Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Showing posts with label adik. Show all posts
Showing posts with label adik. Show all posts

Friday, November 15, 2013

Hari Last

Mama poyo.. Hari last sekolah memang kene ambik gambar.. Alhamdulillah sesi persekolahan kakak n adik tahun ni brjalan lancar.. Kecuali skit2 termasuk bile mama kene rush balik nilai time keje sebab adik sakit perut/kakak demam.. Kakak yang tak suda2 kene train adik yang tak ingat2 nak naik van mane satu.. Ayah mama yang tetibe kene ambik cuti sebab aktiviti sekolah yang dibuat masa hari bekerja + notis yang lambat (tu pon ade yang tak dapat pergi bile tarikh event clash dengan keje2 penting kant office)..

Tp overall semua berjalan lancar.. Tahun 1 adik tak seteruk tahun 1 kakak.. Cume prestasi adik la yg susa skit mama nak pantau.. Hari ni last day sekolah, result penuh adik pon mama tak tau lagi.. Yang confirm adik dapat terbaik BI.. Kakak improve banding tahun2 lepas dengan dapat no 2 dalam kelas dan keseluruhan darjah (kecuali kelas ptg yg turun 3 nombor)..

Hope next year akan jadi lebih baik untuk anak2 mama..


Friday, May 24, 2013

Boleh Ke?

Dalam kereta tak ingat nak ke mana, Adik mula berceloteh macam biasa.. Banyak cerita yang Adik bebelkan.. Yang lawak bila Adik cerita "Kawan Adik yang sebaya dengan Adik ade adik yang lebih kecik dari Haziq.. Tapi kan.. Mak dia tengah mengandung baby lain sekarang.. Boleh ke..?" Mama jawab "Boleh la.." Spontan Adik kate "Macam tu mama mengandunglah baby lain sekarang.." Mmmm...
 
 

Tuesday, May 14, 2013

Hari Ibu

Hadiah hari ibu daripada Kakak, Adik dan Haziq.. Kate Kakak hadiah ni beli kat kedai buku sekolah dengan hasip kutipan dari semua.. RM2 daripada Kakak & Adik dan RM1 daripada Haziq.. Dua tiga hari sebelum hari ibu lagi Adik dah hint2 ada hadiah untuk Mama.. Ini first time Adik dapat simpan rahsia sampai ke hari kejadian.. Tu pon lepas kene jegil2 mata dengan Kakak tiap kali Adik nak terbocor rahsia.. Malam sebelun hari ibu Adik & Kakak sibuk dok kate esok mama tak payah buat ape2.. Biar Adik cibuk Haziq.. Kakak mandikan Haziq.. Tapi cakap je la.. Buatnye idok.. Tp at least ade niat..

 

Tuesday, April 9, 2013

Ni Negeri Ape?

Sambil tunggu ayah tukarkan tayar kete mama (tq ayah sbb belanje mama tukar 4 biji tayar), kitorg bertige pegi tunggu kat warung berdepan dengan bengkel tayar tu.. Tengah mama kelam kabut nak cari meja nak duduk, Adik dok tanye "ni negeri ape ni ma.. Ni negeri ape..?" Mama pelik gak.. Apsal plak tetibe tanya negeri mana.. Bengkel tu bukan jauh sangat dari rumah pon.. Bile Adik nmpak mama buat muke tak faham, Adik ulang balik soalan Adik "Belakang Adik ni bendera negeri mana?!" Huhu.. Tergelak besar mama..



Thursday, March 7, 2013

Adik Masuk Al-Quran

Catatan peristiwa:
 
Esok InsyaAllah hari pertama Adik mula masuk Al-Quran.. Excited betul Adik sampai terkeluar ayat "Macam tak percaya je.." dari mulut Adik.. Sambil kemas bag untuk sekolah & baju untuk transit petang, Adik membebel-bebel sendiri "Kene cari bag.. Kene cari bag.. Esok nak kene bawak Al-Quran.."

 

Tuesday, January 22, 2013

Tak Nak Nama Fatimah

Perbualan mama dengan Adik masa mama tengah sibuk mengepam susu..

Adik: Nanti Adik tak nak bagi nama anak Adik FATIMAH..
Mama: Kenapa pulak?
Adik: Nanti anak Adik pun tak banyak susu..
Mama: Kenapa pulak??
Adik: Sebab makna nama Fatimah "yang tak menyusu lagi.."

Sunday, January 20, 2013

1st Day Sekolah

Post tertunda lama sgt.. 1st day sekolah untuk Adik.. Alhamdulillah semua jalan lancar.. Adik senang bangun pagi.. Tak de nangis2.. Tak de masalah urusan naik van.. Tak de isu nak duduk transit, kecuali hari rabu bile Adik kene duduk transit tanpa Kakak sebab Kakak ade aktiviti koko.. Adik memang suka sekolah.. Harapnyer semua akan terus berjalan lancar..

Saturday, November 10, 2012

Plan 7 Dapat 17

Dah beberape hari ayah tak sehat.. Siap kene tahan wad lagi.. Patut ayah balik cuti 7 hari je.. Sebab tak sehat ni, ayah dok wad 5 hari & dapat mc lg 5 ari.. Memang kuasa Allah.. Kite plan 7 hari, Allah bagi 17 hari..

Ni kad get well soon dari Adik untuk ayah.. Pandai anak mama karang ucapan..

Wordless Saturday - Kesayangan Adik


Tuesday, October 30, 2012

Aktiviti Cuti Sekolah #2

Aktiviti cuti sekolah #2 yang mama plan untuk Kakak & Adik.. Adik dah tak sabar nak pegi.. Mama harap Adik & Kakak seronok & belajar banyak dari kelas ni nanti..



Aktiviti Cuti Sekolah #1

Cuti sekolah yang panjang dah nak mula.. So mama pon dah mula merancang-rancang ape aktiviti yang Kakak dan Adik boleh buat masa cuti nanti.. (sebab Adik & Kakak je cuti.. Mama keje macam biasa..) Aktiviti #1 yang mama dah plan adalah untuk Kakak dan adik buat banyak reading.. Cume kali ni mama plan nak concentrate on buku english.. Masa cari2 soft book untuk Haziq hari tu, mama terjumpe penjual buku online yang jual buku murah, RM3 sebuah (harga normal RM8.90).. So mama beli full set (Level 1 - Level 4) untuk bacaan Adik & Kakak.. Harap2 dapat dihabiskan sepanjang cuti sekolah nanti..

 



Monday, September 24, 2012

Impian Adik

Dah lama Adik impi untuk pakai anting-anting.. Sejak 1 - 2 bulan ni makin kuat Adik desak ajak mama untuk bawak Adik pegi tindik telinga.. Kadang2 sampai tahap Adik nak cucuk sendiri telinga dengan jarum.. Mama memang tak baper berkenan untuk tindik2 telinga ni.. Bagi mama tindik2 ni lebih kurang macam mengubah rupe fizikal yang Allah kurnia.. Telinga elok2 rata nak ditindik lubang.. Tp sbb desakan Adik kuat sangat, Ayah come out dengan solution lain.. Ayah belikan Adik anting2 yang tak perlu pada tindik2.. ;)

Tuesday, August 28, 2012

Happy 6th Birthday

21hb lepas genap umur Adik 6 tahun.. Happy 6th birthday sayang mama.. Dah besar "baby" mama ni.. Semoga Adik membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia & akhirat..

Note:

Tahun ni Adik setuju untuk sambut bday secara kecil2 lan je sbg ganti hadiah patung Baby Alive yang Adik mintak.. So tak de kek Angry Bird yg Adik dah mintak dr awal tahun lagi.. Tak de goodie bags untuk kawan2 sekolah..


Sunday, August 26, 2012

Adik & Watsapp

Adik antara orang yang paling rapat dengan ayah (lps mama ;p) Sejak ayah keje jauh ni, Adik dah pandai gune watsapp.. Ni antara cara Adik lepas rindu kat ayah (selain dari tengok video2 lawak ayah).. Adik mesej ayah hampir setiap hari.. Biasanye Adik borak bende yang biasa2 je (selain suruh ayah blik cepat).. Ni perbualan Adik dengan ayah pagi tadi..


Thursday, August 2, 2012

Adik Malu

Kalau tengok gaya Adik main & gelak, susah nak baca apa yang Adik rasa.. Lepas baca mesej2 watsapp Adik untuk ayah, baru mama tau Adik pon rindu ayah sangat2 macam mama..

Percubaan pertama Adik watsapp ayah hari ahad lepas, Adik terhantar 3 mesej ni kat mak lang..

"mama kakak dan adik sayang ayah sebab ayah kacak daripada aqilah"

"Terima kasih ayah sebab membesar kakak adik dan haziq. kitaorang sayang ayah"

"Ayah baik hati. adik dan kakak tadi tak buat kerja sekolah"

Mama perasan bile dapat mesej dari mak lang tanye "kakak sihat?"

Lepas dari tu, hampir tiap ari Adik mesej ayah.. Bile2 rindu Adik mintak nak gune hp mama untuk mesej ayah.. Antara mesej2 adik..

"ayah adik sayang ayah. Adalah ayah tebaik selamat balik"

"Ayah adik sayang ayah . Tapi ayah garang (icon muke marah)"

"Lepas ayah dah habis kejar nanti balik lah"

"Ayah yang bijak dan lucu (icon muke lawak)"

"Ayah balik lah yah adik rindu ayah tau (icon muke nangis)"

"Muka ayah comil sangat lah adik kalau tengok muka mama je ingat ayah tau (icon muke nangis)"

"Ayah kacak mama cantik. adik sayang mama dan ayah tau"

Ade sekali mama tanye Adik "Klu Adik rindu ayah, kenapa mama tak penah nampak Adik nangis?"

Jawapan yang Adik bagi "Adik malu.. Takut ade orang nmpk"

Thursday, June 14, 2012

Anak2 Mama Memang Tabah

Anak2 mama memang tabah.. Dengan situasi skang, tak de sorang pon tunjuk reaksi sedey.. Masing-masing buat urusan masing-masing macam tak ada ape yang berubah.. Kadang-kadang terkeluar gak dari mulut kakak "rindu ayah la".. Tapi cume setakat tu je la.. Adik plak, walau tak tunjuk @ kata ape-ape, tapi tiap ari tak penah lepas untuk duduk sorang2 sambil tengok video2 dia dengan Ayah, sambil tersenyum2.. Bile dua2 tabah.. Mama pon kene tabah la nampak gayanye :p


Friday, June 8, 2012

Kesian Plak Mama Dengar

Walaupun dah menang tempat ke-3 bulan lepas, Kakak still ada peluang untuk dapatkan hadiah utama tahunan (dengan syarat mesti hantar 6 penyertaan sehingga Disember 2012..

Sebab bulan May bulan exam, mama tangguhkan sesi untuk kaler Coloring Contest May 2012 ke hari terakhir bulan May.. Disebabkan lukisan bulan ni agak mencabar (jika nak compare dengan 2 lukisan sebulan ni..), mama suruh Adik yang kaler dulu.. Lepas Adik siap kaler (lepas hampir 2 jam mengaler), baru la turn Kakak untuk kaler.. 1 jam lebih gak Kakak kaler gambar ni.. By the time siap kaler, hari dah nak tengah malam.. Elok2 masa tekan butang submit, internet plak down & hasil kerja kakak terus hilang.. Tak sempat nak submit pon.. Kakak tunjuk muke cool je. . Kakak kate "Tak pe la ma, Kakak tak yah hantar la bulan.." Kesian plak mama dengar..

Ni hasil kerja Kakak yang sempat mama print screen sebelum tekan butang submit..

Ni plak hasil kerja Adik..

Wednesday, February 22, 2012

Cukup Tak Mama?

Beberapa malam lepas, Adik keluarkan tabung angry bird Adik.. Sambil keluarkan semua duit Adik yang ada dalam tabung tu, Adik kate "Adik nak kire duit Adik, dah cukup ke belum nak belikan rumah besar untuk mama.." Terharu gak mama dengar.. Lebih2 lagi bile tengok duit Adik yang tak seberapa banyak.. Duit tabung Adik memang tak sebanyak Kakak sebab Adik tak ada allocation duit belanja harian lagi.. So untuk tempoh 2 bulan ni, simpanan Adik tak lebih dari RM30 lagi.. Abis susun-susun duit Adik tanye lagi "Cukup tak ni ma..? Ada sampai 3 ribu?" Huhu Adik2.. Sian mama dengar.. "Belum cukup la Adik.. Tu skit je.. Berapa puluh je.. Harga rumah mahal.. 3 ribu pon tak cukup nak beli rumah.." Adik terdiam.. Tak lama Adik cakap "Kalau motor dapat tak 3 ribu..? Kalau cukup Adik tak jadi belikan rumah la.. Adik belikan mama motor je la.."


Wednesday, February 1, 2012

Baby Adik

Sebelum ni Adik penah cakap, kalau Dalam Perut Tak Kire.. Tapi kali ni rule yang sama tak apply kat Adik.. Layanan Adik kat baby dalam perut macam layanan kakak kepada adik..

Setiap hari, sebelum mama pegi keje, Adik salam perut mama sambil kate "Buat keje elok2 tau.."

Malam mama balik keje Adik dah terjerit-jerit dari dalam rumah "Baby..!! Baby balik...!" Rasa satu deret jiran boleh dengar suara Adik..

Sehari tu mama balik keje Adik citer "Arini cikgu tanya sapa yang ada adik laki.. Adik angkat tangan tinggi-tinggi la.. Baby laki kan..?" Tahun lepas cikgu tanye soalan yang sama, Adik kate Adik je budak 5 tahun yang tak ada adik lagi..

Setaip malam, macam-macam bende Adik ajar baby..
  • Adik ajar baby baca A sampai Z..
  • Adik ajar baby baca surah-surah lazim yang Adik tahu..
  • Adik ajar baby baca doa-doa yang Adik tahu..
  • Adik ajar baby kire 1 sampai 100..
  • Adik ajar baby kira one to hundred..
  • Adik ajar eja perkataan-perkataan asas macam mama, ayah, adik & kakak..
  • Adik ajar baby baca alif sampai ya.. Adik terang "kalau tha ada titik tiga.."
  • Adik ajar baby buat kire-kire matematik.. Adik kate "nak senang, 5+3, 5 dalam kepala, pastu tambah 3"

Adik ajar baby macam-macam.. Adik borak dengan baby macam borak dengan baby yang dah keluar.. Sampai kadang-kadang Kakak marah "Sudah-sudah la tu.. Pening nanti baby.. Bukannye keluar je dah bole cakap.."

Malam tadi mama kene sambung buat keje kat rumah.. Adik datang & bisik kat baby "Mintak maaf baby, malam ni Kak Ngah tak le ajar Baby.."

Semua orang seronok, tapi Adik la yang paling seronok mama rasa.. Hampir hari-hari kate "Lambatnya baby nak keluar.. Kak Ngah dah tak sabar dah ni.."

Wednesday, January 25, 2012

Anak2 Mama Mule Menulis

Anak-anak mama mule menulis..