Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Friday, August 5, 2011

Anak Ayah

Dua hari lepas, malam sebelum nak sahur, Kakak bagi tau yang dia nak sahur roti je.. Mule2 ingat sebab tak lalu ke ape.. Alih-alih Kakak kate "Roti tu dah nak abis tarikh Jumaat ni.. Sayang kalau tak makan.." Terharu sat dengar jawapan Kakak..

Semalam, mama ajak Kakak & Adik beli kuih.. Plan asal cube untuk tak membeli untuk berbuke, macam tahun lepas.. Tapi kesian plak kat Kakak kalau hari2 buke nasi dan lauk je.. Mama bukan reti sangat buat kuih.. Paling2 pisang goreng.. cempedak goreng.. cucur tepung.. Semua yang goreng-goreng je.. Tu pon beli kat gerai depan asrama USIM, bukan ke pasar ramadhan pon.. Dalam perjalanan nak ke sana, Kakak cakap "Kakak nak beli satu je tau.. Nanti membazir plak kalau banyak2.." Skali lagi terharu.. Betul-betul anak Ayah.. :)


No comments:

Post a Comment