Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Wednesday, February 3, 2010

Mama Tak Adil

Beberapa malam lepas, selepas mama ajak kakak dan adik untuk naik atas dan tidur, adik dengan suara yang kuat terus menetapkan syarat untuk mama peluk dan tepuk adik sampai adik tidur.. Dalam erti kata lain, kedua-dua tangan mama mesti pada adik.. Mama tahu adik sengaja cakap kuat-kuat untuk sakitkan hati kaki..

Kakak tiba-tiba dengan nada sayu cakap "Kakak sunyi la".. Mama tahu kakak dah lama pendam.. Tiap malam, adik mesti nak sepenuh tumpuan dekat adik sorang.. Muka tak puas hati kakak memang senang untuk mama baca tiap kali ada benda yang kakak tak setuju.. Cuma malam itu kakak dah tak nak pendam dan pilih untuk luahkan.. Mama terang, mama malas nak dengar adik mengamuk dan mama akan peluk kakak bila adik dah terlena.. Tapi tiap malam memang kakak yang akan tertidur dulu.. Jadi kakak memang tak akan perasan, yang mama pun ada peluk kakak..

Sejak akhir-akhir ni, kakak memang selalu memberontak.. Kakak kata mama tak adil.. Selalu menangkan adik.. Memang betul kata kakak.. Mama ambik cara mudah untuk selesaikan pergaduhan dengan menangkan adik.. Sebab adik memang tak kan berhenti mengamuk kalau adik tak menang.. Kakak kata adik buat-buat nangis.. Mama memang sedia tahu.. Kalau tak, macam mana dari tengah menangis sekuat hati, adik boleh senyap tiap kali adik menang.. Memang adik buat-buat, bukan mama tak tahu.. Tapi kakak ingat mama tak perasan..

Malam tadi kakak buat lukisan untuk mama.. Gambar budak perempuan tersenyum dengan air mata mengalir di pipi dan ditanda pangkah pada bahagian muka.. Kakak tulis "No Adik" pada bahagian kiri dan "Sebab adik selalu dapat puji" sebelah kanan.. Mama faham, muka budak perempuan tersenyum sambil menangis tu gambar adik.. Menunjukkan yang tangisan adik selama ni pura-pura saja.. Kebetulan masa kakak bagi lukisan itu, adik tengah tidur dengan kepala berpangku pada peha mama.. Kakak serah lukisan dengan muka kakak sedih sambil pesan untuk mama baca apa yang ditulis..

Lepas ni mama akan cuba untuk lebih adil.. Tak tau kenapa, mama lebih senang untuk marah kakak berbanding adik.. Sedangkan mama tahu, "si nakal mama" yang sebenarnya adalah A.D.I.K...

5 comments:

  1. sedih nye baca...mama kna wat sumthg...takut perasaan kakak tu bawa sampai ke besar...tp MMJ pun tader idea mcm mana na berlaku adil...sbb cara didikan "yg besar mngalah" tu mmg mak2 kita guna..n cara itulah yg kita apply bila mendidik anak2....

    ReplyDelete
  2. kesiannye kakak.. nk tgk lukisan tuh.. ltk lah dkt galeri seni nurul..

    ReplyDelete
  3. bila baca topik ni, aku pn mcm trsedar..azreen slalu je merungut pd aku sbb asyik dia ja mengalah..tp aku slalu guna ayat dia kakak so kena beralah..tp smpai bila adik akan menang? kdg2 aku rasa adlyn mungkin dgn sengaja (kalo dia cam malas2) akan bg alasan kalo aku suruh wat apa2, sbb dia tau kakak yg akan kena wat nnti..mmm..aku pn kena selesaikan perkara ni..

    ReplyDelete
  4. matangnya cara kakak luahkan rasa hati melalui lukisan :)

    ReplyDelete
  5. mama yang memiliki 2 cahayamata perempuan, memang akan selalu mengalami situasi spt ini agaknya..... :)

    ReplyDelete