Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Friday, February 12, 2010

Kes Pembuangan Bayi

Sejak mama mula cuti rehat 4 minggu lepas, baru 3 kali mama berpeluang membaca surat khabar.. Berita di tv pun dah lama mama tak tengok untuk mengelak dari mendengar longgokan berita yang agar merapu-rapu sejak akhir-akhir ini..

Terkejut mama bila membaca berita tentang kes pembuangan bayi yang banyak berlaku minggu ini.. Berdasarkan berita yang dilaporkan di dalam surat khabar utusan hari ini, minggu ini sahaja, 3 kes pembuangan bayi dilaporkan yang melibatkan:

  • penemuan mayat seorang bayi perempuan yang tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada hari Isnin;
  • penemuan bayi perempuan yang masih hidup di Alor Setar, Kedah pad hari Selasa; dan
  • penemuan mayat seorang lagi bayi perempuan yang dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong di Melaka pada hari Khamis

Beberapa ulasan dari seorang Menteri apabila beliau diminta mengulas mengenai kes pembuangan bayi ini..

"Kejadian-kejadian itu menjadi satu petunjuk yang amat membimbangkan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini"

“Ini menunjukkan masyarakat kita menghadapi tekanan. Sebab itu dalam hidup kita ini perlu ada keseimbangan. Kita lihat dulu perkara seperti ini tidak berlaku sekerap ini"

“Ini kerana dulu kita ada keluarga yang besar. Apa-apa terjadi pun bukan saja ibu bapa membantu, saudara-mara lain juga akan tolong. Tetapi kita lihat ia sudah tidak ada pada hari ini sebab struktur keluarga yang kian berkecai”

Mama bersetuju penuh tentang kenyatan beliau yang menyatakan kejadian-kejadian ini menjadi petunjuk yang amat membimbangkan dalam masyarakat hari ini.. Namun, ia bukan sahaja menunjukkan yang masyarakat kita menghadapi tekanan.. Ia lebih menunjukkan kurangnya penerapan nilai-nilai agama dikalangan masyarakat kita..

Pada pendapat mama, sudah sampai masanya untuk kita semua bermuhasabah dan membincangkan tentang ketempangan akhlak dan moral yang semakin meruncing di kalangan golongan remaja pada masa kini.. Tindakan lanjutan untuk menganganinya perlu diambil dan ini bukan sahaja merujuk kepada penyediaan tempat-tempat perlindungan bagi ibu dan bayi.. Pada mama, apa yang penting adalah kembali kepada penyelesaian agama dalam membangukan sebuah keluarga yang sakinah.

Walaupun begitu, mama tidak menyangkal mengenai kepentingan institusi keluarga itu sendiri dalam menangani hal-hal yang sebegini..

Imam Al-Ghazali ada berkata: "Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."

Kenapa Perlu Bohong?

Hari ni mama ke sekolah untuk temankan kakak sementara menunggu kelas agama bermula.. Sejak kelas sekolah agama mula, kakak belum pernah lagi pergi kelas agama pada hari jumaat.. Kakak kata tak ramai yang tinggal di sekolah.. Tapi dari pemerhatian mama tadi, walaupun ramai yang balik, tapi tak la sikit sangat yang tinggal..

Semasa kakak hendak mengambil makanan tengahari di kaunter makanan berkupon, pakcik yang bertugas memberitahu mama yang mengikut rekodnya hari ini merupakan satu-satunya hari yang kakak datang mengambil makanan tengaharinya pada minggu ini.. Terkejut jugak mendengar kerana berdasarkan hari yang kakak pergi ke sekolah agama, hari ini sepatutnya jadi hari yang ke-3.. Mama ingat lagi setiap malam bila mama tanya apa yang kakak makan, kakak jawab nasi lauk ayam dan sayur.. Bila mama tanya kenapa kakak bohong bila mama tanya kakak makan apa, kakak kata kakak tak makan sebab tak lapar.. Mama tau bukan kakak nak bohong, kakak cuma beri jawapan yang tak akan menyebabkan kakak kene leter..

Sementara menunggu kakak makan, mama terdengar perbualan 2 orang budak perempuan di meja sebelah.. Budak pertama berkata "Adik saya yang umur 4 tahun tahu baca sifir 12" yang kemudiannya diikuti dengan jawapan daripada budak kedua "Adik saya yang umur 2 tahun tahu sifir 1 sampai sifir 64.. Dia tahu sampai 64 x 12.." dengan suara yakin.. Mama rasa dia bukan sahaja berbohong tentang kebolehan adiknya yang berumur 2 tahun, tapi mungkin juga berbohong tentang kewujudan adik yang berumur 2 tahun.. Pada pendapat mama, kalaulah dia ada adik yang berumur 2 tahun, mesti dia tahu kebolehan seorang budak yang berumur 2 tahun..

Mama teman kakak sehingga ustazah masuk kelas.. Kemudian mama melambai tangan kepada kakak sebagai tanda yang mama dan adik dah nak gerak balik.. Muka kakak sedih.. Sebab kakak memang tak suka pergi sekolah agama.. Kakak kata kakak tak pandai jawi.. Mama harap, ini cuma sementara dan lama kelamaan kakak akan seronok untuk ke sekolah agama.. Sebelum sampai ke kereta, mama menegur seorang budak laki yang sedang duduk seorang diri di perhentian bas di depan sekolah.. Mama tanya kenapa belum balik lagi dan budak tersebut menjawab dengan suara yang perlahan dan sedih "Saya demam, saya nak balik.. tengah tunggu bas atau ibu.." .. Mama tanya lagi sama ada dia sudah menelefon ibunya untuk datang ambil dan diikuti dengan suara perlahan yang menjawab "Belum.. Kan elok kalau pagi tadi saya tak lupa bawak dompet.. Ni nak beli air pon tak boleh.." Rasa kesian pulak mama dengar dan mama hulur duit RM1 untuk budak tadi membeli air dan menelefon ibunya dengan duit bakinya.. Tapi, baru beberapa langkah mama jalan, budak yang kononnya sakit dan sedih tadi bangun dan berlari ke arah 2 orang budak perempuan yang ada di seberang jalan sambil menjerit dan mengibarkan duit RM1 yang mama kasi tadi "Yey, aku dapat duit" Kemudian terdengar lagi suaranya berkata "Tak pe, biar aku belanja.." Mama tunggu di kereta untuk melihat apa yang dibelinya.. Budak tadi kembali semula ke perhentian bas bersama-sama dengan 2 budak perempuan tadi dengan masing-masing memegang ais-krim patah.. Dia yang kelihatan sihat dan seronok tersenyum-senyum walaupun tahu mama sedang memerhatikannya.. Mama tak rasa ada rasa bersalah pada dirinya, walaupun dia baru sahaja lepas berbohong..

Hati terdetik, kenapa perlu bohong..

Thursday, February 11, 2010

Kakak Main Boling

Hujung minggu terakhir sebelum mak lang sekelaurga balik ke sana, kakak berpeluang untuk main boling dengan semua pakcik, makcik dan sepupu-sepupu "besar" yang lain.. Mak anje ambil satu lane khas yang dilengkapi dengan pagar di kedua-dua belah untuk membolehkan pemain-pemain kecil ini bermain tanpa risau bola akan termasuk ke dalam longkang..





Sementara tunggu yang lain selesai main game kedua, adik dan mama join mak ngah dan adik qays main game di tingkat bawah.. Sempat jugak adik test apa rasa dapat main boling..





Sesi bergambar sebelum balik semula ke rumah atuk nenek.. Atok, mak long, alya, aqil dan ayra dah balik selepas game pertama tamat..



Tempat boling ini dekat dengan rumah atuk.. Ayah kata lain kali ayah akan bawak kakak main lagi..

Model Plasticine Kakak

Malam tadi adik dan kakak main plasticine dengan lebih aman.. Tak ada langsung bunyi kelahi.. Cuma kadang-kadang terdengar suara adik mengeluh model plasticine adik yang tak secantik model kakak.. Kakak dengan mood yang tengah baik memujuk adik dengan mengatakan model adik sama cantik dengan model kakak.. Mama yang leka menonton rancangan Restaurant Makeover langsung tak perasan model apa yang kakak dan adik tengah usahakan sehinggalah kakak datang menunjujkkan hasil yang dah selesai..

Kakak membuat model adik yang sedang memegang bunga.. Hasil karya plasticine kakak yang pertama (setelah berbulan-bulan merayu mama untuk membelikan plasticine) yang mama rasa agak kreatif patut diambil gambar untuk ditunjuk kepada ayah sebab ayah dah tertidur lena..

Adik datang dengan bekas mangkuk berisi plasticine yang hancur.. Adik kata itu bubur nasi untuk baby botak.. Terkilan pulak mama tak ambil gambar hasil kerja adik walaupun adik beriya-iya meletak mangkuk adik disebelah model kakak semasa mama sedang cuba mengambil gambar..

Kakak Mula Sekolah

Tahun ni kakak mula masuk sekolah.. Dari mula cuti kakak dah tak sabar-sabar untuk masuk sekolah.. Barang-barang kelengkapan sekolah ayah beli dari awal cuti sekolah lagi.. Sempat kakak main sekolah-sekolah dengan pakaian sekolah yang baru beberapa round, macam yang mama, mak ngah dan mak lang selalu main dulu-dulu.. :)

Hari Pendaftaran

Hari pendaftaran murid darjah 1 jatuh pada hari Sabtu 02/01/10.. Kakak bersiap awal, tapi tak seawal untuk pergi ke sekolah sebab pendaftaran hanya akan bermula pada pukul 9.30 pagi.. Jadi sempat la kakak melayan mama dan ayah untuk berposing di dalam bilik, dapur, depan rumah, depan pagar & dalam kereta.. Kakak cool je, mama dan ayah je yang poyo sikit.. Maklumlah, anak sulung mama dah nak masuk darjah 1..

Mama kejut adik untuk bersiap.. Boleh bergambar sama-sama dengan kakak.. Tapi adik tak nak bangun.. Adik tak nak mandi, adik kata adik tak nak pegi sekolah.. Sebenarnya adik takut adik yang kene masuk sekolah.. Terpaksalah kakak bergambar dengan adik yang belum mandi..Bila mama, ayah dan kakak sedia nak bergerak ke sekolah.. Baru adik kata adik nak ikut.. Sebab takut lewat ke sekolah, terpaksalah mama angkut je adik yang belum mandi naik kereta..

Pendaftaran kakak mula dengan taklimat dari guru besar.. Dari awal hingga habis, mama tak dengar langsung apa yang guru besar cakap, sebab suara mikrofon yang terlalu perlahan dan suasana sekeliling yang bising dengan pekikan budak-budak.. Mama suruh ayah ke depan untuk dengar kalau-kalau ada pesanan yang penting..

Selesai taklimat, MC memperkenalkan guru-guru kelas darjah 1 dan kemudiannya memanggil nama murid mangikut kelas yang telah ditetapkan.. Kesemua murid berbaris mengikut kelas masing-masing di tapak perhimpunan sehingga agihan kelas unutk keenam-enam kelas selesai sebelum semua bergerak ke kelas masing-masing untuk sesi pendaftaran murid..



Hari Pertama Sekolah

Tak banyak gambar mama dapat ambik pada hari pertama kakak sekolah.. Kelam kabut untuk ke sekolah dan adik yang minta dukung sepanjang kat sekolah..


Wednesday, February 10, 2010

Anak Mama Pelat

Dua-dua anak mama memang cakap pelat.. Kalau mama tak silap, kakak cakap pelat sampai umur 5 tahun.. Walaupun sekarang dah nak masuk 7 tahun, ada lagi beberapa sebutan pelat kakak yang masih tak boleh hilang.. Perkataan "berdengkung" yang merujuk kepada "berdengkur" antara perkataan yang paling kakak suka sebut walaupun dah banyak kali mama cuba betulkan..

Adik pulak, tahun ni umur masuk 4 tahun, tapi sebutan pelat adik lauh lebih teruk jika nak dibandingkan dengan kakak dulu.. Adik banyak cakap, tapi tak ramai yang boleh faham.. Ayah pun kadang-kadang tak faham apa yang adik cakap.. Adik sebut "tito" untuk "tidur", "tatak" untuk "katak", iktan" untuk "iklan" dan banyak lagi..

Ini rakaman video adik nyanyi dengan sebutan pelat.. Lagu melayu dan lagu english..



Tiada lagi yang ku harapkan..
Tiada lagi yang ku impikan..
Lagi? Tak tau..
Biar ku simpan semua tanpa dirimu (dengan bantuan kakak)
Nak janji lagu katak si katak lompat la..
Katak si katak lompat, lompat..
Lompat lah tinggi-tinggi, tinggi..
Cepat la adik cepat, cepat bangun la pagi..
Kalau adik lambat bangun, lambat bangun pagi..
La la la la, la la la la..
Nanti kita rugi..



Are you sleeping, are you sleeping..
Brother John, Brother John..
Morning bells are ringing, morning bells are ringing..
Ding dang dong, ding dang dong..

Tuesday, February 9, 2010

Bila Adik Mula Menyoal

Adik jenis yang suka menyoal.. Kalau boleh, semua benda adik na soal.. Kalau da mula tanya, meleret-leret soalan yang ditanya.. Pagi tadi, masa mama tengah duduk kat meja makan sambil membuat kerja, mama terdengar perbualan adik dengan bibik..

A: Bibik nak telefon siapa, adik telefonkan.. (sambil memegang telefon mainan)
B: Bibik na telefon faridah (anak bibik di kampung)
A: Apa nombornye? adik nak telefon kan.. 2234 ke..?
B: Ha'ah..
A: Faridah tu laki ke perempuan..?
B: Perempuan
A: Muka dia macam mana..? Macam bibik ke..?
B: Tak..
A: Muka dia cantik ke ta..?
B: Cantik..
A: Muka dia hitam ke putih..
B: Putih sikit..
A: Rambut dia panjang ke pendek?
B: Panjang..
A: Dia keje ke tak keje?
B: Keje..
M: Kenapa banyak sangat soalan tu? (mama mencelah)
A: Saje..

Adik memang selalu buat mama tersenyum.. Sama ada dengan tanya soalan lawak, keluar statement lawak atau buat muka lawak.. Antara muke lawak adik yang mama sempat tangkap (sebab adik suka ambik video je)..