran atau blighted ovum
  • Ectopic pregnancy

(7)Salpingectomy
Prosedur yang melibatkan removal satu atau kedua-dua tiub fallopio.

14 comments:

  1. enty kali ni..walaupun byk medical term...aku hampir menitiskan air mata...sgt sedih...nway...semoga menjadi panduan utk ibu2 mngandung di luar sana...n u my fren...take care n smile always...

    ReplyDelete
  2. Bagus sekali anak ayah tulis hal ini. Sekurang-kurang ia amat berguna untuk ibu-ibu muda yang akan mengandung. Teruskan menulis.

    ReplyDelete
  3. very informative...saya jadikan panduan apa yg sedang saya lalui.

    ReplyDelete
  4. bagus la kalau apa yang mama tulis dapat dimanfaatkan oleh orang lain..

    ReplyDelete
  5. very useful.actually im in this situation.risau yg amat.

    ReplyDelete
  6. elok la kalu post ni dapat bg manfaat kat orang lain..

    ReplyDelete
  7. Saya dah 5hr cramping bahagian bawah perut. Selalunya sakit datang semasa tidur (berpeluh2 tahan skt, kadang2 smpai menangis). Period sepatutnya 29/10/13. Tp period sy cycle paling lama 35hr tu pon penah sekali terjadi. Yg lain antara 27-31 hr. Sudah pergi jumpa doc and she said that is an early sign of pregnancy because i dont feel any pain when she put pressure on my lower abdomen. Tp bila baca entry ni sy jd risau kalo keguguran/ectopic pregnancy. UPT result on 31/09/2013 showed faint line. (Was done by the doc at the clinic)

    ReplyDelete
  8. Saya pernah alami situasi sebelum keguguran & lakukan ujian darah. Bacaan upt sangat kabur , 2 line dan ade yg diuji hanya 1 line..bermaksud negatif. Pergi ke klinik dan scan..tiada tanda @ tiada imej yg dikesan...tp dlm ms yg sama telah brlaku bleeding mcm period. Ujian drh dilakukan..bacan hcg 295..namun sehari slps itu bacaan semakin menurun ke 265.. tidak sedar telah mengandung krn dlm ms yg sama..saya dtg period.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tkut keadaan saya sama seperti keadaan puan. tp keadaan sy lebih membingungkan . hurmm sy doakan yg terbaik utk puan. inshaallah

      Delete
  9. Assalam,
    Terima kasih untuk perkongsian ini.

    Saya pernah mengalami ectopic pregnancy tahun lepas.

    Saya sekarang tengah pregnant by right 6 minggu. Buat B-HCG :

    1-224-26/9
    2-449-28/9
    3-399-1/1-224-26/9
    2-449-28/9
    3-399-1/11-224-26/9
    2-449-28/9
    3-399-1/10
    Result ke-3 drop dan Dr suruh buat test ke-4. Simtom ectopic takda sebab kalau ectopic akan rasa sakit perut. Until now tetek masih sakit dan masih berharap positive prgnancy happening to me. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum.. saya di sahkan mengandung 5 minggu pada tarikh 22/12/2015, setelah kelewatan dtg bulan selama 9 hari. line agak kabur bila buatr UPT di klinik pakar ibu dan anak. doctor scan dan nmpk ada kantung. masih kecil. tp anehnya, keesokan harinya, darah mula keluar. darah agak cair, warna pucat. segera ke klinik itu semula, doctor bg ubat kuat rahim. esoknya pula darah makin banyak, seakan period tp tak ada pula tnda seperti darah period. terus ke HUKM, bila buat UPT smla dan scan luar dan dlm, amik darah, doctor pakar skit puan sahkan sy tidak mengandung. ini cuma period yug agak lewat dtg dri kebiasaan. sy agak bingung. adakah sy dh pun mengalami keguguran atau sy maih hamil atau ?? hari ni (26/12/2015) sy akan ke klinik pakar ibu dan anak itu smla utk double checking keadaan sy. bingung sgt. sedih pun ada. allah benar2 menduga kami. :(

    ReplyDelete
  11. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

    Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .💪🏼

    Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    *Skg sudah sembuh dr kanser.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    *Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    *En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼

    *NOTE* :

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete