Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Malaya!!

Alhamdulillah, Malaysia Menang!! Nak jadi rezeki, kita menang dengan gol meniarap & bola golek masuk dalam gol.. Team Harimau Malaya memang hebat!! Sakit dada mama 3 jam tengok game tu.. Ni antara game yang boleh buat rasa nak nangis..

Malaysia menang bukan saje sebab players kite hebat & semangat kite kuat.. Kite menang untuk jadi pengajaran untuk negara jiran untuk ada rasa hormat dan tunjuk rasa hormat pada orang lain.. Bak kate jurulatih Ong Kim Swee "They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect our parents. iI you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them WHAT BEING MALAYSIAN IS ALL ABOUT.."

Tahnih Harimau Malaya!! Tahniah Malaysia.. :D

Monday, November 21, 2011

Good Luck Harimau Malaya!

Tak berape suke lagu ni.. Tapi share gak sempena game malam ni..



Harapnya menang paling-paling 2-0.. Bak kate lagu, "GOL pertama untuk negara, kedua untuk pingat.."

Gud Luck Harimau Malaya!!

Saturday, May 15, 2010

Memori Hari Sukan

What you remember most about your school's sport day.. Topik kat radio kegemaran mama, FlyFM petang semalam.. Tersenyum-senyum je la mama dengar topik ni.. Sebab memori hari sukan mama tak kan sama dengan sapa-sapa.. Sebab mama memang tak suka langsung acara sukan dan memang dari tadika lagi mama tak bersukan disebabkan masalah hidung yang senang berdarah kalau terdedah pada panas (alasannya la..) So memori sukan mama:
  1. Mama masuk acara mewarna masa hari sukan tadika ABIM.. Mama pun tak tau kenapa ada acara ni dalam hari sukan & mama tak ingat ada bape peserta yang terlibat.. Tapi mesti tak ramai sebab ni acara khas untuk mereka yang memang tak boleh bersukan..
  2. Mama masuk acara sukaneka sepanjang tahun persekolah yang mewajibkan semua murid bersukan.. Sukaneka senang, sebab tak kan ada sesi latihan.. So tempoh berjemur kurang dari acara sukan yang biasa..
  3. Mama tak masuk apa-apa acara sepanjang tahun persekolahan yang tak wajibkan murid bersukan.. Tapi masih dapat hadiah.. Sebab atuk akan beli hadiah tuk mama sama dengan hadiah yang Mak Ngah dapat..
  4. Mama masuk acara-acara sukan yang wajib sepanjang tempoh sekolah menengah, tapi sekadar yang mampu.. Masuk sikit, tapi sakit-sakit badan berlarutan lebih seminggu..
  5. Mama masuk acara perkhemahan untuk aktiviti kokurikulum wajib di UKM.. Walaupun terpaksa join acara perkhemahan di hutan, berjaya habiskan 2 hari tanpa melakukan sebarang aktiviti yang diwajibkan seperti flying fox, wall climbing, rappelling-abseilling dll.. Yang tak bole lupa, sampai tapak perkhemahan paling 1st, kelam kabut cop tempat yang kononnya paling best, tapi yang pelik semua orang tak nak spot tu.. Rupenye spot tepi pokok tempat paling tak sesuai untuk pasang khemah, sebab ada akar yang buat tanak tak rata & ada rumah tikus.. Abis sume makanan kene makan dengan tikus..