Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Saturday, July 9, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Tapi Bahaya La..

Hari Ahad lepas Adik & Kakak dapat jemputan Birthday Party jiran satu taman.. Dari hari Sabtu mama dah ingatkan.. Sampai harinya, mama dok leka update stok Tenun Kapas, Adik datang..

Adik: Jemputan Adik pukul 2 kan?
Mama: Ha'ah..
Adik: Sekarang la kan..? (sambil tunjuk jam tangan)
Mama: Oh ye la..
Adik: Dah boleh pegi ke..?
Mama: Bole lah.. Pegi siap2..
Adik: Adik dengan Kakak je ke..?
Mama: Ha'ah..
Adik: Mama tak pegi..?
Mama: Tak la..
Adik: Sebab jemputan untuk Nurul & Aqilah je..?
Mama: Ha'ah la.. Ni majlis budak2 je..
Adik: Tapi Adik takut la..
Mama: Kenapa pulak takut?
Adik: Kan bahaya kalau pegi dua orang je..
Mama: Kenapa plak bahaya?
Adik: Nanti kene culik macam mane..?
Mama: Ape lak kene culik ni.. Kan RUMAH SEBELAH JE.. Nanti mama tengok kat pagar..

1st time pegi party berdua.. Alhamdulillah, pandai Kakak pandai urus Adik.. Dua2 balik seronok sebab bear A&W datang & buat banyak game..


(gambar dari google)


Adik Boleh Baca

Adik dah mula pandai baca.. Tapi untuk eja perkataan yang pendek-pendek.. Sebagai hadiah, Mama belikan buku baru untuk Adik.. Buku "100 perkataan baru - peralatan rumah" Malam tadi tengah mama layan tengok tv, Adik sibuk berlatih mengeja.. Macam biasa, Adik akan baca sekuat hati biar semua orang dengar & puji.. Sampai satu bahagian, Adik eja..

"KE-RU-SI.. KERUSI.. GO-YANG.. BERGOYANG.. KERUSI BERGOYANG.."

Macam pelik je bunyi.. Mama tanye "Betul ke tu? Bak Mama tengok.."

"Betul la.." jawab Adik..

"Ini Kerusi Goyang, bukan bergoyang.." Mama terang..

"Betul la.. Atuk yang ajar.. Kerusi Bergoyang Atuk kate.." kate Adik

"Atuk mane ni..?" Macam pelik, bile la plak Atuk ajar, mama baru je beli buku ni..

"Atuk baru la.. Atuk yang kate Kerusi Bergoyang.." Huhu.. ni mesti masa Atuk Kajang singgah makan tengahari hari aritu.. Atuk la yang kene betulkan balik ni..

Gambar dari Google

Sunday, July 3, 2011

T-Shirt Muslimah @ Tenun Kapas

Koleksi T-Shirt Muslimah terbaru (dewasa & kanak-kanak) di Kedai Online Tenun Kapas.. Jemput-jemputlah cuci-cuci mata..



Saturday, July 2, 2011

Friday, July 1, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan

Balik dari ofis kelmarin, Kakak kate ada surat dari sekolah.. Macam biasa, Kakak lebey suka bacakan isi surat daripada bagi mama baca sendiri.. Dengan gaya seorang pembaca berita, Kakak kate..

"Sukacitanya dimaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan. Sehubungan dengan itu pihak sekolah menjemput tuan puan untuk menyertai Larian Serentak tersebut"

Kakak terdiam sekejap sebelum Kakak kate..

"Kakak rasa mama tak payahlah.. Mama mesti tak larat nak lari nyer.."

Huhu.. Kejamnye statement selamba kamu itew... (walaupun memang betul pon..)

Dalam Mihrab Cinta

Layan lagu lagi..




Demi cinta ku pergi
Tinggalkanmu relakanmu
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya

Karena cinta ku ikhlaskan
Segalanya kepadanya
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

repeat reff [2x]

Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga


Judul Lagu : Dalam Mihrab Cinta
Penyanyi : Afgan
Pencipta : Bebi Romeo
Album : OST Dalam Mihrab Cinta