Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Wednesday, May 4, 2011

Pesta Buku

Sebab dah janji dengan budak-budak, mama pujuklah ayah untuk bawak derang ke Pesta Buku Antarabangsa kat PTWC baru-baru ni.. Ikut hati memang malas sangat nak pegi, sebab mama memang paling tak suka sangat nak pegi tempat-tempat yang ramai orang.. Tapi sebab da janji, mama pegi gak la..

Macam yang dah diagak, orang ramai giller.. Bahu ke bahu, badan ke badan.. Berasak-asak macam ikan sardin.. Bukan setakat nak tengok buku pon susah, nak bergerak pon susah.. Lagi-lagi dengan dua budak.. Tangan confirm tak le lepas, risau hilang dalam orang ramai.. Adik pon marah-marah sebab orang dok tolak-tolak dia.. Tapi sebab dah sampai, ronda la gak.. Kakak beli 2 novel dan 5 buku latihan.. Adik pulak beli 1 buku cerita da 5 buku latihan.. Mama suruh beli banyak lagi, sebab alang-alang dah berasak, biarlah berbaloi.. Kakak dok kate "Tak pe la.." Sampai umah, belum habis hujung minggu dua-dua buku dah habis baca.. Bila mama kate "kan mama dah suh ambik lebey.." Kakak jawab "Kakak takut mahal.. Duit ayah pulak tu.." Betul-betul anak mama :)


Kakak tengah belek-belek pilih buku..



Macam mane tak habis baca cepat, belum keluar lagi dah mula baca.. Ni tengah tunggu ayah kat luar.. Tak larat mama nak bergesel-gesel kat dalam.. Setakat nak cari spot untuk berdiri 3 beranak pon tak de..



On the way balik.. Senyum je.. Mama tanye "Tahun depan nak datang lagi ke..?" Dua-dua jawab "Nak!!!" Isk, pegi dengan ayah je la gamaknye.. Mama tak nak..

Makcik! Menarik Ni :)

Makcik, iklan Citarasa Ummi ni sesuai sangat dengan Makcik.. Kalau Makcik keje ni, mesti tersenyum je sampai tido.. :D


Citarasa Ummi memerlukan 2 orang pekerja wanita muslim (keutamaan kepada pelajar lepasan SPM/student IPTA/IPTS yang sedang bercuti dan tinggal berdekatan area bangi/kajang/cheras sahaja - tempat tinggal tidak disediankan) untuk membantu pembuatan kuih raya mulai pertengahan bulan Mei ini hingga bulan Ogos 2011 (3 bulan) secara sepenuh masa.

Gaji akan dikira mengikut hari (RM25/hari), hari bekerja 6 hari/minggu, waktu bekerja 8am - 6pm, makan minum disediakan.
Sekiranya berminat sila email ke citarasa.ummi@gmail.com untuk maklumat lanjut. Harap maklum.

Saturday, April 30, 2011

Wordless Saturday :D

Friday, April 29, 2011

Kek Kahwin Lagi

Sekali lagi order kek dari CitarasaUmmi.. Kali ni untuk Majlis kawin Mak Anje plak.. Tak sempat rasa pon.. Tau-tau dah abis 1 kek.. Gambar mama pinjam dari FB Apad..

2 Paruh

Perbualan dengan Adik pagi tadi masa tengah bersiap nak ke sekolah..

Adik: Hari ni Adik nak makan dulu baru pegi sekolah..
Mama: Elok la tu.. Roti telur ada, roti coklat ada, roti kosong ada..
Adik: Adik nak makan roti 2 paruh je..
Mama: Hah? Dua paruh tu macam mane..?
Adik: 1 gigit.. 2 gigit.. 2 paruh la..
Mama: Ler.. Adik, macam ni separuh.. (sambil tunjuk saiz separuh roti), klu dua paruh patut kene habiskan la roti ni..

Thursday, April 28, 2011

Sabah Trip - Part 2

Sambungan Day 2..

Sabah Tea Garden, Ranau.. *View tak le lawan ladang teh cameron highland..




Masjid Jamek Kundasang *View cantek sebab masjid atas bukit.. Ambik wudu' pon mengigil2..



Kinabalu Park *Kat sini Kakak kate "tercapai hajat kakak nak asap kuar dari mulut" jakun betul..




Restoran Seafood.. *Tak ingat plak nama kedai ni.. Sepanjang-panjang gerai, semua jual bende yang sama.. Murah2 je..



Grand Borneo Hotel - *Masuk bilik dah kul 11 lebey.. Tapi 2 beradik ni still nak berendam.. Sempat 2 round berendam (malam & pagi)




Day 3..

Check-out dari hotel..



Pasar Tamu Gaya, Kota Kinabalu *Ronda-ronda beli buah tangan sampai lupe ambik gambar.. 1 gambar ni je yang ada.. Tengah pujuk Adik yang asyik la merengek sebab boring & panas..



Pasar Filipina * Sambung shopping.. Sini lebih banyak pilihan & lebih murah.. Tapi sat je sebab dah nak petang..



Pasar Ikan Masin *Beli semua kt kedai depan ni je :p



Gerai Lokan *Tak ingat kat mane.. Tapi kat jalan ni, kiri kanan semua gerai jual lokan.. Ada 1/2 jam je untuk makan.. Tapi sempat order 3 dulang :) Best!!



Dari gerai lokan, terus pecut ke airport sebab dah time nak balik KL :( Ada rezeki lain kali sampai lagi ke sana, InsyaAllah..


Wednesday, April 27, 2011

Sabah Trip - Part 1

Bersawang-sawang dah topik ni lepas entry hari tu.. Tp sebab ada yang mintak (hihi nurul sorang je) & ada member yang plan nak gi Sabah sat2 lagi, so mama tulis lak gak.. Selain untuk simpanan & ingatan mama..

Trip ke Sabah memang dah lama ada dalam kepala.. Lagi-lagi bile
MMJ da posting ke sana.. Kebetulan dapat hadiah percutian 3H2M percuma ke mana-mana dalam Malaysia, mama & ayah sepakat untuk ke Sabah.. Sengaja pilih untuk pegi hujung minggu biasa untuk membolehkan MMJ join skali trip ni..

Secara keseluruhan, 3H2M terlalu singkat untuk melawat Sabah.. Cume dapat cover beberapa kawasan menarik dalam tempoh 3 hari tu.. Itu pon terkejar-kejar.. Kalau ada rezeki, harap-harap boleh ke sana lagi.. Ringkasan agenda lawatan sepanjang 3 hari di Sabah..


Hari 1..


Bertolak ke Kota Kinabalu * Kali kedua 2 beradik ni naik kapal terbang.. Boring2 Adik sebab tak sampai2.. Ni baru ke Sabah dik ooi.. Lom lagi berbelas2 jam atas kapal..




Taman Awam Teluk Likas *View cantik gak.. Boleh nampak Tanjung Lipat kat hujung teluk..




Masjid Bandaraya Kota Kinabalu * Dari jauh macam masjid atas air, tapi sebenarnya ada kolam kat sekeliling masjid..


Day 2..

Kinabalu Pine Resort *Best gak kat sini.. View cantik.. Sepatutnya boleh nampak puncak gunung dari luar bilik.. Tapi sebab semalamnya hujan, pagi tu berkabus terus..





Kundasang War Memorial + English, Australia & Borneo Garden *A good place to visit untuk tau sejarah.. Tapi taman bunga dia biasa2 je..



Tagal Sungai Moroli *banyak giller ikan kat sini.. besar-besar plak tu.. Nangis2 mama sebab geli.. Sampai sudah tak masuk pon.. Dok kat gigi air je..




Desa Catle Farm, Kundasang *Pegi pagi best, sebab berkabus2.. Tapi tengok jauh je cantik.. Dekat2 busuk yang amat.. Tapi tak dapat tengok proses perah susu.. Derang perah kul 3 petang..