Balik dari Pusat Sains Negara, Ayah bawak lajak ke Mines untuk bawak Adik & Kakak naik bot + lunch.. Tapi sebab nak naik yg murah, mama bawak naik bot Ride 'N' Shop je.. :p RM1 je sehala untuk budak2 dan RM2 untuk dewasa.. Park kat ofis dan naik trip pegi balik dari Jeti Stesyen Komuter Serdang ke Jeti Mines Shopping Center.. Sebelum ni Adik marah sebab mama naik bot tak ajak Adik (suka-suki naik bot masa balik dari lunch Jumaat 2 minggu lepas..) So ni kire bawak nak ganti balik la.. Siap naik dua kali.. Kire puas hati gak.. Bab kene tunggu yang Adik tak tahan skit.. Tapi elok la gak.. Boleh la nak didik skit sifat sabar tu..
Yang tak bestnyer, turun je bot Adik kate "Tak aci gak, mama naik bot lebih 1 dari Adik.." Sudah, sampai bile la tak le nak ganti tu.. :)
No comments:
Post a Comment