Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Monday, February 8, 2010

Siapa Adik Siapa Kakak

"Siapa adik, siapa kakak?" Soalan yang selalu ditanya pada mama dan mak ngah sejak dari kami kecil lagi.. Jawapan standard dari kami, mak ngah kakak dan mama adik dengan alasan saintifik yang mudah, mak ngah lahir beberapa minit lebih awal dari mama.. Tapi jawapan kami sering dipersoalkan oleh mereka yang berpegang kepada kepercayaan orang-orang tua yang mengatakan sesiapa yang keluar dulu adalah adik disebabkan kakak keluar kemudian kerana beralah..

Namun, persoalan siapa adik dan siapa kakak tak pernah jadi isu antara mama dan mak ngah.. Mama dan mak ngah dilahirkan dengan sikap yang jauh berbeza dengan sindrom ketua dan pengikut yang biasa ada pada pasangan yang dilahirkan sebagai kembar.. Mama dengan perangai sebagai pengikut yang setia dan mak ngah dengan perangai ketua yang hebat.. Seperti telah berjanji dari dalam perut, mak ngah memang mahu menjadi kakak dan mama memang mahu menjadi adik..

Tahun lepas, kami ditanya semula dengan soalan siapa adik dan siapa kakak oleh rakan sekerja.. Selepas mak ngah memberi jawapan kami yang standard, rakan yang bertanya tadi berjenaka dengan berkata..

"Aku dapat bayangkan macam mana korang dalam perut betul-betul sebelum nak lahir.. Mesti tiah kata aku la yang nak keluar dulu dan timah kata ok, keluarlah.."

Ayat ringkas dan selamba yang disampaikan dengan menggunakan nada suara yang diubah untuk disesuaikan dengan watak mama dan mak ngah itu kemudiannya diikuti gelak ketawa semua yang ada di situ termasuklah mama dan mak ngah..

Mama tak kisah jadi adik, sebab jadi adik lagi best dan mama yakin mesti mak ngah juga akan kata jadi kakak lagi best..

Open Your Eyes

Satu lagi karya hebat dari Maher Zain.. Jauh lebih baik dari lagu yang mama share dalam entry mama Cry On My Shoulder.. Rasa macam nak menitik air mata mama mendengar lagu ni..

Lagu Open Your Eyes ini mengingatkan mama tentang betapa banyaknya petanda-petanda kekuasaan Allah di sekeliling kita.. Turut diselitkan di dalam video ini adalah sedikit penerangan dari Ruben (Abu Bakr) tentang detik-detik awal mengislaman beliau..

Alhamdulillah.. Mama dilahirkan sebagai seorang islam.. Dan mama berdoa, semoga mama dan semua orang yang mama sayang, akan hidup dan mati sebagai seorang islam yang sejati..


Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Friday, February 5, 2010

Kalimah Yang Baik

Yang Kurik itu Kendi
Yang Merah itu Saga
Yang Baik itu Budi
Yang Indah itu Bahasa

Kata-kata di atas merupakan peribahasa orang Melayu yang menuntut manusia untuk berbuat baik dan berkomunikasi dengan menggunakan kata-kata yang baik, tidak kira dalam apa bentuk keadaan..

Sudah menjadi kebiasaan kepada manusia untuk memastikan penggunaan kata yang baik dalam segala urusan rasmi mereka seperti semasa berkomunikasi dengan mereka yang berpangkat tinggi, memberi ucapan serta penulisan surat dan e-mail rasmi... Kita akan sentiasa memastikan segala perkataan yang digunakan tersusun dengan rapi dan memenuhi segala protokol yang sedia ada..

Namun, adakalanya kita merasakan agak susah untuk melakukan perkara yang serupa dalam menjalani kehidupan harian.. Penggunaan kata-kata kasar di dalam perbualan dan penulisan sudah dianggap perkara yang biasa..Sebagai seorang yang beragama islam, bukan budaya sahaja yang menjadi piawai kepada segala perbuatan kita, tapi juga hukum syarak..

Antara dalil-dalil yang mengajak kepada penggunaan perkataan yang baik:

1. Dari Al Qur’anul Karim

”Serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia” ( Al-Baqarah:83)

”Dan katakanlah kepada hamba-hambaku, Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar)” (Al-Israa’:53)

”Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar" (An-Nissa:114)

"Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang sholih” (Faathir:10)

2. Dari as-Sunah/Hadits Nabi SAW.

"Jagalah diri kalian dari api neraka walau hanya dengan separuh buah kurma dan kalau kalian tidak memilikinya, maka dengan kalimah yang baik" (HR. Al-Bukhari)

”Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan kalimah yang diredhai Allah, yang tanpa ia sangka-sangka ternyata dengan kalimat itu Allah mengangkatnya beberapa darjat” (HR. Al- Bukhori).

"Dan kalimah yang baik adalah (merupakan) sedekah" (HR. Al-Bukhari)

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka hendaklah berkata yang baik atau diam" (HR. Al-Bukhari)

”Sesungguhnya ramah tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya setiap urusan menjadi buruk.” (HR. Aisyah r.a)

Antara kebaikan penggunaan kalimat yang baik:
  • Lambang peribadi seseorang
  • Dapat menjaga diri dari api neraka
  • Merubah musuh menjadi kawan, kebencian kepada rasa cinta
  • Mendapat pahala yang setimpal dengan pahala sedekah
  • Menenangkan hati yang gundah
  • Mendamaikan orang yang sedang bermusuhan

Thursday, February 4, 2010

Cry On My Shoulder

Satu dua hari lepas mama operate hari tu, mama banyak baring je.. Tak ada bende nak dibuat, mama dok main-main handphone baru yang ayah bagi sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan yang ke 7, bulan disember yabg lepas.. Belek punya belek, mama terjumpa lagu ni.. Mama mula suka kat melodinya yang sayu, sesayu hati mama pada masa tu.. (kononnye :p)

If the hero never comes to you
If you need someone you're feeling blue
If you're away from love and you're alone
If you call your friends and nobody's home
You can run away but you can't hide
Through a storm and through a lonely night
Then I show you there's a destiny
The best things in life
They're free

Chorus:

But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone who cares for you
If you're feeling sad your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

If your sky is grey oh let me know
There's a place in heaven where we'll go
If heaven is a million years away
Oh just call me and I make your day
When the nights are getting cold and blue
When the days are getting hard for you
I will always stay here by your side
I promise you I'll never hide

Repeat chorus

What real love can do
What love can do
What real love can do
What love can do
What real love can do
What love can do

Artist: Deutschland Sucht Den Superstar

Wednesday, February 3, 2010

Mama Tak Adil

Beberapa malam lepas, selepas mama ajak kakak dan adik untuk naik atas dan tidur, adik dengan suara yang kuat terus menetapkan syarat untuk mama peluk dan tepuk adik sampai adik tidur.. Dalam erti kata lain, kedua-dua tangan mama mesti pada adik.. Mama tahu adik sengaja cakap kuat-kuat untuk sakitkan hati kaki..

Kakak tiba-tiba dengan nada sayu cakap "Kakak sunyi la".. Mama tahu kakak dah lama pendam.. Tiap malam, adik mesti nak sepenuh tumpuan dekat adik sorang.. Muka tak puas hati kakak memang senang untuk mama baca tiap kali ada benda yang kakak tak setuju.. Cuma malam itu kakak dah tak nak pendam dan pilih untuk luahkan.. Mama terang, mama malas nak dengar adik mengamuk dan mama akan peluk kakak bila adik dah terlena.. Tapi tiap malam memang kakak yang akan tertidur dulu.. Jadi kakak memang tak akan perasan, yang mama pun ada peluk kakak..

Sejak akhir-akhir ni, kakak memang selalu memberontak.. Kakak kata mama tak adil.. Selalu menangkan adik.. Memang betul kata kakak.. Mama ambik cara mudah untuk selesaikan pergaduhan dengan menangkan adik.. Sebab adik memang tak kan berhenti mengamuk kalau adik tak menang.. Kakak kata adik buat-buat nangis.. Mama memang sedia tahu.. Kalau tak, macam mana dari tengah menangis sekuat hati, adik boleh senyap tiap kali adik menang.. Memang adik buat-buat, bukan mama tak tahu.. Tapi kakak ingat mama tak perasan..

Malam tadi kakak buat lukisan untuk mama.. Gambar budak perempuan tersenyum dengan air mata mengalir di pipi dan ditanda pangkah pada bahagian muka.. Kakak tulis "No Adik" pada bahagian kiri dan "Sebab adik selalu dapat puji" sebelah kanan.. Mama faham, muka budak perempuan tersenyum sambil menangis tu gambar adik.. Menunjukkan yang tangisan adik selama ni pura-pura saja.. Kebetulan masa kakak bagi lukisan itu, adik tengah tidur dengan kepala berpangku pada peha mama.. Kakak serah lukisan dengan muka kakak sedih sambil pesan untuk mama baca apa yang ditulis..

Lepas ni mama akan cuba untuk lebih adil.. Tak tau kenapa, mama lebih senang untuk marah kakak berbanding adik.. Sedangkan mama tahu, "si nakal mama" yang sebenarnya adalah A.D.I.K...

Tuesday, February 2, 2010

Kerja Dari Rumah?

Kalau syarikat tempat mama kerja sediakan pilihan untuk pekerja berkerja dari rumah, mama rasa mama salah seorang calon yg sesuai.. Syarikat tak perlu risau kalau-kalau mama curi tulang. Sebagai contoh, macam hari ni, mama mula kerja seawal pukul 8.30 pagi dan sekarang dah hampir 2.30 petang dan mama masih belum berhenti.. Mama berhenti pun sebab mama nak update blog mama sebelum mama solat zohor dan makan tengahari.

Seronok juga rasa kerja dari rumah. Lepas solat subuh, mama sempat baring-baring sekejap sebelum bangun bersiap 10 minit sebelum mula kerja. Bersiap pun hanya untuk mandi, berpakaian selesa dan minum pagi. Tak perlu menggosok pakaian, bersiap-siap dengan bedak dan lipstik (itu je pon mekap mama), melilit tudung dan mengharungi 30 minit perjalan ke tempat kerja.

Keadaan pun lebih tenang memandang mama memang jenis orang yang anti-sosial (kononnya la) dan sukakan persekitaran yang tenang. Paling-paling mama pasang lagu-lagu jiwang mama untuk ambik mood kerja. Lagi pun rumah ni tak berapa sunyi dengan suara adik yang memang suka berborak-borak dengan bibik.

Cuma satu yang mama ta selesa untuk kerja di rumah, ketinggian meja makan yang mama guna untuk melakukan kerja yang tak sesuai untuk orang yang bekerja menggunakan laptop.. Sakit pulak bahu mama lepas berjam-jam menaip. Kerusi meja makan ni pun tak seempuk kerusi di pejabat. Rindu pulak mama dengan tempat kerja mama yang bersepah tu. Tapi kalau betul-betul ada pilihan bekerja dari rumah, mama sanggup je untuk beli set kerusi meja baru yang lebih sesuai :)

Seperti yang dilaporkan di surat khabar, Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan antara jabatan kerajaan paling awal yang memperkenalkan konsep ‘work from home’ setelah melancarkan satu program eksperimen atau ‘pilot program’ yang akan menyaksikan 39 pelukis pelan (draughtsman) bekerja dari rumah sendiri bermula Januari 2010.

Program pilot ini, yang rata rata disambut baik oleh masyarakat Malaysia (mama pun sokong!!), akan berlangsung selama 3 bulan dengan tujuan untuk mengurangkan kos, menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti dan dalam masa yang sama memberi ruang kepada pekerja untuk membahagikan masa antara kerja dan keluarga.

Sekiranya program ini dilihat berkesan, Kementerian Kerja Raya yang menaungi JKR bakal meluaskan implementasi tersebut kepada kakitangan yang lain. Malah, ia mungkin merintis kepada fenomena kerja dari rumah di jabatan dan kementerian lain (atau mungkin syarikat swasta) sekiranya program ini mencapai kejayaan seperti yang telah diamalkan di negara negara maju. Antara negara yang telah melaksanakan program bekerja dari rumah dengan berjaya adalah United Kingdom, Amerika Syarikat dan beberapa negara di Eropah.

Untuk kes JKR, pelukis pelan dipilih untuk program ini berdasarkan kepada ciri ciri kerja itu sendiri yang banyak menyaksikan pekerja meluangkan masa di hadapan komputer dan membuat perancangan di meja sendiri (mm.. sama la macam mama). Dalam program pilot ini, mereka hanya perlu untuk menghadirkan diri ke pejabat sekali sahaja dalam seminggu untuk berjumpa dan membincangkan progres kerja bersama penyelia.

Seronok juga kalau kerja dari rumah ni jadi realiti. Mama pun dapat jimat kos minyak untuk ke pejabat, tol, bayaran parking dan makan tengahari :)

Macam mane bos?? Ada harapan ke untuk mama kerja dari rumah..? :D

Monday, February 1, 2010

Newsletter

Seperti hari Isnin minggu-minggu yang lepas, mama terima newsletter dari www.babiesonline.com yang mama subscribe sejak hari pertama mama tahu mama mengandung.. Dah lama mama pasang niat untuk langgan newsletter berhubung week by week update macam ni.. Sebab masa mama mengandung kakak dan adik dulu, mama ta tahu bende semua ni ada.. Sepanjang tempoh mengandung, mama selalu teragak-agak, macam mana rupa baby, dah berapa berat baby.. Tapi dengan ada newsletter macam ni, mama boleh tahu perkembangan baby dan perubahan yang akan berlaku pada mama setiap minggu..

Berdasarkan newsletter ni, minggu ni kandungan mama patut masuk minggu ke 9.. Minggu terakhir untuk embryonic period.. Baby dah patut kelihatan seperti manusia kecil dengan saiz lebih kurang 13-17 mm atau sebesar raspberry.. Pada minggu ni, berat baby adalah 1-1.5 grams atau lebih kurang seberat klip kertas.. Menarik betul infonya.. Pada tarikh yang sama pada tahun 2011, baby patut telah berumur 21 minggu.. :)

Satu lagi website yang mama suke & dah lama mama plan na subscribe ialah http://3dpregnancy.parentsconnect.com/. Kat website ni, mama boleh tengok perkembangan baby dalam bentuk image, sama ada dalam bentuk 3d static, 3D rotatable, Anaglyph atau 2D.. Berdasarkan website ni, macam ni la patutnya rupe baby pada umur 9 minggu..

Mama tahu, mama patut unsubscribe newsletter ni.. Sebab mama bukan mengandung lagi.. Nak unsubscribe pun bukan susah.. Dengan satu klik, mama da tak akan terima newsletter ni lagi.. Cuma mama belum rasa nak buat lagi.. Mungkin mama takut, kalau mama unsubscribe, lama-lama mama akan lupe pasal kandungan mama yang ke-3 ni.. Tapi ikut logik, mama tak akan lupa sehidup mama.. Sebab tanda smiley face (istilah yang Doktor Faz guna untuk parut kesan jahitan) yang ada diperut tak mungkin akan hilang.. Minggu depan la kot mama unsubscribe.. Tengok macam mana nanti.. :)