Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Monday, March 15, 2010

Adik Jumpa Doktor Gigi

2 gigi geraham adik mula berlubang sebab adik suka makan gula-gula.. Adik makan gula-gula lebih laju dari makan nasi.. Lubang gigi adik kecik aja, tapi sebab sayang gigi adik yang cantik tu, mama rancang untuk bawak adik ke klinik gigi.. Hujung minggu lepas adik ke klinik untuk rawatan gigi yang pertama.. Mama dah beritahu adik tentang rancangan mama 1 minggu lebih awal.. Sepanjang minggu ni, adik berhenti makan gula-gula dan adik berus gigi berulang kali setiap kali adik mandi.. Untuk pastikan gigi adik cantik masa adik jumpa doktor gigi nanti.. Sebelum pegi klinik, adik kata adik dah berus gigi sepuluh kali.. Dari bangun pagi sampai masa untuk jumpa doktor, adik cool je.. Masa buat rawatan, doktor pun puji adik berani.. Adik tampal 2 batang gigi.. Doktor pesan, adik dah tak boleh makan gula-gula banyak sangat lepas ni..



Friday, March 12, 2010

Tahniah Makcik!

Semalam mama terima berita gemberi tentang keputusan cemerlang Makcik.. Makcik berjaya mendapat 12A dengan 9A+, 2A dan 1A-.. Nenek orang pertama yang menerima berita gembira tersebut melalui panggilan dari rakan nenek di sekolah.. Excited untuk berkongsi berita, nenek cuba untuk menghubungi semua orang (atuk, Pak Long, Mak Ngah & Mama), tapi tak ada yang menjawab telefon.. Akhirnya nenek berjaya bercakap dengan mama dengan membuat panggilan ke Atuk Irul.. Lawak jugak dengar suara nenek yang marah-marah sebab tak ada sesiapa yang menjawab panggilannya.. Semua dengan alasan masing-masing.. Petang, bila mama sampai ke rumah, mama memberitahu kakak tentang keputusan cemerlang Makcik tu.. Kakak dengan selamba menjawab "Emm.. Semua A.. Samalah dengan keputusan ujian kakak.." Menyamakan keputusan SPM Makcik dengan keputusan Ujian Macnya..

Apa-apa pun, TAHNIAH MAKCIK!!

Tuesday, March 9, 2010

Lawatan ke Petrosains

Hujung minggu lepas, ayah bawak mama, adik, kakak & bibik ke Petrosains.. Dari malam sebelumnya, semua orang excited sebab ini trip rasmi kami ke KLCC yang pertama sejak kakak lahir.. Adik awal-awal pesan pada semua untuk mengejutnya awal pagi.. Adik tak sudah-sudah risau sebab adik kata adik bangun lambat kecuali kalau ada yang kejut..

Esoknya, semua persiapan berjalan lancar dan kami berjaya bergerak keluar dari rumah tepat-tepat pukul 8.30 pagi, seperti yang dirancang.. Ayah berkira-kira, untuk sampai di petrosains sebelum pukul 10.. Ayah kata, kalau duduk 2 jam di dalam, boleh bergerak balik ke kampung dalam tengahari.. Dalam perjalanan, ayah telefon nenek untuk memberitahu yang kami akan sampai ke kampung selepas zohor.. Tanpa disedari, masa berlalu laju.. Kami selesai keluar dari petrosains dalam pukul 3 lebih.. Macam tak percaya lebih 5 jam kami di dalam.. Itu pun tak sempat untuk tengok semua bende yang dipamerkan.. Semua orang seronok.. Banyak bende yang kakak, adik, mama & ayah belajar di Petrosains.. Kami sampai ke kampung ngam-ngam masa masuk waktu maghrib.. Kesian nenek sebab tunggu kami dari siang..


Friday, March 5, 2010

Mama Ayah Kerja Apa?

Masa kakak kecik, ada beberapa kali kakak tanya, mama kerja apa, ayah kerja apa.. Mama kata, pejabat mama buat CD.. Ada sekali kakak ikut mama pergi pejabat masa mama datang kerja hujung minggu.. Kakak duduk kat komputer hujung sambil main game.. Sempat mama tunjuk contoh-contoh CD yang ada kat pejabat..

Soalan yang sama kakak tanya pada ayah.. Ada sekali ayah bawak mama, kakak dan adik ke tempat kerja ayah.. Walaupun pak guard kata budak tak dibenarkan masuk, ayah kata ayah cuma nak bawa kami ke bangunan admin.. Semasa dalam perjalanan ke bangunan admin, ayah tunjuk tempat bakar arang dan pencawang elektrik sambil.. Kakak tanya, ni tempat apa.. Mama kata sini orang bakar arang untuk hasilkan elektrik sebelum dihantar ke rumah melalui pencawang yang kakak nampak untuk membolehkan kakak tengok tv, pasang lampu, kipas dan sebagainya.. Kakak diam je dengar penerangan mama.. Masa tu, mama tak pasti kakak faham atau tak..

Satu hari, kakak kata, kakak dah tahu mama ayah keje apa.. kakak kata.. "Mama keje buat CD, ayah keje buat eletrik.." Mama kata "Betullah tu.." Kakak tersenyum bangga..

Adik dan Senyum

Sejak beberapa malam lepas, adik selalu nyayi lagu baru.. Lagu yang mama sendiri pun tak pernah dengar.. Bila mama tanye, lagu siapa tu.. Adik kata lagu adik.. Mama tanya sape ajar.. Adik kate adik yang ajar sendiri..

Malam pertama adik nyanyi kat bibik yang tengah terbaring sebab sakit perut.. "Senyum lah.. senyum la.. senyum la..Kenapa tak mahu senyum..Sebab sakit perut ke..?"

Malam tadi adik nyanyi skali lagi kat mama yang tengah sakit belakang.. Adik nyanyi.."Senyum la.. senyum la.. senyum la..Kenapa tak mahu senyum..Sebab sakit belakang ke..?"

Lirik yang sama diulang-ulang.. Sampai orang yang ditujukan lagu tersenyum.. Memang macam tu perangai adik.. Kalau mama tengah marah pun, adik pandai pujuk.. Adik kate.. "senyum la.. mama cantik bila senyum.."

Perkataan senyum memang selalu keluar dari mulut ada.. Dan senyuman memang selalu ada pada wajah adik.. Adik senyum dari adik bangun tidur sampai adik tidur.. Jarang mama nampak adik masam.. Kecuali masa adik mengamuk dan masa adik tak sihat..

Wednesday, March 3, 2010

Adik Nak Jadi Pengantin

Akhir-akhir ni adik suka main pengantin-pengantin.. Gara-gara banyak kenduri kahwin kawan ayah yang adik pergi.. Cume tak de orang yang sanggup jadi pasangan pengantin..

Semalam mama balik dari ofis awal.. Sebelum pukul 7 malam mama da sampai.. Sempat mama mandi sebelum maghrib masuk.. Masa mama baru siap mandi, adik lalu dan tunjuk bunga yang adik petik dari pokok bunga kat laman.. adik kata "Adik ambik bunga untuk jadi pengantin.." Tak lama, terdengar adik menjerit-jerit kat bibik "Bibik, adik nak mandi la.." dan jawapan bibik "Adik da mandi kan tadi.. baru je.." Adik dengan suara tak puas hati menjawab "Adik nak mandi.. pakai baju cantik.. pakai mekap.. pakai bunga.. macam tu la.. adik na jadi pengantin!!" Geli gak hati mama dengar, garang betul bakal pengantin ni..

Tak lama adik datang lagi kat mama.. Bibik berjaya pujuk adik jadi pengantin tanpa perlu mandi lagi.. Adik dengan muke tersenyum-senyum puas hati dengan solekan bibik dengan bunga tersepit kemas di tudung lama nenek..




Tuesday, March 2, 2010

Adik Makan Ubat

Adik kene makan ubat sebab adik dah beberapa hari tak sehat.. Adik batuk, selsama dan demam.. Minggu lepas adik mengadu "ubat selsema dengan batuk dah habis, tinggal ubat demam aje.." Sabtu lepas, mama dan ayah bawak adik jumpa doktor.. Doktor kate adik kene kurangkan minum air sejuk.. Kurangkan minum vitagen.. Adik diam aje.. Tapi kat luar bilik doktor, adik kate "Tak pe la.. adik suka.." Sampai sekarang adik masih minum air sejuk..

Malam tadi ayah yang baru nak terlena ingatkan adik untuk makan ubat.. Adik kata "Ubat tak sedap.. Ubat masin.." Ayah kata "Mane ada.. taik hidung je la yang masin.. ubat ta.." Kakak yang khusyuk buat ulangkaji untuk ujian Mac yang akan bermula esok tergelak dengar jawapan ayah.. Mama kata "Lepas makan ubat, cepat-cepat minum air.. mesti tak rasa masin" Adik ke belakang meminta bibik suapkan ubat..

Tak lama, adik ke depan.. dengan bangga memberitahu "Adik da makan ubat.." Mama yang tengah membuat ulangkaji dengan kakak dengan acuh ta acuh menjawab "Ok.. pandai pon adik..".. Adik dengan muka tak puas hati berkata "Adik dah makan ubat, tepuklah tangan.." Semua tergelak.. Ayah yang dah terlena depan tv pon sempat mengangkat tangan untuk menepuk tangan.. Mama terlupa tradisi tepuk tangan lepas makan ubat sebab dah lama gak adik tak kena makan ubat.. Mama ingat adik dah besar dan tak perlu diberi hadiah tepukan lagi..