Hari ni cukup setahun.. Bukan tarikh yang patut diingat, tapi mama masih belum boleh lupa.. Asal teringat, mama sedey.. Asal sedey, mama rasa bersalah..
- Rasa bersalah sebab kate orang, selagi ada rasa sedey, selagi tu kita belum redha (sedangkan mama dah lama redha..)
- Rasa bersalah sebab bersedey sedangkan ramai lagi orang lain yang diuji dengan bende yang lebih berat..
- Rasa bersalah sebab bersedey seperti tak cukup bersyukur dengan semua bende hebat yang mama ada..
- Rasa bersalah sebab mama tau semua yang berlaku adalah ketentuan Allah..
Wahai jiwa, tolonglah jangan bersedih..
Percayalah pada ketentuan qada’ dan qadarnya..
Pasti akan ada hikmah yang tersembunyi..
Wahai jiwa, tolonglah jangan bersedih
Kerana bersedih hanya membuatkanmu dinodai Syaitan
Wahai jiwa, tolonglah janganlah bersedih..
Kerana bersamamu ialah Allah...
Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya..
Janganlah bersedih! Anggaplah semua itu sudah ditentukan olehNya.... teruslah berdoa agar kita akan memperoleh apa yang dihajatkan.Mama pun terus berdoa agar penggantinya kan tiba jua...
ReplyDeletesetiap yg berlaku, pasti ada hikmah tersembunyi....
ReplyDeletemama - tq.. mmg tak nak bersedih & akan terus berdoa :)
ReplyDeletenurul - pasti.. perancangan Allah adalah yg terbaik..