Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Showing posts with label sabar je la. Show all posts
Showing posts with label sabar je la. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Arahan Susah

Arahan yang paling susah untuk orang faham adalah.."Tak pedas tau.. Tak nak ada cili langsung.. Tak nak pedas langsung.."

Arahan macam da clear.. Tapi dari pemerhatian 9 tahun gune arahan yang sama, dari 10 kedai makan, mungkin 2 kedai je yang ikut.. Yang lain setakat angguk-angguk je.. Terkini kene kat kedai makan kat cherating.. Ayat standard mama tiap kali buat order "Tak pedas tau.. Tak nak ada cili langsung.. Tak nak pedas langsung.." Macam biasa tukang ambik order akan angguk-angguk macam faham.. Tapi yang sampai, makanan dengan cili potong sebanyak-banyanknye & serbuk lada hitam yang macam tertumpah.. Tak tau la ape yang tak clear pada arahan mama tu.. Bile komplen, dia bole cakap "tak pedas tu..." Suka hati je.. Mujur la semua dah penat & malas nak gado2, so makan je la.. Sian Kakak & Adik, habis makan panas bibir sampai ke hotel..

Sunday, May 22, 2011

Amboi Mulut

Dari depan mama dengar suara Adik terjerit-jerit..

Adik: Mama oh mama.. Dah sudah..
Mama: Ler, kenapa Adik buang air besar kat situ (baby potty chair)
Adik: Saje..
Mama: Adik kan dah besar.. Dah pandai gune tandas..
Adik: Tak pe la.. Nanti 6 tahun Adik guna tandas..
Mama: Tak yah tunggu 6 tahun.. Adik kan dah tahu gune..
Adik: Yer la.. Yer la.. (suara tak puas hati)
Mama: Yer la, Adik dah besar..
Adik: 7 tahun nanti Adik buang air kat atas dinding.. 10 tahun atas peti..

Amboi-amboi mulut.. Sabor je la Adik..