Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Thursday, February 25, 2010

Eh Mama Kan Tak Makan Telur!

Mama pantang makan telur sejak 5 minggu lepas.. Setiap kali sediakan makanan, mama mesti pastikan tak ada telur dalam hidangan mama.. Kalau masak nasi goreng atau mee goreng, telur mesti dimasak asing untuk adik, kakak dan ayah.. Telur cuma akan digaul atas darat aja.. Untuk membolehkan mama makan hidangan yang sama.. Sama jugak bila masak mee hoon sup, sup ayah dan kakak akan dimasak asing untuk mengelakkan sup mama ada telur.. Kalau makan nasi lemak pon, mama makan sambal aje tanpa telur rebus yang pada kebiasaannya menjadi lauk wajib mama untuk nasi lemak.. Teringin betul mama na makan telur.. Lagi-lagi telur yang kuningnya dimasak separuh masak dan dibubuh kicap.. Perg.. Boleh mengalir alir liur dengan hanya membayangkan betapa sedapnya telur tu..

Minggu ni, bila mama mula masuk kerje.. Bende pertama yang terlintas dalam kepala adalah untuk membeli lauk masakan thai di restoran kegemaran mama di taman sebelah.. Dah lebih 5 minggu mama tak dapat makan lauk dari kedai tu.. Hari pertama balik kerja, mama singgah situ untuk beli lauk yang biasa mama beli.. Mama beli Sup Campur dan Telur Bungkus yang tak pedas langsung dan Daging Masak Merah untuk hidangan makan malam di rumah..

Kami tunggu ayah sampai sebelum sama-sama makan.. Sampai licin pinggan mama makan, baru mama teringat "Eh, kan mama tak makan telur".. Kakak tersenyum.. Sebab dah habis makan baru mama teringat.. Macam mane la mama tak ingat langsung.. Tapi mujur jugak.. Dapatlah mama makan telur tanpa rasa bersalah sebab kene berpantang..

Kakak Cabut Gigi

Selasa lepas, ada pemeriksaan gigi kat sekolah kakak. Semua orang kene buat pemeriksaan gigi.. Kebetulan 2 batang gigi susu kakak memang dah goyang hampir 360 darjah dan gigi kekal da mula nampak nak tumbuh.. Doktor cabut dua2 batang gigi tu.. Kakak dengan bangga beritahu kakak tak nangis langsung.. Kakak kata ramai jugak budak yang nangis.. Budak laki pun ada yang nangis..

Hujung minggu lepas mama memang dah cadang nak bawak kakak pergi klinik untuk cabut, tapi atuk kata membazir duit.. Nenek pon boleh cabut kalau dah goyang macam tu sekali.. Mama cerita kat kakak, macam mana Mak Ngah selalu lari setiap kali nenek na cabut gigi.. Sampai nenek kene kejar Mak Ngah pusing keliling meja.. Mak teh kata, tak ada orang lain yang lebih membazir dari Mak Su, sebab Mak Su pernah pernah beriya-iya untuk cabut gigi di klinik gigi, tapi doktor tak sempat buat apa sebab gigi Mak Su tertanggal masa doktor baru sempat sembur air kat gigi Mak Su..

Mama pun ada offer untuk tolong cabutkan gigi kakak (kononnye).. Mama kate mama ada banyak cara kalau nak cabut gigi.. Selain dari jentik, mama kata mama boleh ikat satu hujung benang pada gigi dan satu hujung pada kereta ayah, kakak duduk diam dan ayah pecut kereta.. Mesti gigi tanggal.. Atau ikat pada pintu sebelum hempas pintu kuat-kuat.. Atau ikat hujung pada batu sebelum balik ke atas.. Menjerit-jerit kakak kata tak nak.. :)

Wednesday, February 24, 2010

Adik Tak Nak Kiss Mama!

Hari terakhir mama cuti, adik kata "Adik tak nak kiss mama!" Mama tanya kenapa.. Adik kata "Adik tak nak mama sembuh.. Kalau mama sakit perut, mama tak payah pegi keje.. boleh duduk dengan adik kat rumah.."

Kisahnya, hari pertama mama balik dari hospital, mama suruh adik kiss mama.. Mama kata kiss adik buat mama sembuh.. Sejak dari hari tu, setiap hari adik kate "Nak kiss mama bagi mama sembuh" Sepanjang 5 minggu, sehari berkali-kali adik sebut ayat tu sambil adik kiss mama..

Sekarang adik kiss mama malam je.. Kiss dengan ayat yang sama.. In fact, tengah mama tulis kisah ni, adik datang kat mama sambil sebut "Adik nak kiss mama bagi sembuh" Dah terbiasa sangat sebut agaknye.. :)

Tuesday, February 23, 2010

Your Protection Without Bodyguard

Mama terima e-mail dari seorang sahabat.. Rasa elok juga dicatat untuk rujukan..

Surah Faatiha protects one from the anger of Allah
Surah Yaseen protects one from the thirst of the Day of Judgment
Suratul Waaqi’ah protects one from poverty and starvation
Surah Mulk protects one from the punishment of the grave
Surah Kauthar protects one from the enmity of the enemy
Surah Kaafiroon protects one from kufr at the time of death
Surah Ikhlaas protects one from hypocrisy
Surah Falaq protects one from calamities
Surah Naas protects one from evil thoughts

Friday, February 19, 2010

Hari Terakhir Cuti

Hari ini hari terakhir cuti rehat 5 minggu mama sebelum mama mula kerja minggu depan.. Pagi tadi mama ada appointment dengan Doktor Faz untuk follow up check-up mama.. Adik & bibik ikut sekali.. Adik kata adik nak jumpe doktor yang lahirkan adik.. Mama kate bukan lahirkan, keluarkan adik dari perut mama, mama yang lahirkan.. Malam sebelum pegi, banyak yang adik tanya, doktor tu laki ke perempuan, pakai subang ke ta, pakai cermin mata ke ta dan macam-macam lagi.. Adik pesan suruh kejut adik awal untuk bersiap.. Adik kata, kalau adik tak bangun jugak, mama boleh siram air.. Tapi jangan lupa angkat tangan adik (yang kononnya sakit) sebelum mama siram air.. Pagi tadi, adik bangun sebelum mama siram.. Tapi adik marah sebab kejut awal pagi buat mata adik sakit (silau)..

Tadi doktor kata luka mama dah sembuh.. Ada sikit-sikit lagi bahagian yang ada rasa macam bengkak kat dalam.. Doktor kata, kalau boleh, tunggu sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum cuba untuk mengandung lagi.. Untuk hilangkan trauma.. Mama memang rancang untuk tak mengandung dalam tempoh 6 bulan, tapi bukan la sebab trauma.. Lebih untuk rehatkan badan..

Tadi doktor ada gak sebut, tapi kalau mengandung pun tak apa.. Sebab operation tempoh hari tak ade usik rahim.. Cuma buang bahagian tiub kanan.. Doktor mengingatkan untuk mama buat pemeriksaan awal (ultrascan atau pemeriksaan darah macam hari tu) sekiranya ditakdirkan mengandung kelak, kerana doktor berpendapat kebarangkalian untuk perkara yang sama berulang adalah tinggi memandangkan rupa bentuk tiub yang tidak normal..

Sebagai catatan dan simpanan, 2 prosedur yang dibuat semasa operation 5 minggu lepas..

  • Laparotomy is a surgical procedure involving an incision through the abdominal wall to gain access into the abdominal cavity

  • Salpingectomy is the removal of one or both of a woman's fallopian tubes, the tubes through which an egg travels from the ovary to the uterus.

Gambaran dalam bentuk rajah sebagai rujukan..

Thursday, February 18, 2010

Janganlah Bersedih

Lebih sebulan berlalu.. Tapi kawan baik mama masih lagi bersedih.. Setiap hari, ada sahaja status sedih yang tertera pada status YM dan facebook nyer..Tak ada ape yang mama boleh buat dari sini.. Kecuali berdoa kesedihannya itu berlalu..

Mama harap, kawan baik mama sedar, yang kehidupan adalah cermin dari apa yang kita fikir dan hayati.. Jika sedih yang kita fikir, maka sedihlah kita.. Tetapi jika bahagia yang kita fikir, insyaallah bahagia lah kita..

Sesungguhnya, setiap kesulitan yang dihadapi akan:
  • menguatkan hati
  • menghapuskan dosa
  • menghancurkan rasa ujub
  • menguburkan rasa takbur
  • mengelakkan kelalaian
  • menyalakan zikir
  • menghiasi diri untuk berbuat baik kepada setiap makhluk
  • menyerahkan diri pada Dzat yang Esa
  • memperingatkan diri
  • menjadi usaha untuk menjaga hati dengan bersabar

Peringatan kepada kawan baik mama..

Janganlah bersedih, sesungguhnya kesedihan hanya akan membuatmu lemah dan putus harapan..

Janganlah bersedih, sesungguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, penghancur jiwa dan penyebar keraguan dan kebingungan..

Janganlah bersedih, sesungguhnya kita sentiasa ada al-quran, doa, solat, sedekah, perbuatan baik dan amalan yang memberi manfaat..

Janganlah bersedih dan janganlah berserah kepada kesedihan, solatlah.. bertasbihlah.. bacalah.. menulislah.. bekerjalah.. bersilaturrahimlah dan bermuhasabahlah..

Firman Allah..Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu (Al-mu'min: 60)

Yakinlah, setelah kesulitan pasti ada kemudahan.. Insyaallah..

Wednesday, February 17, 2010

Balik Kampung Cuti Raya Cina

Sudah sebulan kakak dan adik tak balik kampung nenek baru.. 2 hari 1 malam macam sekejap je berlalu.. Masa nak balik, adik meraung tak nak balik sebab belum puas bermain dengan sepupu-sepupu lain.. Walaupun sekejap, banyak aktiviti yang kakak dan adik sempat buat..

1) Mandi kolam
Kakak aje yang suke sangat mandi kolam.. Sampai-sampai je kakak da ke belakang tengok kolam.. Atok kate makan nasi minyak nenek dulu baru atuk isi air kolam.. Kali ni kakak cuma sempat mandi 2 kali.. Tapi lama-lama.. Kakak ta ada mengeluh, mama rasa kakak da puas..

2) Dengar nenek bercerita
Aktiviti biasa nenek.. Cuma kali ni cuma kakak, adik dan sepupu-sepupu yang kecik.. Abang Amir dan Arif da puas dengar nenek bercerita..


3) Main bowling
Mak Anje book 1 lane untuk kakak dan sepupu-sepupu yang besar, Amir, Arif, Dani dan Afiq.. Rasa sempit kali ni sebab 1 lane dengan 5 pemain dan 12 tukang sokong - Pak Long, Pak Ngah, Ayah, Mama, Mak Anje, Makcik, Mak Teh, Mak Su, Aqil, Adik, Qays dan Alya.. Pemain-pemain nak sambung 1 lagi game, tapi tukang sokong tak sanggup nak tunggu lagi..




Sementera tunggu, Adik, Aqil, Alya dan Qays main bowling di tingkat bawah..




4) Sambut birthday Alya & Pak Cak
Birthday Alya dan Pak buat sehari awal.. Orang sibuk nak potong cake, adik sibuk menjerit-jerit mengamuk.. Tak tau ape yang tak kene..



5) Main dengan sepupu-sepupu

Banyak game kakak dan adik main.. Kakak sempat main musical chair, freeze, tangle, kejar-kejar, basikal dan banyak lagi.. Tangle game last sebelum kakak mandi kolam last seblum balik..