Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Tuesday, September 28, 2010

Jawapan Allah

Kenapa aku sering diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu yang padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kami menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Surah al-Baqarah: 216)

Kenapa aku diuji ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Surah al-Baqarah: 286)

Apa yang aku boleh dapat dari semua ini?
Sesunguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka..
(Surah at-Taubah:111)

Bagaimanakan kuhadapi ujian ini?
Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan) dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan) (Surah Ali Imran: 200)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk (Surah al-Baqarah: 45)

Kepada Siapa Aku Harus Berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal.dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang agung (Surah At-Taubah : 129)

Bolehkah Aku Berputus Asa?
.....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. (Surah Yusuf : 87)

Apa yang perlu aku lakukan?
Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikma-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih" (Surah Ibrahim: 7)

....Mintalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku kabulkan permohonan kamu.... (Surah Al-Mu’min: 60)

Sumber: Solusi Isu Perdana dan Forum Asyraaf

Monday, September 27, 2010

Kedekut Ke Mama?

Dalam perbualan mama dengan kawan mama, terkeluar statement "mama memang kedekut.." sebab banyak perbualan sebelum ni terarah ke jawapan "oo tu atuk yang belikan.. tu mak ngah yang kasi.. ni nenek yang bagi.." Mama tak terasa pon bile statement tu keluar sebab awal-awal dulu mama pon kadang2 terpikir, kedekut ke mama bile mama decide untuk pilih beli yang murah, pilih untuk tak beli dulu @ pilih untuk tak beli langsung.. Tapi lama2 mama tau mama tak kedekut sebab mama tak kesah berbelanja untuk orang dan berbelanja untuk ape yang perlu.. Cume mama ada masalah untuk justifikasi diri untuk pembelian barang yang bukan keperluan.. Handphone mahal bukan keperluan bagi mama, tukar handphone 1-2 tahun sekali bukan keperluan untuk mama, set alat kemas bukan keperluan untuk mama, kereta yang hampir sama dengan harga rumah bukan keperluan unttuk mama, pakaian yang harga beratus-ratus bukan keperluan untuk mama, baju yang berlebih-lebih bukan keperluan untuk mama, set cawan dan pinggan mangkuk mahal bukan keperluan untuk mama, makan di kedai mahal bukan keperluan untuk mama, upah manik beratus-ratus ringgit bukan keperluan untuk mama, dan macam-macam lagi.. Asal apa yang tidak termasuk ke dalam kemestian dan kehidupan boleh diteruskan tanpa barang2 tu dikire bukan keperluan.. Mama selalu doa, supaya tak sukekan bende yang mahal, supaya tak teringinkan bende yang tak perlu, supaya tak dambakan bende yang bukan keperluan.. Kalau boleh, mama nak mama mampu untuk hidup lebih bersederhana..

Sunday, September 26, 2010

Minggu Last

Thursday, September 23, 2010

Suka Hati Buang Sampah

Petang tadi mama parking kerete depan kedai auntie, jauh la skit dari ofis.. Masa tengah jalan ke kereta masa na balik rumah, tetibe rasa teringin na beli air necafe tin (walaupun tak la berapa haus pon).. Masa nak masuk kedai auntie, mama nampak pemandu 1 kete yang park depan kedai auntie (bukan dalam petak parking) bukak sikit pintu kereta sebelum hulur tangan dan letak bende warna putih bawah kete.. Dalam hati "ceh.. ni mesti dia buang cawan kertas air ni"

Keluar dari kedai sebelum masuk kereta, mama lalu balik tempat kereta tadi park (masa tu kete tu da tak ada).. Macam tak percaya bijik mata tengok bende yang orang tu buang.. Macam mane lah dia boleh terpikir nak buat macam tu.. Betul2 mentaliti orang yang pentingkan diri sendiri.. Pikir asal kereta sendiri ta de sampah.. (bersih ta confirm lagi sebab orang pembersih tak buang sampah merata-rata).. Dah masuk kereta baru terpikir nak ambik gambar.. Ni la bende yang dibuang pemandu tadi..


2 bungkus polistrin makanan
1 plastik yang tak berikat dan penuh sampah2 kecik

Orang yang buat tu betul-betul tak guna kepala otak pemberian Allah.. Cuba fikir ape dia rasa kalau orang berhenti depan rumah dia dan letak sampah sarap kat situ.. Kalau macam tu perangai dia, tak dapat mama bayangkan macam mana nilai yang dia tanam kat anak2 dia.. Senario dalam kereta yang mungkin berlaku..

Anak: Mak nak letak mana sampah-sampah makanan ni..?
Mak: Buang je la luar tingkap..

&&^%$#)(*&^%$

Wednesday, September 22, 2010

Maher Zain ke Sini

Persembahan yang sekian lama dinantikan.

Raikan Maher Zain LIVE di Shah Alam:

Oktober 15 08:00 - 11:00 mlm di Auditorium MBSA.

Maher Zain juga akan mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan peminat-peminat di beberapa lokasi. Lokasi-lokasi, tarikh dan masa akan diumumkan sebaik sahaja dipastikan.

* Ayat atas copy paste dari page fb Maher Zain, so ayat poyo skit la.. :)

Note: Walaupun mama minat sangat ngan lagu-lagu Maher Zain ni, tapi tak de rasa na pegi.. Sebab mama memang tak suke tempat ramai orang.. Orang belanja pon mama tak nak pegi (chewah, macam ada orang nak belanja, perasan sorang2)

Monday, September 20, 2010

Adik Mula Belajar

Adik dah mula nak belajar.. Sebelum ni Adik tak nak sesapa ajar Adik.. Adik kate nak nak tau sendiri.. Sejak balik dari cuti raya, Adik rajin belatih tulis.. Adik tak kesah mama ajar Adik.. Adik kata Adik nak pandai macam Kakak.. Adik seronok tiap kali mama bagi STAR untuk setiap hasil Adik.. Adik jenis yang tak bole concentrate bile wat bende.. Sat2 tekun.. Sat2 menguap.. Sat2 wat gaya ngantuk.. Tak pandai na serius langsung..





Kakak stedi je.. Adik kepoh wat ABC, dia wat revision english.. Confident je sebut.. Bile2 mama terleka, bole la dengar sebutan2 yang kelakar.. Suke hati je sebut..


Harapan mama, anak-anak mama akan terus rajin belajar untuk jadi orang berguna..


Raya Dengan MMJ

Beraya ke rumah MMJ antara acara wajib raya setiap tahun.. Tahun ni MMJ masak laksa penang, nasi ayam & puding coklat (yang ni mama suke.. teringat2 lagi rasa dia.. na minta resepi tau..) Biasa kalau berkumpul, ada Jun skali.. Tapi kali ni mama & Mak Ngah je.. Elok mama & Mak Ngah gerak balik, Ida plak sampai..

(tengok gaya Qays :p)

Kesayangan mama..

Esok MMJ kene gerak balik Sabah.. Jangan sedey-sedey ye.. Ada rezeki mama gi lawat MMJ kat sana..