Sabtu lepas, balik dari kenduri kawin kawan ayah kat Shah Alam, ayah ajak singga puchong untuk tengok-tengok kawasan rumah sewa yang kitorang sewa awal-awal kawin dulu.. Kitorang pindah situ awal tahun 2003 & pindah keluar akhir tahun 2007.. Hampir 5 tahun duduk situ.. So nostalgia la skit.. Ayah bawak pusing tengok rumah, taman permainan yang mama selalu bawak kakak masa petang-petang, kedai yang ayah selalu beli barang, jalan tak bertar yang mama & ayah terpaksa lalu setiap kali banjir & kedai makan yang mama selalu tapau makanan.. Saja mama ajak ayah singga kedai makan tu, sebab ayah kate ABC dia yang paling sedap penah ayah makan.. Mama no comment sebab mama memang ta minat sangat ABC ni.. Mesin ABC masih terletak kat pondok yang sama, cume nampak jauh lebih lusuh.. Nasib baik rasa dia masih sama.. Puas hati ayah dapat makan ABC yang katenya paling bess setakat ni..
Quote of the Day..
Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith
Pages
Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts
Tuesday, July 20, 2010
Saturday, May 15, 2010
Memori Hari Sukan
What you remember most about your school's sport day.. Topik kat radio kegemaran mama, FlyFM petang semalam.. Tersenyum-senyum je la mama dengar topik ni.. Sebab memori hari sukan mama tak kan sama dengan sapa-sapa.. Sebab mama memang tak suka langsung acara sukan dan memang dari tadika lagi mama tak bersukan disebabkan masalah hidung yang senang berdarah kalau terdedah pada panas (alasannya la..) So memori sukan mama:
- Mama masuk acara mewarna masa hari sukan tadika ABIM.. Mama pun tak tau kenapa ada acara ni dalam hari sukan & mama tak ingat ada bape peserta yang terlibat.. Tapi mesti tak ramai sebab ni acara khas untuk mereka yang memang tak boleh bersukan..
- Mama masuk acara sukaneka sepanjang tahun persekolah yang mewajibkan semua murid bersukan.. Sukaneka senang, sebab tak kan ada sesi latihan.. So tempoh berjemur kurang dari acara sukan yang biasa..
- Mama tak masuk apa-apa acara sepanjang tahun persekolahan yang tak wajibkan murid bersukan.. Tapi masih dapat hadiah.. Sebab atuk akan beli hadiah tuk mama sama dengan hadiah yang Mak Ngah dapat..
- Mama masuk acara-acara sukan yang wajib sepanjang tempoh sekolah menengah, tapi sekadar yang mampu.. Masuk sikit, tapi sakit-sakit badan berlarutan lebih seminggu..
- Mama masuk acara perkhemahan untuk aktiviti kokurikulum wajib di UKM.. Walaupun terpaksa join acara perkhemahan di hutan, berjaya habiskan 2 hari tanpa melakukan sebarang aktiviti yang diwajibkan seperti flying fox, wall climbing, rappelling-abseilling dll.. Yang tak bole lupa, sampai tapak perkhemahan paling 1st, kelam kabut cop tempat yang kononnya paling best, tapi yang pelik semua orang tak nak spot tu.. Rupenye spot tepi pokok tempat paling tak sesuai untuk pasang khemah, sebab ada akar yang buat tanak tak rata & ada rumah tikus.. Abis sume makanan kene makan dengan tikus..
Jangan Ada Benci
Beberapa minggu lepas, dalam kereta tak ingat dalam perjalanan nak ke mana, keluar lagu ni kat radio ayah.. Macam dah lama giller tak dengar lagu ni.. Lagu lama.. Nostalgia betul sebab seingat mama, lagu ni jadi lagu mama dan kawan-kawan 4454 sebelum habis SPM..
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
( 2 )
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
( 3 )
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
( 4 )
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
( ulang 2 & 3 )
( ulang 3, 4 & 1 )
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
( 2 )
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
( 3 )
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
( 4 )
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
( ulang 2 & 3 )
( ulang 3, 4 & 1 )
Di sudut hati
Nyanyian: Casey
Subscribe to:
Posts (Atom)



