Ramai pengkaji percaya kedudukan dalam keluarga mempengaruhi personaliti seseorang anak itu. Ini kerana, pada kebiasaannya, anak pertama membesar dalam persekitaran yang selesa dengan perhatian yang penuh daripada orang disekeliling mereka, terutama ibu dan bapa mereka. Anak pertama mendapat lebih banyak bimbingan dan pertolongan di dalam membantu perkembangan mereka. Anak pertama suka menunjukkan minat yang tinggi untuk mengekalkan peraturan dan kekuasaan. Minat yang konsisten ini mempengaruhi mereka untuk menjadi seorang penganjur yang cekap, berhemah tinggi dan baik hati. Mereka juga bersifat lebih konservatif. Dengan kehadiran anak kedua, anak pertama biasanya membesar dengan perasaan tidak selamat.
Anak kedua pula adalah anak yang unik. Anak kedua adalah penyedia masalah kepada anak pertama. Anak kedua tidak merasai kedudukan berkuasa penuh seperti yang dirasai oleh anak pertama. Kelahiran anak kedua juga mengubah sikap dan pandangan ibu bapa. Anak kedua biasanya kurang diberi tumpuan. Sikap dan tingkah laku anak kedua juga tidak menimbulkan perasaan cemas kepada ibu bapa. Ibu bapa lebih bersahaja dalam menangani kerenah anak kedua.
Sejak lahir, anak kedua mempunyai tempat rujukan mereka sendiri, iaitu anak pertama. Anak kedua tidak keseorangan dalam segala hal. Tingkah laku anak pertama akan menjadi contoh, sumber inspirasi atau ancaman kepada anak kedua. Perkembangan anak pertama memberi kesan yang besar dan banyak membantu di dalam perkembangan anak kedua. Anak kedua sering menaruh harapan bukan sahaja ingin menyamai anak pertama, malah lebih berjaya daripada anak pertama. Harapan yang tertanam ini merangsang perkembangan bahasa dan kemahiran fizikal anak kedua. Beberapa ciri personaliti anak yang biasa dikaitkan dengan kedudukan anak untuk dibandingkan dengan perangan Kakak dan Adik:
Anak Pertama
- Berkepimpinan
- Teratur
- Teliti
- Pintar
- Bertanggungjawab
- Sukakan kesempurnaan
- Suka mengarah
- Berasa curiga dan tidak percaya
- Rasa tidak selamat
- Cemburu
- Mudah teruja
- Sensitif
Anak Kedua
- Berdikari
- Diplomatik
- Agresif
- Suka bersaing
- Suka keseronokan
- Suka berkawan
- Boleh dipercayai
- Boleh Diharap
- Suka memberontak
- Kurang sabar
- Pemalu
No comments:
Post a Comment