Hari ni mama terima berita sedih.. Baby kawan sekalas mama, Kak Di yang dilahirkan pada 10 Jun 2010 telah kembali ke rahmatullah pada pukul 2.15pm Isnin 14hb/1 Rejab.. Mama doa Kak Di tabah hadapi dugaan.. Semoga Allah memberi ketabahan, kesihatan dan kekuatan kepada Kak Di dalam menerima ujianNya.. Allah Maha Tahu apa yg terbaik buat hambaNya.. Insha Allah, ada pahala yg besar di sebalik sabar dan reda..
Quote of the Day..
Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith
Pages
Wednesday, June 16, 2010
Monday, June 14, 2010
Percutian Terengganu
Mak Lang dah YM mama petang tadi, tanya gambar trip ke Terengganu.. Ada alasan la mama nak upload gambar cepat-cepat.. Gambar-gambar yang sempat ditangkap untuk menceritakan perjalanan 3 hari 2 malam tu..
Dalam kereta masa perjalanan ke Terengganu.. Adik yang tangkap gambar.. Baru perasan, ayah kt belakang buat-buat gaya.. Jauh betul KT ni.. 8 jam gak masa perjalanan dari Tol Gombak ke Merang Suria Resort..
....

Sampai-sampai je, adik & kakak mintak mandi pantai.. Plan asal gi tengok pantai je.. Alih-alih mandi pantai dengan baju & seluar jeans.. Ayah tak turun sebab terlekat kt tv, tengok cerita askar lama.. Hari kedua ayah je yang turun dengan budak-budak.. Mama lak dok kt bilik sebab sakit kepala.. Sebab tu tak de sapa yang nak ambik gambar..


Hari ke-2, pagi-pagi da pegi mandi kolam.. Macam biasa, mama kat tepi je jadi tukang ambik gambar..



Cool ta cool, tengok la kasut yang pengantin pakai masa keluar rumah layan tetamu.. Siap sporting bagi ambik gambar lagi :D
..

Dari kenduri, kitorang ke Pasar Payang.. Mama yang mmg ta bape minat beli2 ni tak faham nape la org sebut2 na gi situ.. Da la panas.. Persekitaran kotor plak tu.. Qays siap jerit "eii kotornya!" bile lalu kat kedai2 yang terlalu kotor.. Harga barang yang display & harga jual plak beza sangat.. Tapi alang2 ke situ, ada la mama beli2 skit uuntuk kakak, adik & atuk nenenk PD..
Dalam perjalanan balik, boring dok dalam kete, adik wat macam-macam gaya.. Hidung gajah & misai kucing.. Lain-lain mama tak ambik..
...
Note: Jatuh cinta dengan Sata & Otak-otak terengganu.. Lagi-lagi yang makan kat Warung Pak Aziz Satar.. Sedap betul otak-otak dia.. Bole termimpi-mimpi la.. (sama sedap masa makan sate Restoran Rokiah kat Raub aritu)
Monday, June 7, 2010
Mana Lebih Terkeluar?
Dari 3 gambar ni, mane yang lebih terkeluar dari karpet merah? Gambar ni sebagai gambaran je & bukan gambar masa kejadian..

Hari pertama kat Read Malaysia, petugas penganjur asyik la ronda kawasan booth LetzHop & tegur kaki bunting LetzHop & tapak roda cabutan bertuah LetzHop yang terkeluar sikit dari karpet merah.. Kali pertama & kedua datang, petugas tegur suruh masukkan sikit.. kali ketiga datang, petugas anjakkan sendiri.. kali keempat datang, 5 orang petugas datang & bincang-bincang sambil tunjuk-tunjuk kaki bunting LetzHop yang terkeluar sikit dari karpet merah.. Mama rasa macam ada berlaku ketidakadilan, terus tegur petugas-petugas tu..
"Kenapa u all asyik komplen sini (booth LetzHop & Ana Muslim) tapi tak pernah tegur yang sana?" Sambil tunjuk bunting pada gambar ketiga yang dari pagi memang ada 2 bunting yang 100% confirm dok luar karpet merah.
Petugas jawab "Oh kami baru ronda kawasan sini, area lain belum lagi"
Mama kata "Tak lah.. ni kali ke-empat u all tegur booth saya & tak tegur langsung booth sana"
Petugas "Oh ye ke.. Booth yang mana kak?" dari 5 petugas, 3 gerak ke booth yang mama tunjuk.. 2 lagi tinggal dan tukar topik "Booth macam mane kak? Ok ta? Ramai visitor?"
Lepas insiden tu, tak ada lagi petugas yang datang untuk alih-alih bunting LetzHop lagi..
Note: Gambar tu diambil pada hari ke-3.. walaupun tak ada petugas yang ronda, kaki bunting LetzHop masih cube utk tak terkeluar banyak dari karpet merah..
Thursday, June 3, 2010
Jom Datang Read Malaysia 2010
Jom datang Read Malaysia 2010 yang akan berlangsung kat MIECC, MINES Resort City dari 4-13 June 2010.. Kalau datang, jangan lupa jenguk ke booth LetzHop @ R03.. sebelah pentas utama & bersebelah dengan booth Kosmo, Ana Muslim & Upin Ipin..
Ni beberapa gambar Read Malaysia 2009.. Last year lebih 340 ribu pengunjung datang.. This year pihak penganjur jangka dalam 400 ribu pengujung..
Jumpe di sana!!
Tuesday, June 1, 2010
Doa Gaza
Aminkan doa ini dalam hati, semoga doa singkat yang dibacakan oleh Imam Rashid Al Fasy ini mampu memberikan kekuatan kepada saudara2 kita di Gaza dan juga kepada para sukarelawan dari berbagai negara termasuk Malaysia..
Ultraman Mama Cedera
Malam tadi adik luka, tersadung tepi sofa.. Sofa lembut je, tapi luka adik besar la gak.. Adik cool je, ta nangis pon..
Gambar luka sebelum pegi klinik.. tengah tunggu ayah sampai..
Sementara tunggu giliran jumpa doktor.. Giliran adik last skali..

Rupe luka lepas doktor bersihkan.. Tengah tunggu doktor ambik glue stitch.. Adik tak nangis pon.. Mama kata "adik nak jadi princess kan, dagu kene la cantik.." adik jawab "adik nak jadi ultraman la.."
Mama Kat Raub
Mama kat Raub hujung minggu lepas untuk Online Games Competition sempena Karnival Jalur Lebar kat Felda Tersang, Raub anjuran MCMC. Ni antara gambar suasana di sana.
Felda Tersang 2 - Johan..
Subscribe to:
Posts (Atom)












