Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith
Ramadhan suci akan berakhir
Untuk salah yang pernah ada
Untuk khilaf yang tak tersengaja
Untuk dusta yang sempat terucap
Pintu maaf selalu ku harap
Satukan tangan, satukan hati
Itulah indahnya silaturrahim
Di Hari kemenangan kita padukan
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya Aidilftri
Hari ni adik balik dari sekolah dengan muke seronok.. "mama, mama.. ustazah kate esok Adik dah oleh masuk Iqra' 3.." Nampak seronok sangat Adik.. Sebab agak lama gak Adik tersekat kt Iqra' 2.. Sekejap-kejap terdengar Adik cakap sendiri.. "Adik dah Iqra' 3.." Mesti Adik pon macam tak caya dah boleh masuk Iqra' 3.. :)
Layan lagu Hingga Akhir Waktu oleh Nine Ball.. OST untuk sinetron indonesia kat Astro Ria yang Kakak & Adik tengah layan skang.. Cerite tu ok je.. Boleh la nak layan.. Cume watak Nila dalam cerite tu je yang agak menggangu jiwa.. Macam tak caya je ada jenis orang yang hari-hari fikir macam mane nak buat bende jahat..
Ku coba untuk melawan hati
Tapi hampa terasa di sini tanpamu
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau disini
Tepiskan sepiku bersamamu
***
Tak `kan pernah ada yg lain disisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi
Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...
Bagiku semua sangat berarti
Kuingin kau disini
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau disini
Tak `kan pernah ada yg lain disisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi
Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...
Hingga akhir waktu ...
Hingga akhir waktu ...
Hingga akhir waktu ...
Sumbangan tunai diperlukan untuk Bantuan Makanan dan Sumber Air Bersih..
GOMBAK, 10 Ogos — Global Peace Mission Malaysia (GPM) hari ini melancarkan kempen Tabung Rayuan Ramadan untuk membantu rakyat Somalia yang berhadapan dengan masalah kebuluran akibat musim kemarau, keganasan dan pergolakan politik dalaman.
Dengan menyasarkan sebanyak RM1 juta, Pengerusi GPM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, jumlah tersebut bagaimanapun tidak mencukupi untuk menampung hampir empat juta rakyat Somalia yang menghadapi ancaman kebuluran akibat musim kemarau yang merosakkan sumber pertanian dan ternakan.
Selain GPM, kempen itu turut mendapat kerjasama Yayasan Zamzam dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
“Rayuan ini bertujuan untuk mengurangkan penderitaan rakyat Somalia akibat kemarau dan kekurangan bekalan makanan sejak sebulan yang lalu, setiap hari ribuan oran terpaksa menjadi pelaria dan menuju ke negara jiran.
“Ini adalah keperluan mendesak dan bantuan perlu disegerakan untuk membantu mereka di sana yang mana kalau kita lihat setiap hari pasti akan ada orang yang meninggal dunia terutamanya kanak-kanak kerana tidak mendapat makanan,” Mohamad Raimi pada sidang media di sini.
Jelas beliau, setakat ini pihaknya mahu menyediakan keperluan makanan ke Somalia yang mana ia menjadi keutamaan.
“Bagaimanapun rakyat Somalia juga memerlukan keperluan-keperluan lain termasuk bekalan air bersih, rawatan kesihatan dan tempat tinggal yang memadai.
“Kita tahu masalah utama yang berlaku di Somalia disebabkan masalah politik yang tidak stabil dan rakyat telah menderita, ramai yang menjadi pelarian… jadi kita harap sumbangan ini dapat membantu mereka dan kita harap rakyat Malaysia dapat memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai agar kita boleh membeli keperluan makanan untuk dihantar ke sana,” katanya.
Ekoran musim kemarau masalah kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak Somalia pada usia lima tahun kini berada di atas paras 20 peratus dan semakin meningkat.
Somalia kini mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun, tertumpu di kawasan sempadan dengan Kenya dan Habsyah.
Turut dilanda kemarau ialah Uganda dan Djibouti.
Selain kemarau, berpuluh-puluh ribu penduduk Somalia terpaksa melarikan diri disebabkan krisis kemanusiaan di rantau tersebut.
Difahamkan kerajaan Somalia mengalu-alukan kemasukan bekalan makanan oleh agensi badan kemanusiaan selepas rangkaian kumpulan al-Qaeda, al-Shabab berundur dari kebanyakan pangkalannya malam tadi.
“Sumbangan yang kita mahu berikan ini tidak mencukupi yang mana saya difahamkan bilion ringgit diperlukan untuk membantu rakyat di sana dan kita walaupun tidak menetapkan sasaran tapi kita berharap dapat mengumpul sebanyak RM1 juta.
“Bantuan ini kita akan salurkan secara berperingkat mengikut jumlah yang kita peroleh, yang pertama mungkin dalam bulan Ramadan, kemudian Hari Raya dan seterusnya… kita akan lakukan secara bertahap,” kata Mohamad Raimi.
Jelas beliau, pihaknya akan turun padang dengan berkunjung ke masjid dan tempat awam untuk mengumpulkan bantuan itu.
Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek yang boleh dimasukkan ke dalam akaun Global Peace Mission di nombor akaun: 14-023-01-002922-4 (Bank Islam Malaysia Berhad) atau nombor akaun: 5642-2161-1602 (Maybank Berhad).
Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Sekretariat GPM di talian 03-61883230.
[Berita ini diambil daripada laman sesawang Malaysian Insider]
Kakak: Kenapa bibik asyik tak puasa je..?
Nenek: Sebab ABC..
Kakak: Hah? ABC?
Nenek: Sebab ALLAH BAGI CUTI.. ABC la..
Kakak: Kenapa Allah bagi cuti..?
Nenek: Macam Allah bagi cuti sembahyang jugak..
Adik: Macam mane bibik boleh dengar Allah bagi cuti kat bibik..?
Nenek: Hish.. Banyak plak tanye.. Nanti pegi sekolah tanya kat kat Ustazah..
Huhu.. Nenek pon tak reti nak explain gak rupenye.. Ingat mama sorang.. Sebab tu awal2 lagi tak nak terlibat dalam perbincangan tu..
Tahun ni persiapan raya siap jauh lebih awal dari tahun-tahun lepas.. Biasanye, 1-2 minggu sebelum raya baru buat shopping raya.. Masa tu la baru nak decide tema warna apa nak pakai untuk raya, tu pon bergantung pada baju ape yang jumpe.. Sebab tu ada beberapa tahun yang ada 2 tema warna.. Mama sedondon dengan ayah dan Kakak sedondon dengan Adik.. Tapi tahun ni lain skit, hari pertama Ramadhan persiapan raya dah hampir 80%.. Gara-gara ayah dapat hadiah voucher jusco skali lagi masa cabutan bertuah kat event kompeni.. Kali ni ayah dapat voucher bernilai RM700..
So seminggu sebelum ramadhan lagi dah buat shopping raya kat Jusco berbekalkan voucher bernilai RM700 dan baki voucher RM100 yang dulu tak habis.. Lepas beli 4 jeans, 4 blouse, 2 baju baju kebaya dan 2 set underwear disney (tiap kali nak raya mesti nak beli yang baru) untuk budak-budak, baki voucher masih ada RM300 lagi.. Boleh la nanti-nanti shopping skit lagi sebelum raya untuk beli kasut raya budak-budak.. Selain tu, rasa dah tak de bende lain nak beli kecuali tudung.. Yang tu kene beli kat tempat lain sebab kat jusco tak ada..
Alhamdulillah murah rezeki tahun ni.. Kurang la skit perbelanjaan raya.. :)
Biasanya, mama akan sentiasa cube untuk tak guris hati sape-sape.. Tapi dalam satu insiden, bile mulut bertindak balas lebih laju dari otak, kata-kata keras terkeluar jugak.. Kata-kata spontan yang tak sempat ditapis.. Bile benda dah berlaku, ada pihak yang berkecik hati.. Walaupun mama pon kecik hati, tapi isu terlalu sangat amat kecik untuk dijadikan alasan untuk putusnya silaturrahim.. Macam-macam usaha mama cube.. Mama sms, tak de jawapan.. Mama tegur kat ym, terus log off.. Mama nak tinggal mesej di fb, mama bukan lagi friend.. Mama sms lagi, masih tak berjawab.. Mama harap sangat usaha mama dah cukup.. Sebab menyambung hubungan adalah wajib sedangkan memutuskannya merupakan dosa besar..
Ceramah berkenaan topik "Kenapa tidak boleh putus hubungan silaturrahim lebih dari 3 hari"
Mama sampi rumah semalam Adik kelam kabut bagi mama surat.. "Ni surat untuk mama.. Bukaklah cepat.." Tapi sebab tengah kelam kabut nak masak untuk berbuka, mama letak kat tepi je surat tu.. Malas lepas terawih, Adik datang lagi dengan surat kat tangan "Mama tak bukak lagi pon.. Bukak la cepat.."
Kat luar sampul surat yang bergam tertulis, Nurul kat sebelah kiri dan Aqilah kat tengah dan Kami kat kanan.. Adik kata "Adik tulis je nama Kakak, tapi surat ni Adik buat sorang tau.." Isi surat..
Tak tau la Adik nak tulis apa.. Adik dah tau mengeja, tapi belum tau menulis.. Yang mama faham cume Adik Love Mama 32.. Ceh, siap letak umur lagi.. Pastu Adik kate "Ni gambar mama tau.. Sebab tu muke coklat.."Sabor je la..
Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan sempena perayaan Aidilfitri 2011 untuk 1.27 juta kakitangan awam.. Tak de kene mengene dengan mama.. Cume berharap duit yang diterima nanti digunakan dengan baik kerana ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 billion.. Jadi gunalah dengan sebaiknya selari dengan tujuannya untuk meringankan beban penjawat awam dalam membuat persediaan menyambut Aidifitri.. Dalam masa yang sama, tingkatkanlah mutu perkhidmatan, lagi-lagi yang banyak berususan dengan dengan orang awam..
Dua hari lepas, malam sebelum nak sahur, Kakak bagi tau yang dia nak sahur roti je.. Mule2 ingat sebab tak lalu ke ape.. Alih-alih Kakak kate "Roti tu dah nak abis tarikh Jumaat ni.. Sayang kalau tak makan.." Terharu sat dengar jawapan Kakak..
Semalam, mama ajak Kakak & Adik beli kuih.. Plan asal cube untuk tak membeli untuk berbuke, macam tahun lepas.. Tapi kesian plak kat Kakak kalau hari2 buke nasi dan lauk je.. Mama bukan reti sangat buat kuih.. Paling2 pisang goreng.. cempedak goreng.. cucur tepung.. Semua yang goreng-goreng je.. Tu pon beli kat gerai depan asrama USIM, bukan ke pasar ramadhan pon.. Dalam perjalanan nak ke sana, Kakak cakap "Kakak nak beli satu je tau.. Nanti membazir plak kalau banyak2.." Skali lagi terharu.. Betul-betul anak Ayah.. :)
Balik terawih semalam, Adik siapkan sibuk siapkan keje lukisan-lukisan baru dia.. Selesai semua Adik mintak mama masukkan dalam komputer.. "Nanti tunjuk kat Mak Ngah tau.." kate Adik.. Antara gambar yang Adik lukis, gambar orang mengandung..
Yang tak pasti siapa orang ni & kenape dia menangis.. Tak sempat tanye..
Info sangat menarik mama dapat dari Mak Teh semalam.. Tepek sini untuk share..
Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan? Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Stok raya 2011 Tenun Kapas dah masuk webstore (akhirnye).. Jemput-jemput cuci mata.. Mana tau ada yang berkenan.. Stok penuh bole tengok kat webstore tenun kapas..
Adik: Allah tak marah ke..? Mama: Kenape? Adik: Allah tak marah ke Adik puasa sampai pukul 12 je..? Mama: Tak lah.. Adik kecik lagi..
Tiap malam Adik niat nak bangun sahur.. Adik pesan suruh kejut Adik.. Adik kate "mama jelit je kat telinga Adik.." Tapi bile kejut tak penah larat nak bangun :p