Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Happy Birthday Ayah!!


Awal2 pagi semalam Adik dah dok kecoh2 "malam ni kita potong kek ayah.." Memang jenis tak boleh simpan rahsia.. Kakak marah & panggil Adik mulut tempayan.. Adik bukan kesah.. Lagi dia buat lagu dengan perkataan mulut tempayan yang Kakak sebut..
 
Sebab trip lencongan ke Paris & Belgium hari tu mama dah kire sebagai hadiah hari jadi Ayah, so tahun ni Mama sambut birthday Ayah dengan Kek By, Fash je..

Kek Birthday Ayah.. Sedap!!


Happy Birthday Sayang!!
 
Sesi Potong Kek Sama2..

Hadiah Dari Adik - Replika Rumah

Hadiah dari Kakak - Frame Gambar

 
Note: Tahun ni birthday Ayah yang ke 34.. Tapi ayah suke tambah 1 tahun sebab Ayah kate buat kita (kita sebab umur sama dengan mama) fikir macam orang yang lebih tua.. Sebab tu frame Kakak tulis birthay yang ke 35 :p
 

Saturday, November 10, 2012

Plan 7 Dapat 17

Dah beberape hari ayah tak sehat.. Siap kene tahan wad lagi.. Patut ayah balik cuti 7 hari je.. Sebab tak sehat ni, ayah dok wad 5 hari & dapat mc lg 5 ari.. Memang kuasa Allah.. Kite plan 7 hari, Allah bagi 17 hari..

Ni kad get well soon dari Adik untuk ayah.. Pandai anak mama karang ucapan..

Sunday, August 26, 2012

Adik & Watsapp

Adik antara orang yang paling rapat dengan ayah (lps mama ;p) Sejak ayah keje jauh ni, Adik dah pandai gune watsapp.. Ni antara cara Adik lepas rindu kat ayah (selain dari tengok video2 lawak ayah).. Adik mesej ayah hampir setiap hari.. Biasanye Adik borak bende yang biasa2 je (selain suruh ayah blik cepat).. Ni perbualan Adik dengan ayah pagi tadi..


Thursday, August 2, 2012

Adik Malu

Kalau tengok gaya Adik main & gelak, susah nak baca apa yang Adik rasa.. Lepas baca mesej2 watsapp Adik untuk ayah, baru mama tau Adik pon rindu ayah sangat2 macam mama..

Percubaan pertama Adik watsapp ayah hari ahad lepas, Adik terhantar 3 mesej ni kat mak lang..

"mama kakak dan adik sayang ayah sebab ayah kacak daripada aqilah"

"Terima kasih ayah sebab membesar kakak adik dan haziq. kitaorang sayang ayah"

"Ayah baik hati. adik dan kakak tadi tak buat kerja sekolah"

Mama perasan bile dapat mesej dari mak lang tanye "kakak sihat?"

Lepas dari tu, hampir tiap ari Adik mesej ayah.. Bile2 rindu Adik mintak nak gune hp mama untuk mesej ayah.. Antara mesej2 adik..

"ayah adik sayang ayah. Adalah ayah tebaik selamat balik"

"Ayah adik sayang ayah . Tapi ayah garang (icon muke marah)"

"Lepas ayah dah habis kejar nanti balik lah"

"Ayah yang bijak dan lucu (icon muke lawak)"

"Ayah balik lah yah adik rindu ayah tau (icon muke nangis)"

"Muka ayah comil sangat lah adik kalau tengok muka mama je ingat ayah tau (icon muke nangis)"

"Ayah kacak mama cantik. adik sayang mama dan ayah tau"

Ade sekali mama tanye Adik "Klu Adik rindu ayah, kenapa mama tak penah nampak Adik nangis?"

Jawapan yang Adik bagi "Adik malu.. Takut ade orang nmpk"

Wednesday, December 21, 2011

It's Our 9th Anniversary


Every Year
Every year that I'm with you
Has been better than before;
It's hard for me to even think
How I could love you more.
Every year you've graced my life
Has been full of happiness;
I love your caring face, your voice,
Your tender, sweet caress.
Every year when this day comes,
I'm filled with love and pleasure;
Happy Anniversary, Love,
My joy, my delight, my treasure.

By Joanna Fuchs


Monday, September 5, 2011

Kene Dera

Huhu.. Hari ni kene dera teruk.. Pegi teman buah hati mama gi tengok muvie Conan the Barbarian..


Sangat la tak best.. Sepanjang tengok citer, jiwe rasa terseksa macam kene dera.. Dah la kejam giller.. Busuk-busuk plak orang-orang dalam citer tu.. Dengan rambut kusut masai, gigi berkarat, muke comot-comot.. Betul-betul tak kene dengan jiwa ni.. Mule-mule tengok cover2 gak muke dengan tangan.. Dah separuh jalan, tak larat nak cover2 da.. Tutup mata je la.. Ganas.. Terlalu la ganas.. Tak suke langsung!!

Wednesday, April 13, 2011

Kek Birthday Ayah

Sekali lagi order kek ngan Citarasa Ummi.. Kali ni untuk bday ayah.. Saja wat surprise.. Ayah suke sangat main game.. So tema kek kali ni kek bentuk psp..


Excited anak-anak buah nak potong kek.. Dari pagi tunggu Pak Uda balik keje nak potong.. Siap ada yang offer nak tolong potongkan.. Pak Uda baru masuk rumah dah heboh bagi tau kek bentuk ape..



Nota kaki: Aqil demam, sebab tu tak pakai baju.. :p

Saturday, April 9, 2011

Happy Birthday Sayang

Another Birthday Together

Your birthday marks another year together;
Such happy times, I couldn’t ask for more,
Spending precious minutes, hours and days,
With you, my love, whom I cherish and adore.

We’ve shared so much, we two, in love and friendship;
Each year our bond just seems to grow and grow.
I always want to be right next to you;
To be with you means more than you can know.

You’re always there for me with a loving smile;
I’m never happier than when I know you’re near.
I thought my love for you could not grow stronger;
And yet I love you even more this year.

By Karl and Joanna Fuchs



Happy Birthday Sayang...

Thursday, February 24, 2011

Syukur

Pagi semalam ayah, kekasih hati mama eksiden dalam perjalanan nak ke ofis.. Kereta dari arah depan hilang kawalan & rempuh kereta ayah.. Mujur ayah sempat elak.. Sisi kereta kemek dari pintu pemandu sampai belakang.. Bumper belakang siap terpelanting jauh.. Teruk gak kereta.. Satu hari mama suspen kat ofis.. Sebab eksiden je ayah call bagi tau.. Tp detail dan gambar, malam tadi balik keje baru tau.. Alhamdulillah..Syukur banyak-banyak ayah tak ada ape-ape..

Tuesday, December 21, 2010

8th Anniversary

Another year just swept by and it's our wedding anniversary again.. It is a time for us to look back on all the wonderful memories we've made through the years, and thinking of the life and home we've built together.

Dear Sayang...that's what you are to me.
Years ago when we met, I fell in love with you.
Nothing has changed; I love you still...
more than ever.
When you're not near me, I feel an emptiness
that I can't seem to fill.
When you are near, I feel complete.
I cherish your love and companionship
and always hope to please you.
I always wish for your happiness,
for I love to see the sparkle in your eyes.
I never imagined that someone could be
as important as you are to me.
Please stay near
and love me as I love you.

Our wedding was many years ago, but the celebration continues to this day. Happy 8th anniversary sayang.. Love you so much..

Sunday, December 19, 2010

Projek Seni Ayah

Hari Khamis aritu, masa baru nak gerak balik, ayah call.. Ayah kate ayah da sampai umah.. Rasa tak sampai satu jam lepas tu mama sampai rumah plak.. Masuk-masuk Kakak & Adik tunjuk pulau buatan.. Adik kata "Ni ayah yang buat tadi.." Saja nak kacau Adik, mama kate "Tak percaya lah.. Tak kan ayah buat.." Lepas ulang-ulang jawapan yang sama, Adik emo terus marah "Ayah tengok mama ni tak pecaya ni ayah buat.."

Friday, July 23, 2010

Boleh Ke?

Masa bday mama aritu, ayah bagi hadiah bday awal beberapa hari.. Tapi on hari bday tu, ayah dah pesan tak payah masak, ayah nak belanja makan luar.. Sampai rumah dari pejabat, ayah bawak lagi kek untuk makan sebelum keluar makan.. Mama cakap "Kenapa beli kek bagai.. Kan da bagi adiah, nak makan luar, patut kek ta payah la.." Spontan kakak jawab "Mana boleh sambut harijadi tanpa kek.. Bukan harijadi la kalau tak de kek.." Kesian anak mama.. Dari kecik mama tak penah miss beli kek untuk setiap harijadi.. Dah salah faham yang kek tu keperluan plak.. Mama jawab balik.. "Bole la.." Kakak macam tak percaya "Boleh ke..?" Ayah menyampuk "Boleh.. Kite cube buat masa bday kakak nanti ye kalau tak percaya.." Jerit kakak ta setuju..

Masa nak potong kek, Mama kate tak perlu lilin.. Tapi adik & kakak sibuk nak.. Konon nak tiup sama-sama.. Tapi baru sampai 2, adik da tiup semua lilin.. Biasa la.. Adik kan nak menang je.. Marah kakak..

Potong kek sebelum keluar makan..




Hadiah dari ayah.. Romantik skit ayah tahun ni.. Nasib baik ayah paksa gak mama pegi.. Sebab mmg bess..

Tuesday, July 20, 2010

Nostalgia ABC

Sabtu lepas, balik dari kenduri kawin kawan ayah kat Shah Alam, ayah ajak singga puchong untuk tengok-tengok kawasan rumah sewa yang kitorang sewa awal-awal kawin dulu.. Kitorang pindah situ awal tahun 2003 & pindah keluar akhir tahun 2007.. Hampir 5 tahun duduk situ.. So nostalgia la skit.. Ayah bawak pusing tengok rumah, taman permainan yang mama selalu bawak kakak masa petang-petang, kedai yang ayah selalu beli barang, jalan tak bertar yang mama & ayah terpaksa lalu setiap kali banjir & kedai makan yang mama selalu tapau makanan.. Saja mama ajak ayah singga kedai makan tu, sebab ayah kate ABC dia yang paling sedap penah ayah makan.. Mama no comment sebab mama memang ta minat sangat ABC ni.. Mesin ABC masih terletak kat pondok yang sama, cume nampak jauh lebih lusuh.. Nasib baik rasa dia masih sama.. Puas hati ayah dapat makan ABC yang katenya paling bess setakat ni..



Ikan Kakak

Dua tiga minggu lepas, ayah beli beberapa ikan kecik untuk teman 4 ekor ikan yang kakak bela.. Ayah campur banyak jenis ikan dan salah satu ikan tu ikan warna biru.. Cantik je nampak.. Sejak ikan-ikan baru tu masuk, satu-satu ikan mati.. Ada yang luka badan.. Ada yang luka mata.. Sampai semalam, ikan kakak tinggal 3 ekor termasuk ikan biru tu.. Itu pun cuma ikan biru yang nampak, 2 ekor ikan lagi menyorok kat belakang pam air.. Ayah kate ikan biru tu ikan jahat & ayah nak alihkan ke bekas lain..

K: Ayah buat ape tu?

A: Ayah nak alihkan ikan biru ni.. ni ikan jahat..

K: Kesian la dia.. Ayah alihkan la 2 ikan yang baik..

A: Ikan biru yang jahat, kite letak dia sorang-sorang dalam bekas ni..

K: Ayah dosa nanti sebab buat macam tu..

A: Nape lak ayah yang dosa.. Buat jahat balasannya jahat la..

K: Tapi kakak bole bagi dia makan kan..?

A: Boleh.. Tapi kalau dia buat jahat lagi, ayah rebus dia hidup-hidup..

K: Hah!! Ayahhhh!!

Tetibe bibik menyampuk "Kesian dia dik, tapi kalau nak letak kat kolam luar, takut dia pulak yang kene gigit dengan ikan besar.." Ayah dengan selamba jawab "Bagus gak cadangan tu.. Biar dia plak yang rasa rasa kene gigit.." Geli hati dengar jawapan ayah.. Emotional plak ayah bile ikan-ikan lain mati..

Friday, July 2, 2010

Jiwang Karat Sat

Tetibe rasa jiwang karat lepas dengar lagu Afgan, Bukan Cinta Biasa.. Bess.. Letak tuk simpanan.. "Dari hatiku terdalam.. Sungguh aku cinta padamu.." hihi.. Jiwang..

Kali ini kusadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu
Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Karena kamu memang untukku

Cinta ku bukan cinta biasa
Jika kamu yang menemani
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku

Lirik Lagu Afgan – Bukan Cinta Biasa (OST Bukan Cinta Biasa)

Tuesday, June 29, 2010

Sayang Gak Ayah Kat Mama

Sebelum gerak nak ke ofis, mama pusing kereta.. Tengok-tengok tayar.. Nampak macam kurang angin sikit, tapi dalam hati "Tak pe la.. Tunggu ayah pamkan nanti.." Sebab memang selamanya ayah yang tolong pamkan tayar kereta mama.. Baru masuk kete & undur skit, dengar bibik jerit dengan suara kecil yang bernada tinggi "Dik! Tayar pecah..!" Dalam hati "Biar betul bibik ni, aku baru je tengok tadi.. Tak kan la pecah.." Keluar kereta tengok memang tayar pecah.. Sekeliling bahagian luar je..

Tak tau na buat ape, mama ambik gambar & MMS ayah "Bahaya tak kalau tayar pecah macam ni?"..



Tak lama ayah call "Lain kali tak yah antar gambar.. telefon je.. tunggu, abang pusing balik.." Sian ayah, da lepas Sepang.. Kene pusing balik untuk tolong mama.. Ada 20 min gak perjalanan patah balik.. :P

Sampai umah ayah tukarkan tayar mama.. Nasib baik ayah dah pam tayar spare mama masa ayah tolong ganti bateri kereta mama yang tetibe kong kat ofis beberapa minggu lepas.. Ayah kata tayar pecah sebab mama tak jaga angin.. Setuju je.. Sebab memang mama tak gheti pam tayar pun.. Nak 9 tahun drive, baru sekali je mama pam tayar ;p tu pon sebab ayah suruh gak pam tayar sendiri sebab ayah ta sempat.. Siap tukar tayar, ayah tanye "ok ke pegi kedai tayar sendiri..?" Mama angguk je.. Ayah pesan..

"Drive hati2.."

"Nanti tukar dua2 tayar.. "

"Suruh orang kedai pam semua tayar.."

"Pegi kedai yang besar.. Yang ramai orang.. Awal pagi ni, jangan pegi kedai yang sunyi.."

"Suruh orang tu simpankan tayar spare elok2..?

"Make sure tukar tayar yang sama saiz.."

"Harga paling mahal RM140 sebiji, tengok brand tayar.."

"Patut dia buat balancing sekali, alignment tak perlu.."

"Ape-apa call abang.."

Hihi.. panjang betul pesanan.. Sikit sebelum pegi.. Separuh lagi kat telefon.. (2 panggilan & 3 missed call) Risau betul ayah nak biar mama wat sendiri.. Sayang gak ayah kat mama.. :)

Sunday, March 28, 2010

Ayah Memang Hebat

Ayah Memang hebat.. Ayat kegemaran kakak dan adik.. Ayah hebat sebab ayah pandai main game, ayah pandai buat magik, ayah pandai buat lawak, ayah pandai baiki bende-bende kat rumah yang rosak.. Dengan kata lain ayah pandai buat semua bende, sebab tu ayah memang hebat..

Semalam Ayah balik dari selesai menyertai acara Mini Duathlon anjuran syarikat ayah dengan membawa balik pelbagai hadiah.. Seperti acara-acara yang sebelum ni (boling dan bola sepak), ayah mesti balik bawa hadiah.. Pasukan ayah menang tempat pertama.. Sebagai tukang kayuh pasukan, seminggu sebelum acara, ayah sibuk cari tempat untuk menyewa basikal racing.. Ayah kata kalau ayah dapat basikal racing, peluang untuk menang lebih besar.. Beberapa hari sebelum acara, ayah dapat jugak pinjam basikal racing dari kawan sepejabat ayah.. Nasib baik jugak ayah menang, dapat ayah buktikan kata-kata ayah tu..

Seperti biasa, kakak dan adik dapat simpan medal yang ayah menang.. Kali ni mama dapat Sony Walkman, salah satu item yang ada dalam hamper hadiah ayah.. Ayah tersenyum bangga.. Sebab dapat tambahkan lagi bukti pada kakak dan adik, yang Ayah Memang Hebat!