Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Thursday, November 21, 2013

Program Cuti Sekolah Dec 2013

Seperti biasa, bersempena dengan cuti sekolah, Pusat Perkembangan Minda Letzhop akan menganjurkan Program Cuti Sekolah Sesame Street English bagi kanak-kanak berumur 4-12 tahun. Program yang diberi nama "Crafty Adventures with Elmo" ini dibahagi kepada 3 kumpulan iaitu:
  • Elmo's Seaworld untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun
  • Elmo's Crafty Tales untuk kanak-kanak berumur 8 hingga 9 tahun
  • Elmo's Crafty Science untuk kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun
Pendekatan program kali ini ni lebih menarik & program bukan sahaja di offer di Cawangan Bangi, malah turut diadakan di Cawangan Selayang, Shah Alam,  Damansara dan Klang. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi kami dengan kadar segara kerana tempat adalah TERHAD :)

Friday, November 15, 2013

Hari Last

Mama poyo.. Hari last sekolah memang kene ambik gambar.. Alhamdulillah sesi persekolahan kakak n adik tahun ni brjalan lancar.. Kecuali skit2 termasuk bile mama kene rush balik nilai time keje sebab adik sakit perut/kakak demam.. Kakak yang tak suda2 kene train adik yang tak ingat2 nak naik van mane satu.. Ayah mama yang tetibe kene ambik cuti sebab aktiviti sekolah yang dibuat masa hari bekerja + notis yang lambat (tu pon ade yang tak dapat pergi bile tarikh event clash dengan keje2 penting kant office)..

Tp overall semua berjalan lancar.. Tahun 1 adik tak seteruk tahun 1 kakak.. Cume prestasi adik la yg susa skit mama nak pantau.. Hari ni last day sekolah, result penuh adik pon mama tak tau lagi.. Yang confirm adik dapat terbaik BI.. Kakak improve banding tahun2 lepas dengan dapat no 2 dalam kelas dan keseluruhan darjah (kecuali kelas ptg yg turun 3 nombor)..

Hope next year akan jadi lebih baik untuk anak2 mama..


Sunday, November 10, 2013

Haziq n Laptop

Haziq memang suke laptop.. Pantang tengok mama guna laptop mesti nak ngendeng.. Even lepas ayah belikan Haziq 'laptop' sendiri pon Haziq still minat laptop mama jugak.. Gaya gune macam org besar plak tu.. Siap nak gune mouse la bagai..


Stand Tall!

Rasa tak lambat nak tepek gambar masa sesi Stand Tall! English Language Camp beberapa minggu lepas.. Ekceli banyak lagi gambar.. Tapi malas pulak nak godek2 hp cari gambar.. Alhamdulillah semua jalan lancar n bdk2 semua seronok.. Plan nak organize few more session sblm akhir tahun ni.. Tapi sebab team LETZHOP sibuk dengan Open days (5 cawangan), booth MICF and program cuti sekolah, Stand Tall! 2.0 terpaksa dipostpond ke tahun depan.. InsyaAllah bukan Mac 2014.. Hope sambutan untuk tahun depan lebih meriah berbanding tahun ni..


Hari Penyampaian Hadiah 2013

Tahun ni kali ke-4 kakak naik pentas.. Improvement untuk sekolah sesi pagi (dengan kedudukan ke-2 dalam kelas dan darjah) dan penurunan untuk kelas agama petang (no 4 dalam kelas)..

Macam tahun2 sblm ni, mama, ayah, adik dan haziq pg sekolah untuk tgk kakak naik pentas.. Semoga kakak terus menjadi contoh kepada adik n haziq.

Note: Adik dpt terbaik BI.. Tp sesi penyampaian hadiah katenye akan dibuat hari rabu ni.. Tak tau la betul ke tak.. Tunggu n lihat je la nanti..



Friday, November 8, 2013

Open Day Letzhop Mind Enrichment Center

 
Promote skit.. Jemputan ke Open Day LETZHOP MIND ENRICHMENT CENTER  untuk mana2 parents yang berminat untuk mencari program tambahan untuk anak2 berumur 3 hingga 12 tahun yang tinggal di sekitar kawasan Bangi, Shah Alam, Damansara, Selayang dan Klang.
 
Antara program yang ditawarkan oleh Letzhop (*only at participating center) adalah:

1) School Holiday Program
2) Letzhop Three-2-Six Program
3) Letzhop Zero-2-Three Program
4) Letzhop Ready-2-Learn Program
3) Letzhop Sesame Street English Program
6) Letzhop Autism Early Intervention Program (EIP)
7) Letzhop Al-Hira' Islamic Education Program (IEP)

Ade beberapa aktiviti menarik yang akan dijalankan. Boleh refer ke iklan open day untuk details ;)

 

Berhabuk Teruk

Berhabuk teruk blog mama ni.. Dengan keje ofis.. Keje rumah.. Keje part time.. Tak sempat langsung nak update blog ni.. Walaupun bukannya ada orang baca, tapi bila baca balik cite2 lama budak2, rasa rugi pulak tak dokumenkan cite2 kerenah derang ni.. So pagi ni kononnye tengah bersemangat nak try update blog ni sekerap yang mungkin..
 
 

Thursday, May 30, 2013

Aktiviti Cuti Sekolah #2

Kebetulan balik kampung PD, ayah bawak jalan2 ke pantai Teluk Kemang Port Dickson.. Just nak tunjuk2 pantai kat Haziq (tunjuk je.. pasir pon tak kasih sentuh) dan bawak Adik Kakak jalan2.. Ramai betul orang sebab kebetulan ada Kids Wet and Fun Festival tengah berlangsung kat dataran tu.. So dapatlah budak-budak rasa naik kereta kuda & main castle udara.. Bayar RM5 untuk main 3 jenis castle udara selama 30 minit.. Tapi kurang 5 minit sebelum cukup masa budak-budak dah berenti main sebab kepenatan.. Mana tak nyer.. Panjat turun panjat turun je keje nyer :p


Aktiviti Cuti Sekolah #1

Aktiviti hari pertama cuti sekolah, semua ikut mama ke PPAS Bandar Baru Bangi untuk join kelas SSE dalam event Tateh Play and Learn Class.. Kakak dan Adik malu-malu je sebab majoriti yang datang budak-budak yang kecik.. ;p
 

Berminat.. Tapi ;p

Masa tengah nak bayar untuk isi minyak tengahari tadi, adik kat kaunter tu tanye "Akak tak minat nak ambik offer ni ke..? Isi minyak RM70 dapat bende ni free.." Dengan spontan mama jawab "Minat gak, tapi.. Tangki kereta akak muat untuk isi minyak RM50 je.." kuikuikui...

Friday, May 24, 2013

Boleh Ke?

Dalam kereta tak ingat nak ke mana, Adik mula berceloteh macam biasa.. Banyak cerita yang Adik bebelkan.. Yang lawak bila Adik cerita "Kawan Adik yang sebaya dengan Adik ade adik yang lebih kecik dari Haziq.. Tapi kan.. Mak dia tengah mengandung baby lain sekarang.. Boleh ke..?" Mama jawab "Boleh la.." Spontan Adik kate "Macam tu mama mengandunglah baby lain sekarang.." Mmmm...
 
 

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru untuk semua pendidik anak bangsa.. Teruskan usaha untuk menjadi pendidik yang awesome.. :)
 
 

Wednesday, May 15, 2013

Program Cuti Sekolah May/June 2013

Untuk mana-mana parents sekitar kawasan Bandar Baru Bangi yang berminat untuk cari program cuti sekolah untuk anak-anak, Pusat Perkembangan Minda Letzop Sesame Street English ada menganjurkan Program Cuti Sekolah Sesame Street English (SSE). SSE merupakan program Bahasa Inggeris yang lengkap untuk kanak-kanak berusia dari 3 hingga ke 12 tahun. Program SSE ialah sebuah program yang telah diinspirasikan oleh Sesame Workshop yang juga merupakan pencipta rancangan televisyen kanak-kanak yang terkenal iaitu Sesame Street.
 
 
 
Contact us for details about the programme and discounts!

LetzHop™ Sesame Street English Learning Centre
(Bandar Baru Bangi branch)
No. 48-1, Jalan 7/7B, Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 8920 2832
Email: bbb@letzhop.com
Website: www.letzhop.com/sse  
FB page: www.facebook.com/LetzHop  
 

Tuesday, May 14, 2013

Hari Ibu

Hadiah hari ibu daripada Kakak, Adik dan Haziq.. Kate Kakak hadiah ni beli kat kedai buku sekolah dengan hasip kutipan dari semua.. RM2 daripada Kakak & Adik dan RM1 daripada Haziq.. Dua tiga hari sebelum hari ibu lagi Adik dah hint2 ada hadiah untuk Mama.. Ini first time Adik dapat simpan rahsia sampai ke hari kejadian.. Tu pon lepas kene jegil2 mata dengan Kakak tiap kali Adik nak terbocor rahsia.. Malam sebelun hari ibu Adik & Kakak sibuk dok kate esok mama tak payah buat ape2.. Biar Adik cibuk Haziq.. Kakak mandikan Haziq.. Tapi cakap je la.. Buatnye idok.. Tp at least ade niat..

 

Saturday, May 11, 2013

Cara jimat #1

Salah satu cara nak berjimat adalah dengan kurangkan jalan-jalan keluar kosong.. Bukan kate tak yah bawak anak2 jalan.. Tapi jangan biasakan anak2 untuk keluar berjalan tiap kali hari cuti..Aktiviti dengan anak2 bukan hanya bawak berjalan.. Latih anak2 untuk rasa seronok di rumah.. Buat aktiviti yang menyeronokkan tiap kali ada di rumah.. Aktiviti di rumah termasuklah sebarang aktiviti kat luar rumah seperti main di taman berdekatan atau pusing taman dengan basikal.. Bile hari anak2 penuh dengan aktiviti, drg tak kan rasa bosan dan tak kan merungut untuk dibawa jalan2.. Walau hanya keluar window shopping sekali pon, tetap ada duit keluar.. Cth kos minyak.. Tol.. Makan tengahari.. Makan jajan.. Belum lagi bile anak2 ternampak bende dan minta untuk dibelikan..
 
Ni antara aktiviti Adik, Kakak dan Haziq masa duduk rumah cuti Hari Pekerja hari tu.. Baring2 bergurau atas katil pon dah cukup untuk buat bdk2 seronok.. :)

Aktiviti Masa Cuti

 

Monday, April 29, 2013

Ahli Baru

Selamat datang ahli baru keluarga ARA.. Cucu Atuk Nenek yang ke 16..
 

Tuesday, April 23, 2013

Visit ke Zaanse Schans

Visit ke Zaanse Schans merupakan visit pertama kat Delft (sebelum ke Paris dan Belgium), tak termasuk sightseeing kat bandar Amsterdam yang Pak Lang bawa masa otw dari airport ke Delft masa baru sampai.. Tempat ni cantik.. Tumpuan pelancong luar yang datang untuk tengok pasal sejarah windmill & terompah holland.. Banyak windmill kat sana.. Museum windmill & terompah pon ada.. Cuma masa pegi cuaca sejuk + angin yang kuat.. Lagi-lagi tu hari pertama keluar sejak sampai ke Delft.. So jalan2 sat pastu masuk bangunan.. Jalan2 sat masuk museum.. Jalan2 sat pastu patah balik sebab angin kuat sangat & kesian kat Haziq :P
Bergambar kat pintu masuk

Kat Museum Terompah

Sejuk ni sebenarnya..

Friday, April 19, 2013

Singgah Brussel Sat

On the way balik dari Paris, singgah tido di Rumah Kak Yah (lebih kurang macam family angkat Mak Lang) kat Belgium (terlupe plak nama tempat tu..) Sampai2 dah nak tengah malam.. Tapi masih boleh nampak kesan2 snow tebal kat atas rumput kat sekeliling rumah Kak Yah & cuaca sangat sejuk (bawah paras beku).. Walau pun dah tengah malam, macam2 jenis hidangan Kak Yah jamu.. Sama gak masa bangun pagi esoknya.. Bersusa2 Kak Yah untuk rombongan cik kiah kitorang.. Siap dapat makan nasi kerabu Kak Yah lagi pagi tu.. :)
 
Bergambar dengan tuan rumah (group laki)

Bergambar dengan tuan rumah (group perempuan)
Otw balik ke Delft, Pak Lang bawak kitorang singgah tengok bandar Brussel.. Cuaca sejuk & berangin.. Sarung tangan Haziq plak masa tu tak jumpe (ingat tercicir rupenye terselit dalam poket beg).. Puas Mama ngan Ayah masuk macam2 kedai untuk cari sarung tangan baru (masa yang sama sebab nak panaskan Haziq).. Tapi semua kedai dah tak jual sarung tangan sebab semua koleksi musim sejuk dah tak jual (sepatutnya cuaca dah tak sejuk).. Derang dah mula jual koleksi musim bunga.. Last2 mama beli stokin tebal 2 pasang & sarung kat tangan Haziq :p

Few gambar kat Brussel (Haziq dah macam nangka kene bungkus)
Plan asal dari Brussel nak singgah Roermond Designer Outlet utk belikan barang Mak Ngah.. Tapi kene tukar plan sebab hari dah lewat tambah dengan jalan jem (sebab time orang balik keje) kat Brussel.. So dari Brussel Pak Lang lencong untuk bawak kitorg tengok2 Rotterdam.. Banyak bangunan2 cantik kat situ..


Tuesday, April 16, 2013

Selamat Duit Kakak

Malam td baru Mama sempat tengok keputusan ujian 1 Kakak.. Ujian Kakak sehari sebelum pg tempat Mak Lang.. 3 paper Kakak ambik sehari lepas balik dr tempat Mak Lang (nasib baik Kakak tak demam mcm Adik).. Sebelum pegi ayah dok melawak kate "Kalau keputusan exam tak ok, tiket kene bayar sendiri.." Elok2 lps tgk result kat SAPS smlm Kakak kat "Selamat duit Kakak.." ;p
 

Trip to Paris

Tak ade dalam niat asal nak singgah ke Paris.. Tapi Mak Lang baik hati untuk offer visit ke Paris (Pak Lang baik hati untuk drive 5 jam sehala untuk ke sana) atau UK,  mama pilih Paris..!! Lagi pon UK da penah pegi.. Dan bile pikir2, Paris means budak2 dapat visit Disneyland Paris.. :)
 
Tp trip ke Paris ni terlalu pendek.. Cukup2 utk window shopping (sebab memang window shopping je..) kat La Vallee Village, tido 1 malam kat kota Paris, intai2 Menara Eiffel dr jauh (waktu malam menara nampak sangat cantik dengan lampu lap lip)  & main2 kat Disneyland Paris..
 
Masa tengah tengok2 Menara Eiffel, Adik kate "kat sini la Elfira Loy & Randy Pangalila duduk dalam drama Biar Mimpi Sampai ke Bintang.." sambil tunjuk2 kat anak tangga yang betul2 bersetentang dengan Menara..

Few gambar kat Kota Paris