Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Thursday, November 21, 2013

Program Cuti Sekolah Dec 2013

Seperti biasa, bersempena dengan cuti sekolah, Pusat Perkembangan Minda Letzhop akan menganjurkan Program Cuti Sekolah Sesame Street English bagi kanak-kanak berumur 4-12 tahun. Program yang diberi nama "Crafty Adventures with Elmo" ini dibahagi kepada 3 kumpulan iaitu:
  • Elmo's Seaworld untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun
  • Elmo's Crafty Tales untuk kanak-kanak berumur 8 hingga 9 tahun
  • Elmo's Crafty Science untuk kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun
Pendekatan program kali ini ni lebih menarik & program bukan sahaja di offer di Cawangan Bangi, malah turut diadakan di Cawangan Selayang, Shah Alam,  Damansara dan Klang. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi kami dengan kadar segara kerana tempat adalah TERHAD :)

Friday, November 15, 2013

Hari Last

Mama poyo.. Hari last sekolah memang kene ambik gambar.. Alhamdulillah sesi persekolahan kakak n adik tahun ni brjalan lancar.. Kecuali skit2 termasuk bile mama kene rush balik nilai time keje sebab adik sakit perut/kakak demam.. Kakak yang tak suda2 kene train adik yang tak ingat2 nak naik van mane satu.. Ayah mama yang tetibe kene ambik cuti sebab aktiviti sekolah yang dibuat masa hari bekerja + notis yang lambat (tu pon ade yang tak dapat pergi bile tarikh event clash dengan keje2 penting kant office)..

Tp overall semua berjalan lancar.. Tahun 1 adik tak seteruk tahun 1 kakak.. Cume prestasi adik la yg susa skit mama nak pantau.. Hari ni last day sekolah, result penuh adik pon mama tak tau lagi.. Yang confirm adik dapat terbaik BI.. Kakak improve banding tahun2 lepas dengan dapat no 2 dalam kelas dan keseluruhan darjah (kecuali kelas ptg yg turun 3 nombor)..

Hope next year akan jadi lebih baik untuk anak2 mama..


Sunday, November 10, 2013

Haziq n Laptop

Haziq memang suke laptop.. Pantang tengok mama guna laptop mesti nak ngendeng.. Even lepas ayah belikan Haziq 'laptop' sendiri pon Haziq still minat laptop mama jugak.. Gaya gune macam org besar plak tu.. Siap nak gune mouse la bagai..


Stand Tall!

Rasa tak lambat nak tepek gambar masa sesi Stand Tall! English Language Camp beberapa minggu lepas.. Ekceli banyak lagi gambar.. Tapi malas pulak nak godek2 hp cari gambar.. Alhamdulillah semua jalan lancar n bdk2 semua seronok.. Plan nak organize few more session sblm akhir tahun ni.. Tapi sebab team LETZHOP sibuk dengan Open days (5 cawangan), booth MICF and program cuti sekolah, Stand Tall! 2.0 terpaksa dipostpond ke tahun depan.. InsyaAllah bukan Mac 2014.. Hope sambutan untuk tahun depan lebih meriah berbanding tahun ni..


Hari Penyampaian Hadiah 2013

Tahun ni kali ke-4 kakak naik pentas.. Improvement untuk sekolah sesi pagi (dengan kedudukan ke-2 dalam kelas dan darjah) dan penurunan untuk kelas agama petang (no 4 dalam kelas)..

Macam tahun2 sblm ni, mama, ayah, adik dan haziq pg sekolah untuk tgk kakak naik pentas.. Semoga kakak terus menjadi contoh kepada adik n haziq.

Note: Adik dpt terbaik BI.. Tp sesi penyampaian hadiah katenye akan dibuat hari rabu ni.. Tak tau la betul ke tak.. Tunggu n lihat je la nanti..



Friday, November 8, 2013

Open Day Letzhop Mind Enrichment Center

 
Promote skit.. Jemputan ke Open Day LETZHOP MIND ENRICHMENT CENTER  untuk mana2 parents yang berminat untuk mencari program tambahan untuk anak2 berumur 3 hingga 12 tahun yang tinggal di sekitar kawasan Bangi, Shah Alam, Damansara, Selayang dan Klang.
 
Antara program yang ditawarkan oleh Letzhop (*only at participating center) adalah:

1) School Holiday Program
2) Letzhop Three-2-Six Program
3) Letzhop Zero-2-Three Program
4) Letzhop Ready-2-Learn Program
3) Letzhop Sesame Street English Program
6) Letzhop Autism Early Intervention Program (EIP)
7) Letzhop Al-Hira' Islamic Education Program (IEP)

Ade beberapa aktiviti menarik yang akan dijalankan. Boleh refer ke iklan open day untuk details ;)

 

Berhabuk Teruk

Berhabuk teruk blog mama ni.. Dengan keje ofis.. Keje rumah.. Keje part time.. Tak sempat langsung nak update blog ni.. Walaupun bukannya ada orang baca, tapi bila baca balik cite2 lama budak2, rasa rugi pulak tak dokumenkan cite2 kerenah derang ni.. So pagi ni kononnye tengah bersemangat nak try update blog ni sekerap yang mungkin..