Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Showing posts with label nenek. Show all posts
Showing posts with label nenek. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Nenek Jadi Artis

Hujung minggu lepas Atuk & Nenek keluar kat rancangan tv GPS Iman kat saluran tv3.. Sinopsis rancangan yang mama pinjam dari FB GPS Iman..

Program baru terbitan Primeworks untuk TV3 ini memaparkan pengembaraan 3 pengacara bersama artis jemputan dan geng penunggang superbike ke kawasan kampung seluruh Malaysia. Berkongsi pengalaman dan tazkirah dalam usaha berdakwah melalui cara yang lebih santai dan progresif, demi menarik belia menuju ke jalan yang diredhai. Semoga kita semua mendapat iktibar dan dikurniakan hidayah, saling menasihati serta menemui arah tujuan hidup sebenar. Wallahualam.

'Memandu Jiwa, Meyemai Cinta, Menyuburkan Iman'

Satu ni je gambar yang ada gambar Nenek kat photo album siri 2.. Atuk tak de..



Rancangan tu 1/2 jam je.. Tapi sempatlah beberapa scene yang keluar gambar Atuk & Nenek.. Habis je cerite Adik terus call nenek.. Adik kate "Nenek dah jadi artis!!! Nampak nenek kat tv tadi..."

Note: Kalau nak tengok boleh tengok online di www.tonton.com.my (search GPS Iman)

Thursday, September 22, 2011

Adiah Best!!

Hari ni mama dapat adiah best dari Atuk & Nenek.. Adik mule-mule tgk pon tercenggang sekejap dia.. Gelak kuat mama & Kakak tengok reaksi Adik... Btw, THANK YOU banyak2 kt atuk dan nenek untuk adiah yang best tu.. :D

Friday, July 15, 2011

Trime Kasih Nenek..

Ulangtahun hari jadi sentiasa jadi hari yang istimewa untuk mama sejak kecik.. Dalam ramai-ramai adik-beradik, selalu macam hari jadi mama & mak ngah yang confirm tak kan nenek miss untuk sambut.. Tak kire la sambutan kecik ke.. besar ke.. adiah kecik ke.. besar ke.. yang pasti mesti ada sumthing.. Dari dulu mama ingat semua ni sebab kitorg special..

Tapi, bile dah jadi mak orang, baru la mama perasan, semua ni bukanlah sangat sebab kitorg special.. Tapi sebab ulangtahun hari jadi kitorang jugak bermakna ulangtahun untuk mama.. Ulangtahun ke 32 kitorang bermakna 32 tahun berlalu sejak nenek susah payah mengandung dan melahirkan kitorang.. Susahnye nenek mengandung, melahir dan menjaga adik-beradik yang lain, bermakna berkali kali ganda susah untuk nenek mengandung, melahir dan menjaga kitorang.. Sebab tu la 13 Julai bukan saje istimewa di hati kitorang.. Tapi istimewa jugak di hati nenek..

Ucapan istimewa dari nenek untuk bday mama tahun ni..

"Selamat hari lahir untuk Timah.....Mengigati masa itu air mata gembira tidak dapat dibendung....Dua baby comel yang hadir sekali gus dalam hidup mama...Saiz dan wajah serta perangai yang tak seiras terus memukau diri ini....kebesaranMu sentiasa bersarang di minda. Sekarang giliran kalian merasai apa yang pernah mama rasa suatu ketika dahulu...Selamat hari jadi. Semuga ditetapkan iman dan dimurahkan rezeki serta berbahagia hidup di samping keluarga....."

Note: Terima kasih nenek.. Love u so much!!

Saturday, May 7, 2011

Poem for My Mama

In my heart, there's always a special place
Where all of your love lives.
Everything's in a special case
And all my love to you I give.

It hurts me when I see you cry
Makes my tears come running down.
And I always know the reason why
I can see it in your frown.

Don't look back in the past
Or listen to the bad things people say.
For they are untrue, Lets forget them fast
I love you more each and every day.

No words can explain how I feel
I can never thank you enough.
For all the love and pain you've healed
When all my times got tough.

Mama, you're a wonderful mother
So gentle, yet so strong.
The many ways you show you care
Always make me feel I belong.

I love you more than you know
You have my total respect.
If I had my choice of mothers
You'd be the only one I'd select!

Mama, you’ve always been the best
A better mom than all the rest.
I’m thankful for all the things you do
I’m glad my mom is extra special like you!

Mama, I love you so much!

Wednesday, March 16, 2011

Balik Kampung

Alang-alang balik PD dan sekolah cuti plak, Kakak & Adik mintak untuk tido rumah nenek untuk 3 malam.. Ok je untuk Kakak sebab kakak dah biasa duduk kampung dengan Atuk Nenek tanpa mama.. Tapi untuk Adik, ni kali pertama.. Bukan je jadi latihan kat Adik untuk pisah dengan mama, tapi latihan untuk mama jugak untuk pisah dengan Adik..

Kakak & Adik dengan bag masing-masing bersiap nak masuk kereta nak gerak ke kampung..

Bergenang gak la mata masa nak tinggal Adik :p Lagi-lagi bile tengok muka Adik sedey je masa nak bye-bye mama.. Setiap hari call Adik kate "Adik rindu.." Mama pon sama dik..

Tuesday, February 8, 2011

Bunga Nenek

Masa nak gerak ke Putrajaya dengan Nenek, Nenek tunjuk bunga raya Nenek yang tengah kembang.. Besar betul bunga Nenek.. 1 merah, 1 putih.. Yang merah tu jauh lebih besar.. Sebab mama je yang ada kat luar masa tu, mama la yang kene layan Nenek tuk ambik gambar bunga.. Nek, ni gambarnye.. :)

Kotak Sakti

Masa kat rumah nenek hujung minggu lepas, nenek cakap nak bagi kotak kat Adik dan Kakak tuk simpan koleksi key chain yang Adik & Kakak kumpul.. Sambil turunkan kotak dari atas almari, nenek kate "Ni kotak sakti.. Turun temurun dari dari nenek nenek.." Spontan Kakak jawab "Mana ada kotak sakti.." Nenek tersenyum je sambil bersihkan kotak yang dah berhabuk tu.. Kakak & Adik seronok dapat kotak tu.. Sambil berjalan ke atas untuk simpan kotak tu, Kakak kate "Nanti kite simpan kotak ni dalam bilik kite tau Dik.." Adik plak kate "Nanti kalau Adik dah kawin, Adik nak tau kotak ni.. Adik nak simpan cincin kalau Adik bukak masa nak mandi" Hamboi2 bukan main lagi.. Bila dah kawin tu.. Mana Adik blajar tah.. Mama pon tak bukak cincin kalau mandi..

Saturday, January 29, 2011

Telekung Bandung

Mama sampai rumah blik dari ofis, Adik & Kakak dah siap dengan telekung nak solat maghrib.. 1st time pakai telekung ni.. Hadiah dari nenek buah tangan dari Bandung.. Thank you Nenek!

Suh ambik gambar elok-elok pun susah.. Kakak buat muke lawak..

Adik senyum over..

Adik dengan gaya ultraman.. Tak padan dengan bertelekung..

Gambar skema yang mama nak..

Wednesday, September 15, 2010

Ayam Nenek

Masa bulan puasa, nenek dapat 3 ekor ayam dari Tok Mie (kalau ta silap la..) Masa Raya, Pak Long balik dari Terengganu bawak lagi 3 ekor ayam.. Sekor sempat bertelur lagi dalam perjalanan dari Terengganu ke Kantan.. Tak pecah plak tu :)

Budak-budak seronok semacam.. Tak puas-puas tengok ayam sampai hari gelap.. Baru perasan ayam pon ada loghat negeri.. Bunyi kokok ayam sini dan ayam Terengganu lain.. Kokok ayam Terengganu lawak skit sebab pendek semacam..

Proses mengeluarkan ayam-ayam dari guni.. Sian ayam-ayam tu.. Sampai macam pening-pening dok dalam gune 3 jam lebey..

Ayam dah selamat masuk dalam kurungan sementara.. Reban petang tu baru nak mule buat..


Telur ayam yang keluar dalam perjalanan..

Sunday, July 4, 2010

Sesi Boling Lagi

Hari akhir cuti sekolah hari tu, nenek anjur game boling untuk cucu-cucu besar sekali lagi.. Satu-satunye aktiviti cuti sekolah anjuran nenek yang Kakak & Adik dapat join.. Nenek anjur je, tapi Nenek ta join, Sebab pemainnye cuma 5 orang.. Tapi yang pegi ada dalam 3 kereta.. Plan asal nak minta lane yang ada pagar macam biasa, tapi tak dapat sebab petang tu ada tournament.. Tapi nasib gak sebab dapat lane yang hujung skali.. Muat la na masukkan sume yang datang :)




Dengan lane tanpa pagar, hampir semua bola masuk longkang.. Sebab tu ada orang kate game boling ni game campak duit masuk longkang.. Tapi bagi mama, game ni dapat pupuk keyakinan diri derang.. Bukan senang untuk budak-budak tu nak baling bola dengan semua orang kat lane-lane sebelah yang hebat-hebat.. Kali ni main 1 game je & keputusannya :p



Walaupun dengan jumlah markah yang rendah, semua balik dengan bangga cerita kat Atuk & Nenek.. Lagi-lagi Abang Dani yang masih pegang title juara bertahan, walaupun dengan 23 markah.. Sementara Kakak main, Mama bawak Adik turun main kat bawah macam biasa..


Wednesday, May 12, 2010

Hari Ibu 2010

Hari ahad yang lepas, daripada rancangan sala untuk mama lunch tengarai di rumah Mak Ngah bertukar jadi gede-gede adik beradik sempena hari ibu.. Walaupun rancangan last minit, semua adik beradik dan atuk nenek datang berkumpul untuk makan tengahari kat rumah Mak Ngah.. Boleh la tahan untuk aktiviti yang tak dirancang.. Mak Ngah masak nasi dengan lauk kari kepala ikan, siput sedut, ayam goreng & sayur campur.. Mama bawah kerang & atuk bawak ayam percik yati & bahan-bahan nasi kerabu..

Sempat bergambar dengan Mak Ngah.. Derang kate muke kami same dengan saiz mulut yang berbeza.. Suke hati je..


Cup cake unutk mama yang Mak Anje beli dari CikPuanCuppies.. Macam biasa, cupcakes dia memang bess..


Semua adik beradik kecuali Mak Lang yang tak ada kat sini.. Tunggu Mak Anje dah ada tarikh, nanti kite gede-gede semua orang.. Time ni, semua cucu-cucu tengah sibuk main kat laman luar Mak Ngah..


Semua anak perempuan kecuali Mak Su yang kene jadi tukan ambik gambar..


Sesi bagi hadiah sebelum mama gerak balik.. Mak Anje & tuala..


Mak Lang ke atas & kain sutera terengganu..


Pak Cak ke bawah & kaftan terengganu..



Ni da tahun ke-2 sambutan hari ibu kat rumah Mak Ngah.. Tahun depan kat mane pulak?

Sunday, May 9, 2010

Your Mother, My Mum

Sebelum ni pernah je dengar lagu-lagu ni, tapi bile dengar balik, bess lak rasa.. Saje je nak kongsi..

Your Mother (Written by Yusoff Islam)


My Mum is Amazing (written by Zain Bikha)

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu, Mama

Entry kali ni khas untuk mama mama, nenek :)

Selamat hari ibu, mama.. I love you so much!!



A Sonnet for My Incomparable Mother

I often contemplate my childhood, Mom.
I am a mother now, and so I know
Hard work is mixed together with the fun;
You learned that when you raised me long ago.

I think of all the things you gave to me:
Sacrifice, devotion, love and tears,
Your heart, your mind, your energy and soul--
All these you spent on me throughout the years.

You loved me with a never-failing love
You gave me strength and sweet security,
And then you did the hardest thing of all:
You let me separate and set me free.

Every day, I try my best to be
A mother like the mom you were to me.

Poem by Joanna Fuchs