Quote of the Day..
Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith
Pages
Friday, October 7, 2011
Thursday, October 6, 2011
Nak Bagi Nama Ape?
Adik: Kenape mama bagi nama Adik senang?
Mama: Hah?
Adik: Kenapa mama bagi Adik nama Nur Aqilah?
Mama: Nur Aqilah tu cahaya bijaksana/cerdik/pandai/cerdas
Adik: Kenapa tak bagi nama susah? Nur Aqilah Farzana ke?
Mama: Huh?
Adik: Nanti mama nak bagi nama ape?
Mama: Ehm? Name siape?
Adik: Baby dalam perut mama, mama nak bagi nama ape?
Mama: Huh..?! Mane ada baby
Adik: Bagi nama Nurhaliza nak? (soalan buat2 tak faham)
Ape-ape la Adik..
Mama: Hah?
Adik: Kenapa mama bagi Adik nama Nur Aqilah?
Mama: Nur Aqilah tu cahaya bijaksana/cerdik/pandai/cerdas
Adik: Kenapa tak bagi nama susah? Nur Aqilah Farzana ke?
Mama: Huh?
Adik: Nanti mama nak bagi nama ape?
Mama: Ehm? Name siape?
Adik: Baby dalam perut mama, mama nak bagi nama ape?
Mama: Huh..?! Mane ada baby
Adik: Bagi nama Nurhaliza nak? (soalan buat2 tak faham)
Ape-ape la Adik..
Tuesday, October 4, 2011
Ada yang Melihatmu
Coklat untuk Iman: Ada yang Melihatmu, Tajuk buku yang Mak Anje belikan untuk Kakak..
Harga: RM 13.00 / RM 15.00
ISBN-13: 978-967-366-088-9
Tarikh Terbit: 29 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 200
Kategori: Islam, Kanak-Kanak, Coklat untuk Iman
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Macam menarik.. Buku dengan 21 koleksi pelbagai cerita.. Setiap satu kisah mengandungi pemahaman mengenai ilmu fikah yang disampaikan secara santai dan jalan cerita yang menghiburkan. Melalui buku ini kita dapat belajar tentang:
• Kenapa kita perlu berwuduk?
• Keistimewaan solat subuh
• Syarat sah sembahyang
• Apa itu sujud sahwi?
• Mengapa telur ayam perlu dibasuh?
• Sayap lalat ada racun dan penawar
Tq Mak Anje!
Sakit Gigi!!
Sakitnye gigi!! (bukan gigi yang sakit sebenarnye, apsal tah orang kate sakit gigi..) Macam dah lama tak kene sakit gigi macam ni.. :(
Gigi bongsu punye pasal la ni.. Time2 sakit macam ni memang rasa confirm nak cabut je gigi ni.. Bile da hilang sakit nanti, mesti tak jadi nak cabut.. Lagi2 bile mengenangkan kos cabut je dalam 300 - 500 ringgit & sakit dalam 3-4 hari.. Harap-harap malam ni boleh tido, tak macam malam semalam..
Sunday, October 2, 2011
Buku Dwi-Bahasa
Masuk je kedai buku mama tanye Kakak "Nak buku cerite ke buku latihan..?" Spontan Kakak jawab"Buku cerita".. Mama kate "Kali ni kite beli buku english pulak nak..? Asyik buku citer melayu je.." Kakak diam tapi buat muke tak setuju..
Kakak terus pusing-pusing kedai, nak tengok buku-buku yang ada.. Tak lama Kakak datang dengan buku kat tangan.. "Beli yang ni je la.. Buku ni dwi-bahasa.. Atas Bahasa Melayu, bawah English..."
Kakak terus pusing-pusing kedai, nak tengok buku-buku yang ada.. Tak lama Kakak datang dengan buku kat tangan.. "Beli yang ni je la.. Buku ni dwi-bahasa.. Atas Bahasa Melayu, bawah English..."
Menarik!!.. Dapat buku cerita dalam 2 bahasa.. Cume bile buku dwibahasa, ceritenye pendek skit dari buku-buku yang Kakak selalu baca (walaupun jumlah muka surat dalam 120 lebih sebuah..) So, malam belum habis, Kakak dah habis baca dua2 buku tu..
Saturday, October 1, 2011
Johnny English: Reborn
Subscribe to:
Posts (Atom)

