Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Tuesday, February 1, 2011

Nak Pegi Kuala Lumpur

Malam Jumaat hari tu, sebelum tido, Adik kate Adik tak nak balik kampung hujung minggu tu.. Bila mama tanye Adik kenapa, Adik jawab "Adik nak pegi Kuala Lumpur.." Nak tergelak pon ada.. Bile tanye KL mane.. Adik jawab "Nanti adik pikir.." Pagi Sabtu Adik bagi tau, Adik nak pegi tempat yang ada pokok bentuk dinasor.. So ke Taman Botani Perdana @ Taman Tasik Perdana sekali lagi la.. Adik & Kakak memang suka pegi sini.. Walaupun dah 3 kali pegi, still tak puas.. Bile ajak balik, dua-dua buat muke masam.. Mama janji "Lain kali kite datang lagi.. Kita datang awal.. Bawak makanan.. Bawak tikar.. Singgah Taman Kancil dan Rusa.. Naik bas lagi.." Ayah sambung "Nanti kita naik sampan skali" Saja ayah sakat sebab ayah tau mama tak nak naik sampan.. Antara gambar yang ada..

Jalan-jalan pusing taman


Main taman..

Muke masam Adik sebab dah penat jalan..

Rehat minum air sekejap.. Sebelum sambung jalan, main taman & naik bas..

No comments:

Post a Comment