Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Sunday, January 30, 2011

Aku Ingin Mencintaimu

Dulu dah pernah dengar lagu ni.. Rasa macam biasa-biasa je.. Tapi bile Mak Teh post kat blog dia, rasa best je lirik dia.. Macam kene sangat..



Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena sementara
Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
Aku ingin mencintaiMU
Setulusnya,sebenar-benar aku cinta
Dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Nyanyian: Edcoustic

Saturday, January 29, 2011

Telekung Bandung

Mama sampai rumah blik dari ofis, Adik & Kakak dah siap dengan telekung nak solat maghrib.. 1st time pakai telekung ni.. Hadiah dari nenek buah tangan dari Bandung.. Thank you Nenek!

Suh ambik gambar elok-elok pun susah.. Kakak buat muke lawak..

Adik senyum over..

Adik dengan gaya ultraman.. Tak padan dengan bertelekung..

Gambar skema yang mama nak..

Friday, January 28, 2011

3 Hari Terakhir

3 hari lagi sebelum jualan promosi Tenun Kapas tamat.. Kalau-kalau ada yang nak sebelum harga naik baju ke harga asal.. Antara stok yang tengah ada harga runtuh (harga promosi bermula dari RM20..)

Banyak lagi yang lain, penat lak nak tepek.. Stok baru pon ada, antaranya..







Kalau-kalau rasa nak tengok-tengok bole jenguk kat Sini
(http://www.tenunkapas.com/store/5-blouses-shirts)

Huruf Ku

Semalam Adik kate "Mama tengok ni, Adik dah pandai tulis huruf Ku.." Ingat salah dengar, mama tanye balik "Huruf Ku?? Mane ada huruf Ku" Adik lari dengan bawak kertas.. "Ha'ah.. Huruf Ku.. Ni la.." Sambil tunjuk kertas yang penuh dengan tulisan Adik.. Puas mama belek-belek kertas tu.. Macam nombor 6 ada la.. Adik pusingkan kertas, jadi macam nombor 9 pon ada.. "Ni bukan Ku.. ni 9.. Tak pon 6.." Adik jerit "Tak!.. Tu huruf Ku.. a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l, m, n, o, p, KU... Ha! Huruf Ku la tu.." Sakit perut mama gelak.. Huruf Q rupenye..

Mama ingat mama dah cukup arif dengan sebutan-sebutan pelat Adik.. Rupenye ada lagi yang mama tak dapat tangkap..

Thursday, January 27, 2011

Tinidewi Giveaway

Dari hari tu nak tulis post ni, tapi tak sempat-sempat.. Malam ni kene gak kene tulis sebab Tinidewi Giveaway ni dah nak tamat.. Saje nak join Giveaway Kak Tini ni, mana tau boleh dapat hadiah dia.. Ada rezeki dapat Cardigan putih pun ok.. Tak pon Inner shirt putih ke.. Cardigan hitam pon lagi ok.. Inner shirt hitam pon suke.. :p


Kalau-kalau ada yang nak join, bleh klik kat link ni.. http://tinidewi.blogspot.com/2011/01/tinidewi-giveaway.html

Wednesday, January 26, 2011

Family Day Dillenia

Beberapa gambar sepanjang Family Day Laman Dillenia yang pertama kali dianjurkan di Rumah Peranginan KSU Port Dickson hujung minggu lepas.. Secara keseluruhan semua berjalan dengan lancar.. (Tahniah untuk penganjur)

Pandangan dari tingkat 1 blok unit apartment yang mama duduk..

Bergambar sebelum sukaneka sesi 1 bermula..

Adik awal-awal kata tak nak masuk ape-ape..Muka risau Adik takut disuruh masuk sukaneka..

Antara acara yang ada untuk kanak-kanak.. Pertandingan makan epal.. Awal-awal Kakak kate tak nak masuk..

Pertandingan isi air dalam botol.. Kakak dapat nombor 3..



Acara tiup belon sampai pecah..

Acara musical chair..



Acara bawa belon dengan sudu..


Acara lelaki dewasa, kepit buah kelapa je yang mama sempat ambik gambar.. Sakit perut mama gelak tengok Ayah..

Acara Sukaneka hari ke 2, cari lolipop dalam tepung.. Sian Kakak lupe pesan tuk tutup mata sebelum tiup.. Habis satu muke putih & mata sakit..

Acara couple, baling belon air.. Mestilah mama yang terlepas belon..

Acara lari ikat kaki.. Mestilah mama yang lari pelan..

Acara poco-poco.. Mama jadi penonton je..

Berjalan ke tepi pantai untuk acara tarik tali..



Acara tarik.. Lubang tuk mama pasak kaki pon ayah yang tolong buatkan.. Menyesal gak masuk.. Sampai malam ni masih sakit-sakit badan lagi mama..



Acara last sebelum balik, penyampaian hadiah & ucapan dari wakil setiap keluarga..



Kad Untuk Mama

Mama dapat Kad dari Kakak lagi.. Walaupun kad buatan sendiri dan tak berapa cantik, tapi apa yang nak disampaikan lebih menyentuh hati.. Malam tadi, sambil baring tengok tv, Kakak lalu dan letak sekeping kertas yang berlipat 4 sebelah mama.. Bila dibuka satu lipatan, tertulis "Kad untuk mama ♥"

Bila dibuka lagi, sebelah dalam kiri tertulis..

Mama.. Boleh Ajar Kakak Matematik lagi sebab mama pandai Matematik.. Sayang mama.. Bye..

Dan sebelah dalam kanan plak tertulis..

Terima kasih..
Terima kasih Ayah..
Terima kasih Mama..
Terima kasih..
Kerana mendidik kami..
Terima kasih Ayah..
Terima kasih Mama..
Kami tidak lupa akan jasamu..

Huhu.. Yer-yer jer kakak.. Kakak memang sentimental + poyo skit.. Dapat dari mama kot.. :p

Monday, January 24, 2011

Mengagumkan

"Adik nak yang ni.. Sebab ni ungu.. Adik suka unggu, sebab ungu mengagumkan.."

Ayat adik malam tadi yang mengagumkan mama.. Love u sayang..

"Purple rain", by Lee251073

Thursday, January 20, 2011

Apartment Untuk Di Sewa

Tumpang iklan rumah sewa sat, in case kalau-kalau ada yang tengah cari rumah untuk disewa, apartment mama kat Seksyen 15 Bandar Baru Bangi tengah available untuk disewa. Belum sampai sebulan kosong.

  • Apartment Rumah Kedai (3 bilik 2 bilik air). Unit di tingkat 1 di atas kedai kat blok yang berhadapan dengan Stadium MPKj Seksyen 15. Anggaran keluasan lantai 800 sq.ft.
  • Fully furnished, lengkap dengan 3 Katil (1 Queen & 2 Single), 1 Almari baju 3 pintu, 1 meja solek, 1 set kerusi (3,2,1), meja belajar, rak buku, penyangkut baju, meja tv, tv, aircond di bilik utama, meja kopi, kabinet dapur dll.
  • Berdekatan dengan UKM, NIOSH, Klinik, 7 Eleven, restoran, bengkel, Petronas, Stadium MPKj, padang futsal, tol bangi dll.
  • Deposit 2 bulan dan deposit api air RM200.

Bilik Tidur 1, 2 dan 3
Ruang rehat @ belajar


Dapur dan laluan masuk

Genap Setahun

Hari ni genap setahun umur blog mama2nur (mama dua nur).. Tapi rasa macam baru je.. Masih teringat lagi saat mama taip post pertama dan post ketiga mama.. Keluar masuk tandas, kesat air mata, cuci muka.. Tak nak Adik & Bibik perasan yang mama tengah sedih..

Dah lama mama plan nak tulis blog..
  • Setiap kali lalu tol & pekerja tol serah tiket dengan muka masam, mama rasa nak tulis blog..

  • Setiap kali berurusan kat kaunter & layanan pekerja kaunter teruk, mama rasa nak tulis blog..

  • Setiap kali topik perbincangan yang mama dengar tak selari dengan pendapat mama, mama rasa nak tulis blog..

  • Setiap kali tengok gelagat budak-budak muda sekarang yang kurang rasa hormat dekat orang yang lebih tua, mama rasa nak tulis blog..

  • Setiap kali timbul masalah yang bukan sepatutnya masalah pada mama, mama rasa nak tulis blog.. dan banyak lagi..
Tapi, semua faktor-faktor tu belum cukup kuat untuk push mama mula menulis.. Sampailah lepas kejadian 15hb Januari 2010.. Bila tak ada bende nak buat, duduk saje buat rasa sedih mama datang.. Mama rasa kene buat sesuatu & MMJ cadang mama mula tulis blog..

So hari ni cukup 1 tahun mama menulis.. Menulis tentang Kakak & Adik.. Topik kegemaran mama..

Wednesday, January 19, 2011

Splash Park @ The Mines

Punye la selalu datang makan lunch kat The Mines ni & selalu nampak sign board Splash Park kat Level 5 Mines ni.. Tapi tak penah heran nak naik jenguk.. Ada la few times suh Mak Ngah yang pegi2 jenguk (sebab Mak Ngah rajin jalan).. Tapi sampai sudah tak pegi jenguk pon..

Ahad lepas bawak Kakak & Adik jalan-jalan.. Upah untuk Adik pegi sekolah minggu ni (upah dulu sebelum pegi sekolah) Sebab tak de idea nak ke mana, so end up ronda-ronda ke Mines.. Ada la alasan untuk pi jenguk apa yang ada kat Splash Park tu.. Tapi sebab tak bawak baju yang sesuai untuk main air, Kakak & Adik bole main taman & tengok-tengok je la.. Mama janji dengan Adik lain kali datang lagi bawak baju yang sesuai, baru boleh main air!