Mulai hari ni, kadar tarif elektrik yang baru akan berkuatkuasa. Pun begitu, pengguna domestik yang menggunakan tenaga elektrik di antara 1 hingga 300 kWh sebulan (atau pengguna dengan bil elektrik di bawah RM 77 sebulan) tidak akan terjejas dengan tarif baru ini dan akan masih dapat menikmati kadar subsidi 21.8 sen/kWh. Ini merangkumi kesemua 200,000 isi rumah miskin di Malaysia, termasuklah mama sekeluarga.
Sejak 9 tahun tinggal kat rumah teres 2 tingkat, daripada berdua kepada berlima, purata bil elektrik mama masih dalam lingkungan RM20an sebulan (walaupun kadang-kadang ternaik jugak ke lingkungan RM30an, lebih2 lagi kalau cuti sekolah).. Antara tip-tip untuk jimat penggunaan tenaga elektrik:
Sejak 9 tahun tinggal kat rumah teres 2 tingkat, daripada berdua kepada berlima, purata bil elektrik mama masih dalam lingkungan RM20an sebulan (walaupun kadang-kadang ternaik jugak ke lingkungan RM30an, lebih2 lagi kalau cuti sekolah).. Antara tip-tip untuk jimat penggunaan tenaga elektrik:
- Padam lampu/kipas di ruang/bilik yang tidak berpenghuni.
- Padam komputer/tv/radio/astro dan peralatan elektrik lain jika tidak digunakan. Cabut plag jika perlu.
- Biasakan amalan berkumpul di satu/dua ruang saje pada satu masa, walaupun masing2 membuat aktiviti yang berlainan.
- Elakkan penggunaan aircond/pemanas air.
- Elakkan tabiat kerap membuka & menutup pintu peti sejuk.
- Jangan masukkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk.
- Pastikan pintu peti sejuk tak terbuka lama dan tertutup rapat selepas selesai.
- Padam lampu ketika tidur, lagi-lagi kalau dah ada lampu jalan.
- Elakkan penggunaan ubat nyamuk/pewangi yang menggunakan letrik.
- Elakkan penggunaan lampu yang menggunakan banyak mentol.
- Gosok baju seminggu sekali (atau bila dah cukup banyak).
- Guna day curtain untuk menapis sinaran matahari secara langsung ke dalam rumah.
- Buka tingkap/sliding door untuk menganginkan ruang rumah - pengudaraan semulajadi.
- Hanya pasang lampu luar rumah/lampu pagar sekiranya perlu, ada kalanya lampu jalan sudah cukup terang.
- Sekiranya perlu untuk memasang lampu ketika meninggalkan rumah untuk jangka masa panjang, pilih lampu yang dengan watt rendah. Atau lebih baik, gune timer + lampu watt rendah.
No comments:
Post a Comment