Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Friday, June 8, 2012

Tempat ke-3

Bersawang giller dah blog ni.. Sejak mule pregnant sampai la skang (week 38), memang tak le langsung nak tengok blog ni.. Asal bukak nak update je rasa tak mood.. Asal bukak je tak de mood.. Baca blog orang lain ok je.. Nak update blog sendiri malas la sangat.. Hasilnye.. 24 entry je untuk tahun ni (& langsung tak de post untuk bulan May!!!).. :p

Since alang2 waktu lunch arini 2 jam & mama rasa macam dah tak larat nak keluar jalan2 buat aktiviti2 biasa untuk hari Jumaat(makan & window shopping) + nak kurang2 kan skit aktiviti2 yang boleh mempercepatkan rasa nak bersalin untuk tunggu ayah balik dulu, mama decide untuk dok je kat ofis & update blog ni..

So skit cerite pasal kakak.. (ni pon copy paste entry yang sama mama post kt blog kakak)

Rezeki Kakak, Kakak dipilih sebagai pemenang tempat ke-3 untuk online coloring contest anjuran Mystormkids.com untuk bulan April 2012.. Adik, jadi orang yang tak boleh kalah, masih mencube nasib untuk jadi pemenang untuk bulan-bulan akan datang.. Lepas submit entry untuk bulan 5, hampir tiap minggu tanye "Bulan ni sape menang? Adik menang tak?"

No comments:

Post a Comment