Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Tuesday, May 25, 2010

Sembilan Lapan Dua

Balik ofis semalam, mama ambik kakak, adik & bibik untuk keluar makan malan dengan Makcik.. Sebelum sampai asrama Makcik..

Mama tanya "Dah dapat keputusan periksa..?"
Kakak jawab "Dah.. 2 kertas.."
Mama tanye lagi.. "Berapa markah?"
Kakak jawab "1 kertas dapat Sembilan Puluh, 1 kertas lagi Sembilan Lapan Dua"
Macam tak percaya dengar jawapan kakak "Sembilan Lapan Dua? Tak kan la.. Sembilan puluh lapan peratus kot.."
Bibik dengan yakin mencelah "Iye dik, dia tulis sembilan lapan dua, nanti balik adik tengok.."

Sampai rumah mama tengok kertas periksa kakak... Macam yang da dijangka, kakak dapat 90% untuk Pendidikan Islam sebab kakak memang tak berapa pandai baca jawi & 98% untuk Bahasa Malaysia.. Tanda % selepas nomor 9 ditulis seakan-akan huruf 2.. 98% tu pon sebab cuai.. Dari masa buat ulangkaji lagi mama da pesan, kalau soalan kata bulatkan jawapan, kene bulatkan, tapi kakak cuma tulis jawapan kat ruang kosong soalan & terlupa unutk bulatkan 2 jawapan.. Sayang 2 markah sebab cuai.. Pengajaran untuk kakak untuk lebih berhati-hati bila menjawab soalan..

5 comments:

  1. aahhh..seronoknya jadi cikgu kakak...sebab murid MMJ tak ade langsung yg boleh achieve 90 ke atas....yg lulus hanya beberapa org sahaja...huhuhuhu....

    ReplyDelete
  2. ni darjah 1 la untie scha.. bole la.. :)

    ReplyDelete
  3. tahniah kakak..macam mak teh je darjah 1 sume >90. ok sila jgn bangga diri. :P

    ReplyDelete
  4. tahniah kakak...dalam nangis2 pon boleh dapat lebih 90%...pencapaian yang membanggakan. sekolah agama bila periksa? harap kakak akan dapat banyak A jugak..

    ReplyDelete
  5. mama2nur..
    sori tgl komen kt sini.. shoutbox xde. hehe..

    pasal tudung tu, xde hal. ann dah reserved utk u.
    tp nk mintak nama & contact no. @ emel, bleh? senang skit kita nk communicate. tq. :)

    ReplyDelete