Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Friday, February 25, 2011

Cukup-cukup La..

Sedey mama rasa bila kebelakangan ni macam selalu sangat dapat tengok status facebook yang terang-terang cakap buruk pasal orang lain.. Terang-terang bercakap perkataan yang tak baik.. Lagi sedey bila status yang tak baik tu dah jadi macam bende normal (tak salah) dan dapat sambutan ramai dan diiyakan dan dipersetujui orang lain.. Kan lagi elok kalau tak sebut kata-kata yang tak baik.. Ada masanya diam tu lebih baik..

Antara hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat ABU NAIM)

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya" (Riwayat AT-TARMIZI)

"Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya." (Riwayat AT-TARMIZI)

"Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji" (Riwayat AT-TARMIZI)

"Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya" (Riwayat IBNU ABID-DUNYA)

Dalam menghuraikan peranan lidah, Imam al-Ghazali ada berkata: "Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar dan manusia tidak selamat daripada bahaya ini, melainkan mengucapkan tutur kata baik saja."

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Imam Nawawi ketika membicarakan hal sama berkata "Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan."

Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. Cukup-cukup la bercakap perkataan yang tak baik..

2 comments:

  1. setuju jgk....

    kkdg org yg tak terlibat (reader) plak yg kutuk dan marah lebih2...tak pasal2 kutip dosa....

    ReplyDelete